omniture

Holiday Swap, Platform Pengembaraan Perkongsian Rumah, Menang Anugerah Aplikasi Baharu Terbaik tatkala Berkembang ke Lebih 100 Negara

Holiday Swap
2018-07-13 08:00 2659

LONDON, 13 Julai 2018/PRNewswire/ --

Holiday Swap terus mengubah cara kita mengembara dalam ekonomi perkongsian masa kini. Dikenali sebagai 'Pencetus Pengembaraan' ('Tinder of Travel') oleh Business Insider, konsep Silver Winner menerusi Anugerah Aplikasi Mudah Alih Baharu Terbaik tahun ini diilhamkan oleh James Asquith, pemegang Guinness World Record kerana menjadi individu termuda yang mengembara ke seluruh 196 negara di dunia.

generated by system

generated by system

generated by system

Asquith berkata, 'ini merupakan detik paling menarik buat Holiday Swap tatkala kami terus menjadikan pengembaraan lebih murah untuk semua orang.' Idea ini digelar sebagai 'pencetus pengembaraan' oleh Business Insider, yang mana pengguna meleret dan memadankan hartanah mereka untuk bertukar-tukar dengan orang ramai di mana-mana jua di dunia dengan hanya $1 semalam melalui aplikasi percuma itu. "Ia merupakan satu pengiktirafan besar atas kemenangan anugerah ini dan ia adalah untuk kita semua dalam komuniti ini," kata Asquith. Baru-baru ini, Holiday Swap turut memperkenalkan ciri MyMap yang mana pengguna boleh berkongsi panduan pengembaraan dan dengan adanya lembaga pelancongan seluruh dunia yang turut mendaftar, Asquith berkata, "Ini merupakan satu langkah untuk menjadikan Holiday Swap sebagai aplikasi pengembaraan komuniti semua-dalam-satu yang sebenar. Konsep ini membolehkan kami menjimatkan wang untuk penginapan apabila kami mengembara dan tidak lama lagi pengguna bukan sahaja dapat bertukar-tukar ruang kediaman mereka tetapi juga dapat mengehoskan tempat mereka bagi menggunakan kredit pada masa depan menerusi Holiday Swap tatkala kami terus menawarkan lebih banyak pilihan dan dapat memperuntukkan lebih banyak wang anda untuk penerbangan dan pengembaraan."

Holiday Swap kini berada di 102 negara dan dengan bertambahnya syarikat penerbangan dan lembaga pelancongan yang bekerjasama dengan Aplikasi ini, Asquith berharap Holiday Swap dapat terus berkembang sebagai satu komuniti untuk golongan milenia untuk keluar mengembara dan meneroka dunia yang lebih luas, dengan menggunakan tempat kediaman mereka untuk bertukar-tukar dan menjimatkan wang.

Selepas mengunjungi setiap negara di dunia, Asquith berkata, 'Saya sering ditanya mengenai panduan bagaimana untuk menjadikan pengembaraan lebih murah dan saya ingin membantu mencipta instrumen yang membolehkan kami menggunakan katil sebagai tempat tidur dapat memberi fungsi yang sama di mana-mana jua di dunia, dengan keselesaan seperti rumah anda sendiri. Kami melindungi pengguna kami dalam komuniti yang terus berkembang dan memastikan ekonomi perkongsian masa kini menandakan kami dapat melakukan lebih banyak lagi menggunakan masa dan wang kami.'

Holiday Swap boleh dimuat turut secara percuma melalui App Store dan PlayStore.

Holiday Swap, info@holidayswap.com

Source: Holiday Swap
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Travel Awards