omniture

Avantor® Perkenal Identiti Jenama Baharu

Avantor
2018-07-16 21:29 1453

Identiti baharu tonjolkan pelanjutan penyepaduan dengan VWR dan komitmen berterusan kepada pelanggan

RADNOR, Pennsylvania, 16 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Susulan pemerolehan VWR pada tahun 2017, Avantor® memperkenalkan logo dan identiti visual baharu hari ini yang menandakan kedudukan syarikat sebagai penyedia produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang utama di peringkat global untuk ahli-ahli profesional dalam industri sains hayat dan teknologi termaju.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8366051-avantor-introduces-new-brand-identity/  

"Ini merupakan pencapaian penting yang menarik untuk Avantor tatkala penyepaduan kami dengan VWR diteruskan," kata Michael Stubblefield, Ketua Pegawai Eksekutif Avantor. "Kami mengubah kehadiran visual global kami bagi membawakan ekspresi yang baharu dan berbeza kepada Avantor baharu dan misi kami dalam mengusahakan sains demi mewujudkan dunia yang lebih baik."

Identiti visual baharu ini menggabungkan dua legasi yang mantap dalam simbol yang seragam. Perubahan yang lancar itu melambangkan ketangkasan sebuah syarikat yang sentiasa bersiap sedia untuk menyesuaikan keperluan pelanggan. Ia merupakan laluan penemuan saintifik yang tiada had, menandakan momentum yang mendorong Avantor menuju masa depan.

Susulan penjenamaan semula, Avantor akan diteruskan sebagai nama dan entiti korporat, manakala nama VWR kekal sebagai jenama saluran, mewakili platform pesanan utama untuk pelanggan. Identiti visual baharu berkenaan akan dilaksanakan dalam seluruh aspek syarikat, menonjolkan identiti yang sama dan sejajar yang memperlihatkan penyepaduan antara kedua-dua perniagaan.

Identiti baharu ini akan diperkenalkan dari masa ke masa melalui semua platform syarikat, termasuk papan tanda kemudahan, hartanah web, bahan-bahan promosi, label produk dan juga dokumentasi.

Perubahan kepada logo berkenaan tidak akan menjejaskan fungsi e-dagang, kualiti atau spesifikasi produk syarikat, ketersediaan produk mahupun prestasi penyerahan perkhidmatan.

M. Stubblefield menambah, "Dengan adanya logo dan identiti visual baharu ini, kami melancarkan jenama global yang memperjuangkan hal-hal yang penting kepada pelanggan kami: kualiti dan pilihan, kepakaran dipercayai, perkhidmatan kolaboratif serta penyelesaian yang inovatif dan tersuai."

Untuk maklumat lanjut tentang Avantor, layari www.settingscienceinmotion.com.

Latar Belakang Avantor 

Avantor® ialah pengeluar dan pengedar bertaraf global bagi produk, perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti tinggi kepada ahli-ahli profesional dalam industri sains hayat dan teknologi termaju. Sebagai jenama saluran kami, VWR menawarkan pengalaman pembelian yang bersepadu dan lancar yang dioptimumkan dari segi cara pelanggan kami menjalankan perniagaan. Beroperasi dari lebih 30 negara seluruh dunia, syarikat berusaha untuk mendayakan kejayaan pelanggan dalam industri biofarmaseutikal, farmaseutikal, peralatan perubatan, diagnostik, rawatan kesihatan, pendidikan, perindustrian, kerajaan, aeroangkasa & pertahanan serta semikonduktor. Untuk maklumat lanjut layari  www.settingscienceinmotion.com.   

Perhubungan Media

Allison Hosak
Naib Presiden Kanan, Komunikasi Global
Avantor
+1 610-573-2661
Allison.Hosak@AvantorInc.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/718849/avantor_Logo.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/718850/VWR_Avantor_Logo.jpg

Source: Avantor
Keywords: Computer/Electronics Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Broadcast feed announcements New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)