omniture

Vivo labuhkan tirai kempen luar biasa My Time, My FIFA World Cup(TM) di Rusia

Vivo
2018-07-16 23:35 1542

Jenama Telefon Pintar Global jadi penaja FIFA World Cup pertama sertai persembahan muzik Lagu Rasmi sebelum perlawanan akhir 

MOSCOW, 16 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Jenama telefon pintar bertaraf global Vivo, mengakhiri penajaan untuk FIFA World Cup RussiaTM 2018, dengan menyertai persembahan muzik Lagu Rasmi bagi menyaksikan detik yang tidak dapat dilupakan dan luar biasa ini bersama-sama semua peminat bola sepak.

Vivo sertai persembahan Lagu Rasmi FIFA World Cup ‘Live it Up’ oleh Nicky Jam, menampilkan Will Smith dan Era Istrefi sebelum perlawanan akhir. Kredit foto: Vivo
Vivo sertai persembahan Lagu Rasmi FIFA World Cup ‘Live it Up’ oleh Nicky Jam, menampilkan Will Smith dan Era Istrefi sebelum perlawanan akhir. Kredit foto: Vivo

Menerusi Lagu Rasmi FIFA World Cup 'Live it Up' yang dipersembahkan oleh Nicky Jam dengan penampilan oleh Will Smith dan Era Istrefi, Vivo berpeluang untuk mendedahkan segmen berjenama selama 90 saat yang eksklusif di tepi padang. Peminat-peminat di stadium juga dapat menyaksikan persembahan di skrin besar melalui bingkai berjenama 'Vivo Nex', iaitu telefon bimbit istimewa terbaharu yang dilancarkan semasa FIFA World Cup.

Segmen ini merupakan sebahagian daripada projek Vivo Super Time, yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti bertemakan muzik bagi menyatukan peminat muzik dari seluruh dunia. Ia turut melibatkan acara DJ Vivo, yang menyebarkan keriangan dan menyatukan peminat bola sepak dan peminat muzik dalam kesemua 64 perlawanan, serta Vivo Swag, gerakan tarian yang bertujuan untuk menyatukan peminat bola sepak dan muzik dari seluruh dunia demi mencipta detik yang tidak dapat dilupakan untuk FIFA World Cup Rusia 2018.

Kumpulan penyorak mempersembahkan Vivo Swag untuk Lagu Rasmi ‘Live it Up’ di paparan komersial Vivo bertempat di Stadium Luzhniki, Kredit foto: Vivo
Kumpulan penyorak mempersembahkan Vivo Swag untuk Lagu Rasmi ‘Live it Up’ di paparan komersial Vivo bertempat di Stadium Luzhniki, Kredit foto: Vivo

Selain itu dan sebagai sebahagian daripada kempen Vivo "My Time, My FIFA World Cup™", Vivo turut merancang program Jurugambar Peminat Super Vivo dengan baik. Program ini menyediakan 56 kontinjen mantap yang terdiri daripada peminat bola sepak, selebriti, individu berpengaruh dalam media sosial, rakan media serta pengguna seluruh dunia, dengan akses tepi padang yang unik bagi merakam kandungan eksklusif seperti sesi memanaskan badan sebelum perlawanan dan berkongsikannya dengan dunia.

Jurugambar Peminat Super Vivo dari serata dunia. Kredit foto: Vivo
Jurugambar Peminat Super Vivo dari serata dunia. Kredit foto: Vivo

Mengulas selepas pertunjukan perlawanan akhir itu, Michael Chang, Pengarah Jenama, Perniagaan Antarabangsa, Vivo berkata: "Ini merupakan FIFA World Cup yang luar biasa. Bermula dari aksi di padang, kepada kejayaan menjadi sebahagian daripada persembahan Lagu Rasmi sebelum Perlawanan Akhir dan program jurugambar Peminat Super Vivo, kami berbesar hati kerana berpeluang meraikan budaya FIFA World Cup dan membawakan permainan yang hebat ini lebih dekat dengan peminat bukan sahaja di Rusia, tetapi juga di seluruh dunia."

"Kami menaja FIFA World Cup 2018 demi mendorong pendedahan jenama global untuk Vivo dan bagi menunjukkan kepada pengguna seluruh dunia berhubung minat Vivo terhadap perkara yang luar biasa. Sepanjang bulan lalu, kami amat yakin bahawa kami telah mencapai keputusan yang sangat baik. Kini kami berasa teruja dengan masa depan dan berharap dapat meneruskan kerjasama kami dengan bola sepak dan pertumbuhan di seluruh dunia," tambah Chang.

Bagi meraikan penajaan FIFA, Vivo melancarkan edisi terhad FIFA World Cup 2018™ Vivo V9 Blue, yang direka untuk merakamkan semangat FIFA World Cup. Susulan pelancaran edisi terhad Vivo V9 Blue dan semasa perlawanan berkenaan, Vivo menyusulinya dengan Vivo NEX rintis yang amat dinanti-nantikan. Telefon pintar era "seterusnya" dengan paparan kurang bezel, sensor cap jari pada skrin, Teknologi Screen SoundCasting dan meningkatkan fungsi kamera swafoto timbul, membolehkan pengguna mengalami masa depan dan inovasi melangkaui imaginasi.

Sebagai sebahagian daripada kerjasamanya dengan FIFA, Vivo menaja FIFA Confederations Cup pada tahun 2017 dan bakal menaja FIFA World Cup 2022 di Qatar.

Foto-foto boleh dimuat turun daripada https://www.webcargo.net/l/peeMp0G99A/ 

Nota untuk editor:

Sebagai jenama global yang menyasarkan para pengguna muda yang ghairah, Vivo menandatangani perjanjian penajaan selama enam tahun pada tahun 2017 dengan FIFA yang akan berlangsung hingga tahun 2022, yang melibatkan penajaan FIFA World Cup™ 2018 dan 2022 dan FIFA Confederations Cup™.

Instagram: @Vivomobile
Facebook: @vivoMobileInt

Latar Belakang Vivo

Jenama telefon pintar global memberi tumpuan utnuk memperkenalkan kualiti bunyi sempurna dan fotografi terunggul dengan teknologi canggih, vivo membangunkan produk yang inovatif dan bergaya untuk golongan muda. Kini kami mempunyai lebih dua ratus juta pengguna dan merupakan salah satu jenama pilihan golongan muda di seluruh dunia. Sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup™, Vivo percaya bahawa pentingnya menggalakkan golongan muda untuk menerima ekspresi diri dan gaya hidup yang bertenaga.

Maklumat lanjut mengenai telefon pintar inovatif kami boleh didapati di www.vivo.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Kavi Saglani
+6568258082
Kavi.saglani@octagon.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187322-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187322-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187322-1-c

Source: Vivo
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements