omniture

Duta-duta World Life Experience Usahakan Kerja-kerja Sosial di Dunia

World Life Experience
2018-07-18 00:29 760

LISBON, Portugal, 18 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Duta-duta Arianny Orellanes dari Florida (AS), America Pastor Catalan dari Madrid, Hugo Piñón dari Galicia, Gemma Longoria dari Asturias (Sepanyol), Artem Ponomarenko dari Kiev (Ukraine), Frederico Leal dari São Paulo (Brazil), Ekaterina Engalycheva dari Moscow (Rusia), Carla Sanches dari Cape Verde Islands, Miguel Brito dari Lisbon (Portugal) dan Florencia Dibattista dari Mendoza (Argentina) mempunyai misi untuk mencetuskan impak sosial yang positif di Dunia.

generated by system

Sejak 8 Januari, kumpulan ini telahpun menggabungkan tiga belas NGO dari bandar-bandar Eropah dan Asia, menyumbang secara sukarela kepada kerja-kerja kebajikan yang berkaitan, tinggal bersama-sama penduduk yang memerlukan, kanak-kanak yang terdedah dengan risiko, membantu pelarian dan berkolaborasi dalam projek-projek pembinaan semula dan pemuliharaan alam sekitar. Destinasi-destinasi berikutnya ialah Amerika Latin hinggalah penghujung November 2018.

Kerja-kerja sukarela yang diusahakan oleh kumpulan ini di pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan daripada pelbagai masyarakat, dijalankan berdasarkan model amali untuk mereka yang paling memerlukannya. Duta-duta World Life Experience telah meningkatkan nilai-nilai sosial utama bagi menyokong usaha amal global yang berkaitan dengan menghubungkan orang ramai, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan entiti-entiti kerajaan sebagai ahli-ahli aktif dalam projek berkenaan.

António Dias, pengasas World Life Experience, bermatlamat untuk menyumbang kepada pembangunan tanggungjawab sosial dan kemampanan di Dunia: "Saya percaya generasi lebih muda bersedia untuk berkolaborasi dalam gerakan yang mempunyai impak positif terhadap Dunia. Pada masa kini, kesedaran yang lebih tinggi diperlukan oleh semua orang dan entit-entiti kerajaan dan swasta demi kepentingan tanggungjawab sosial dan kelestarian Bumi. Saya menganggap penting untuk berkongsi visi saya, bahawa kita semua harus memainkan peranan yang aktif dalam transformasi sosial dan alam sekitar yang perlu wujud dan atas sebab inilah saya menubuhkan World Life Experience. Saya ingin mendorong intervensi sosial bersama-sama mereka yang paling memerlukannya, menyatukan komuniti, memelihara alam sekitar dan menerobos sempadan sosial dan budaya."

Permohonan untuk edisi ke-2 World Life Experience dibuka kepada semua yang berminat untuk menjelajah ke dua puluh destinasi di dunia, bagi mengenali masyarakat dan budaya berbeza, mengusahakan kerja-kerja sosial dalam NGO, dibiayai perbelanjaan selama setahun (perjalanan, pengangkutan, makanan, insurans, perumahan) dan turut menerima gaji bulanan. Seramai 11 peserta akan datang akan menjelajah ke dua puluh destinasi antarabangsa iaitu Brazil, Uruguay, Argentina, Chile, Peru, Colombia, Costa Rica, Portugal, Sepanyol, Holland, Jerman, Republik Czech, Greece, Thailand, Kemboja, Malaysia, Indonesia, Jepun, Australia dan Afrika Selatan.

Maklumat

https://www.worldlifeexperience.com/

https://www.facebook.com/worldlifeexperience.oficial/

https://www.instagram.com/world_life_experience/

https://www.youtube.com/channel/UCnxiPDsHuWjWrIr2cO3Hy4w

 

Source: World Life Experience
Keywords: Children-related news Not for profit