omniture

One-Blue Umum Memory-Tech sertai Program Pelesenan untuk Produk Blu-ray Disc™ dan Ultra HD Blu-ray™

One-Blue, LLC
2018-07-18 23:16 729

NEW YORK, 18 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, One-Blue mengumumkan bahawa Memory-Tech Holdings Inc. (Memory-Tech) telah menyertai program pelesenan produk One-Blue sebagai pemberi lesen. Memory-Tech turut serta bersama-sama pemberi lesen program semasa iaitu ARRIS Enterprises LLC, Columbia Technology Ventures, Cyberlink Corporation, Dell Global B.V., Fujitsu Limited, HP Inc., Hitachi Consumer Electronics Co. Ltd., Intellectual Discovery Co. Ltd., JVCKENWOOD Corporation, Koninklijke Philips N.V., LG Electronics Inc., Panasonic Corporation, Pioneer Corporation, Samsung Electronics Co. Ltd., Sharp Corporation, Sony Corporation, Taiyo Yuden Co. Ltd. dan Yamaha Corporation.

"One-Blue dengan sukacitanya mengumumkan Memory-Tech telah menyertai program pelesenan One-Blue sebagai pemberi lesen," kata Thomas Gabriel, Peguam Pelesenan One-Blue. "Dengan penambahan Memory-Tech ini, One-Blue dapat mengukuhkan lagi komitmen untuk menyediakan pengeluar dengan nilai luar biasa untuk skop dan keluasan portfolio paten penting One-Blue melalui lesen produk tunggal mencakupi pelbagai piawaian optik."

"Memory-Tech Holdings dengan sukacitanya menyertai program pelesenan produk One-Blue sebagai pemberi lesen. Kami yakin dengan pertumbuhan pesat 4K dan HDR melalui UHD BD dan berharap dapat menyumbang kepada pembangunan industri ini sebagai salah satu Replikator Cakera Optik yang utama melalui kumpulan One-Blue," kata Yutaka Ueda, Presiden Memory-Tech Holdings.

One-Blue mengurus program pelesenan untuk paten-paten yang penting kepada produk-produk Ultra HD Blu-ray™ dan Blu-ray Disc™ dan merupakan ejen pelesenan bersama untuk pemberi lesennya. Bagi produk perkakasan dan perisian, lesen produk tersebut mencakupi paten-paten penting Ultra HD Blu-ray™ , Blu-ray Disc™, DVD dan CD; untuk produk-produk cakera, lesen produk mencakupi paten-paten penting Ultra HD Blu-ray™ dan Blu-ray Disc™. One-Blue ialah kumpulan paten inovatif yang menyamakan daya saing, mengurangkan kos, menggalakkan penggunaan sistem paten yang adil dalam seluruh sektor cakera optik. Mana-mana pemegang paten yang penting untuk format optik digunakan dalam produk-produk Ultra HD Blu-ray™ dan /atau Blu-ray Disc™ diundang untuk menghantar paten bagi tujuan penilaian dan menyertai program pelesenan sebagai pemberi lesen baharu. Mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan lesen untuk satu atau lebih produk Ultra HD Blu-ray™ dan/atau Blu-ray Disc™ di bawah program pelesenan produk One-Blue diminta untuk menghubungi One-Blue melalui alamat emel yang tertera di bawah.

Maklumat lanjut mengenai program pelesenan One-Blue dan kadar royalti berkaitan boleh didapati di www.one-blue.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
James Frick daripada One-Blue melalui info@one-blue.com.

Latar Belakang One-Blue, LLC
One-Blue, LLC ialah sebuah syarikat pelesenan bebas yang mengurus lesen produk untuk paten-paten yang penting kepada produk-produk Ultra HD Blu-ray™ dan Blu-ray Disc™.

Latar Belakang Memory Tech 
Memory-Tech Holdings (MTH) ialah kumpulan penyediaan perkhidmatan penyelesaian dalam perniagaan hiburan di Jepun. Kumpulan syarikat ini menawarkan perkhidmatan seperti penerbitan CG animasi, VFX, pascapenerbitan, alih suara dan sari kata, replikasi cakera optik dan sebagainya. Memory-Tech, subsidiari MTH, ialah salah satu replikator terbesar di dunia dan merupakan ahli Technical Expert Group daripada Blu-ray Disc Association (BDA). Memory-Tech amat dikenali dengan pembangunan Ultimate High Quality CD (UHQ CD) yang merupakan CD berkualiti master-sound.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/553403/One_Blue_Logo.jpg

Source: One-Blue, LLC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Contracts Personnel announcements