omniture

Pelaburan Besar Forest City dalam Pendidikan Bakal Direalisasikan Dengan Penyiapan Sekolah Antarabangsa Forest City Shattuck St Mary

Country Garden Holdings
2018-07-19 06:53 886

GELANG PATAH, Malaysia, 19 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Sekolah Antarabangsa Forest City Shattuck St Mary, sebuah sekolah antarabangsa persendirian berasrama bernilai RM 935 juta yang mempunyai kokurikulum Amerika sepenuhnya, akan menerima kumpulan pelajar dan penuntut sekolah berasrama pertama pada Ogos ini.

Majlis Penyiapan Bangunan
Majlis Penyiapan Bangunan

Pada peringkat awal, sekolah ini akan menampung para pelajar berumur 5 hingga 16 tahun (K-3 hingga Gred 10), dan beransur-ansur memperkenalkan Gred 11 dan Gred 12 pada masa akan datang. Satu majlis rasmi diadakan pada 16 Julai bagi menandakan penyiapan bangunan tujuh tingkat itu dan pada 23 Ogos akan menjadi hari persekolahan pertama untuk pelajar-pelajar baharu manakala 26 Ogos merupakan hari pembukaan sekolah.

Lembaga Pengarah Sekolah Antarabangsa Forest City Shattuck St Mary dan Ketua Bahagian Strategi Country Garden Pacificview (CGPV) Sdn Bhd, Ng Zhu Hann, berkata pelajar-pelajar di sini berpeluang menikmati aktiviti-aktiviti percutian di kampus utama Shattuck St Mary yang berusia 160 tahun di Faribault, Minnesota. Ng berkata bahawa Forest City Shattuck St Mary dipercayai merupakan sekolah berasrama Amerika pertama yang mempunyai kampus luar negara.

Kini, sekolah ini mempunyai 16 orang guru dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan Singapura, serta guru-guru tempatan yang akan mengajar bahasa Mandarin. Pelajar-pelajar akan datang dari pelbagai negara termasuk China, United Kingdom, Filipina, Korea, Jepun dan Amerika Syarikat. Satu lagi ciri unik sekolah ini ialah setiap pelajar akan memiliki pangsapuri mereka sendiri di sekolah berasrama ini dan guru-guru akan tinggal di bangunan yang sama.

Ng turut berkata bahawa sekolah ini merupakan bukti keyakinan Forest City terhadap Malaysia dan negeri Johor. "Dengan jumlah pelaburan yang dirancang mencecah hampir RM 1 Bilion, projek ini akan dibahagikan kepada tiga fasa sepanjang lima tahun rancangan pembangunan. Ini memperlihatkan komitmen Forest City dan Country Garden dalam membuat pelaburan jangka panjang di negara ini," kata beliau.

Ng turut berkata bahawa Forest City ialah satu projek pembangunan mega yang unik, menumpu pada pelbagai sektor dengan pendidikan menjadi salah satu tunjang paling penting. Forest City bukan sekadar hartanah kediaman, tetapi menumpu untuk membangunkan bandar futuristik yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan utama seperti institusi pendidikan bertaraf dunia ini. "Penubuhan sekolah ini akan mengukuhkan Iskandar Puteri sebagai hab pembelajaran antarabangsa," kata beliau. Beliau turut menambah bahawa Forest City tidak akan bersaing, bahkan melengkapi ekosistem pendidikan Iskandar Malaysia dan Forest City akan terus menyokong agenda kerajaan dalam menggalakkan piawaian pendidikan bertaraf dunia di Malaysia dan memainkan peranan dalam pembinaan bangsa.

Mereka yang hadir dalam majlis Penyiapan Bangunan tersebut ialah pengerusi Jawatankuasa Utiliti Pelaburan Antarabangsa Negeri, Jimmy Puah Wee Tse, dan pengerusi eksekutif CGPV, Datuk Daing Abdul Malek Daing Abdul Rahaman. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim, dan Pengetua Sekolah Antarabangsa Forest City Shattuck St Mary, Graham Gamble.

Latar Belakang Country Garden Pacificview Sdn Bhd

Diperbadankan di Malaysia pada 29 April 2013, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) ialah pemaju induk Forest City, pembangunan guna campur hijau Asia Tenggara yang terbesar di Iskandar. CGPV ialah satu usaha sama antara Country Garden (60%) dan Esplanade 88 Danga Bay Sdn Bhd (EDSB), sebuah syarikat bersekutu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Latar Belakang Forest City

Forest City ialah pembangunan guna campur berkeluasan 30km2 yang terletak di Iskandar Malaysia. Bersebelahan dengan Laluan Kedua Malaysia–Singapura, ia merupakan satu pembangunan usaha sama antara Country Garden dan rakan kongsi Malaysia Esplanade Danga 88. Dengan komitmen pelaburan kira-kira sebanyak US$100 bilion, ia mempunyai empat pulau tebus guna dengan dua tema iaitu 'menggabungkan perniagaan dan bandar' serta 'inovasi bandar'. Projek ini menyasarkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi melalui lapan industri utama, iaitu pelancongan dan MICE, rawatan kesihatan, pendidikan dan latihan, ibu pejabat serantau, kewangan dekat pesisir, pusat perkhidmatan e-dagang di ASEAN, aplikasi teknik baru muncul dan pusat perkhidmatan, serta sektor-sektor yang berkaitan dengan bandar hijau dan pintar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188720-1

Source: Country Garden Holdings
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate