omniture

Hainan Airlines Dianugerah Designasi Syarikat Penerbangan Lima-Bintang SKYTRAX Tahun ke-8 Berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia SKYTRAX 2018

Hainan Airlines Holding Co., LTD.
2018-07-19 18:49 693

Syarikat Penerbangan Duduki Tempat Kelapan dalam Kedudukan 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia SKYTRAX

LONDON, 19 Julai 2018 /PRNewswire/ -- SKYTRAX, laman penilaian dan penarafan syarikat penerbangan serta lapangan terbang global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia SKYTRAX 2018 semasa majlis penganugerahan di The Langham Hotel, London. Hainan Airlines Holding Co., Ltd. ("Hainan Airlines") dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Lima-Bintang SKYTRAX bagi tahun kelapan berturut-turut, selain dianugerahkan dengan designasi Kemudahan Kelas Perniagaan Terbaik, Syarikat Penerbangan China Terbaik dan Kakitangan Penerbangan Terbaik di China. Setelah berada dalam senarai 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia SKYTRAX buat julung kalinya pada tahun 2017, syarikat penerbangan ini mendaki kedudukan bagi meraih tempat kelapan tahun ini, seraya menjadi syarikat penerbangan berpangkalan di tanah besar China pertama meraih penghormatan tersebut buat tahun kedua berturut-turut.

SKYTRAX, penyedia bertaraf global yang berprestij bagi perkhidmatan penyelidikan dan perundingan dengan tumpuan terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan dan lapangan terbang, menerbitkan penarafan tahunan bagi syarikat penerbangan dan lapangan terbang dunia dan amat diiktiraf oleh pengusaha industri dan pengembara seluruh dunia. Pemilihan 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia SKYTRAX adalah berdasarkan pengundian oleh seramai 24.45 juta pengembara di lebih 100 negara. Anugerah-anugerah SKYTRAX dianggap sebagai anugerah Oscar bagi industri penerbangan. Kompilasi senarai tersebut adalah berdasarkan tinjauan kepuasan penumpang penerbangan komprehensif yang meminta penumpang untuk menilai setiap aspek melibatkan produk dan perkhidmatan syarikat penerbangan, hiburan dalam pesawat dan perkhidmatan makanan dalam pesawat selain kemudahan dan perkhidmatan lain.

Semasa majlis penganugerahan, pengerusi SKYTRAX Edward Plaisted berkata ketika menyampaikan anugerah kepada Pengerusi HNA Group Chen Feng, "Hainan Airlines ialah salah sebuah syarikat penerbangan yang paling pesat berkembang di dunia. Hari ini, syarikat penerbangan ini diberi penghormatan dengan designasi sebagai Syarikat Penerbangan Lima Bintang SKYTRAX buat tahun kelapan berturut-turut dan mendaki anak tangga bagi menduduki tempat kelapan dalam kedudukan 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia SKYTRAX, satu gandingan designasi yang memperlihatkan kualiti operasi syarikat penerbangan. Selain menjadi pelopor perkhidmatan penerbangan, Hainan Airlines kerap menerima maklum balas positif daripada pengembara global tatkala jenama ini terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran.

En. Chen berkata semasa acara tersebut, "Kemenangan anugerah Syarikat Penerbangan Lima Bintang SKYTRAX buat tahun kelapan berturut-turut dan menduduki tempat kelapan dalam kedudukan 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia SKYTRAX adalah bukti kualiti perkhidmatan kami dan komitmen gigih kami untuk mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan penerbangan. Berakar umbi di China, Hainan Airlines komited untuk menjadi salah sebuah syarikat penerbangan utama dunia dan jenama Cina ikonik yang diiktiraf di seluruh dunia. Kami telah mencipta jenama penerbangan bertaraf dunia yang berusaha mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan dengan memastikan ketibaan dan pelepasan yang tepat pada masanya, menyediakan pengalaman dalam pesawat yang inovatif dan memanfaatkan imej jenama Keindahan Timur (Beauty of the Orient). Ini dapat dicapai dengan semangat yang kami berikan dalam segala yang kami lakukan, kolaborasi pasukan yang berkesan dan pendekatan bertumpu penumpang terhadap perkhidmatan."

Sebagai syarikat penerbangan antarabangsa, Hainan Airlines komited untuk membangunkan jenama bertaraf dunia dengan perkhidmatan yang disediakan dengan teliti. Syarikat terus menginovasi produknya dan menaik taraf perkhidmatannya dengan tumpuan terhadap perlindungan alam sekitar, keselamatan dan kepintaran serta matlamat untuk menyediakan penumpang seluruh dunia dengan pengalaman perjalanan yang melangkaui jangkaan mereka. Hainan Airlines kekal komited untuk meningkatkan pengalaman perjalanan udara untuk penumpang dengan meluaskan armada pesawatnya dengan Boeing 787-9 dan Airbus A330, antara pesawat badan lebar yang lain, menaik taraf kabin dan peranti penumpang, termasuk melengkapi kabin kelas perniagaan dengan susun atur kerusi Reverse Fishbone serta menyediakan hidangan makanan lazat dan pengalaman menjamu selera yang ditempah terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kulinari Haichef dalam pesawat. Selain itu, syarikat turut melancarkan HaiDream, siri tawaran mewah untuk keselesaan penumpang, termasuk produk untuk tidur DreamFeather yang direka bersama-sama Sofitel, selain peralatan mandian baharu daripada Clarins dan Samsonite. Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menaik taraf perkhidmatan dan kemudahan darat, baru-baru ini Hainan Airlines memperkenalkan siri ruang istirehat VIP HNAClub yang telahpun mula beroperasi, termasuk Prime Wings Lounge, yang terletak di lapangan terbang Beijing dan Xi'an serta tersedia untuk tetamu Hainan Airlines yang menunggu penerbangan antarabangsa, dan juga HNA Club, ruang istirehat VIP di lapangan terbang Xi'an dan Hangzhou yang menawarkan perkhidmatan kepada penumpang yang menunggu penerbangan domestik. Hainan Airlines turut bertindak balas kepada keperluan khusus penumpang dengan menaik taraf tawarannya, membolehkan penggunaan peranti elektronik mudah alih dalam pesawat dan membenarkan perjalanan bersama-sama haiwan peliharaan dalam kabin penumpang dilakukan.

Susulan kejayaan dalam membolehkan syarikat penerbangan mematuhi piawaian antarabangsa sepenuhnya, Hainan Airlines turut meluaskan jaringan laluan antarabangsanya. Selari dengan inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan kerajaan Cina, syarikat penerbangan menjadi penyedia pengangkutan utama untuk Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 dengan melancarkan lebih 100 laluan udara ke negara-negara dan wilayah-wilayah yang disasarkan oleh inisiatif tersebut. Pada separuh pertama tahun 2018, syarikat memperkenalkan beberapa perkhidmatan antarabangsa berjarak jauh, antaranya Haikou-Sydney, Shenzhen-Brussels, Shenzhen-Madrid, Changsha-London dan Shenzhen-Tianjin-Vancouver. Pelancaran laluan-laluan selanjutnya, termasuk Guangzhou-Tel Aviv, Shenzhen-Zurich dan Shenzhen-Vienna, dijadual bakal disusuli pada separuh kedua.

Sepanjang tahun 2018, Hainan Airlines akan terus meluaskan jaringan global laluan udaranya dan meningkatkan serta mengembangkan lagi jenama antarabangsa ini. Sebagai sebahagian daripada misi HNA Group, Hainan Airlines terus membina penghubung udara yang terdiri daripada laluan-laluan saling hubung ke negara-negara dan wilayah-wilayah, meningkatkan perkhidmatan dan produknya, terus menaik taraf perkhidmatan penumpang, membantu penukaran Hainan menjadi zon perdagangan bebas rintis, menyertai pengusaha lain dalam sektor penerbangan awam untuk menyokong pembangunan negara selain bertindak balas dengan lebih baik terhadap keperluan penumpang yang berubah-ubah.

Source: Hainan Airlines Holding Co., LTD.
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Awards