omniture

Senarai Fortune Global 500 Tahun 2018 Dikeluarkan, Pemaju Hartanah Cina Country Garden Raih Tempat ke-353

Country Garden Holdings
2018-07-20 23:29 1144

FOSHAN, China, 20 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Senarai Fortune Global 500, salah satu penarafan paling berwibawa yang menyenaraikan prestasi perniagaan syarikat-syarikat seluruh dunia, dikeluarkan secara rasminya hari ini, dengan pemaju hartanah Cina Country Garden (kod saham: 2007.HK), yang memasuki senarai tersebut buat julung kalinya pada tahun 2017, menduduki tempat ke-353, mendaki 114 anak tangga daripada kedudukan ke-467 tahun lalu.

Country Garden Holdings
Country Garden Holdings

Fortune Global 500 ialah penarafan tahunan berasaskan pendapatan. Pada tahun 2017, Country Garden memperoleh pendapatan kasar sebanyak 226.9 bilion yuan (kira-kira US$33.6 bilion), melonjak 46 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1992, Country Garden Holdings berkembang daripada sebuah perniagaan hartanah kediaman Cina secara kecil-kecilan dengan hanya satu hartanah di Daerah Shunde, Foshan, sebuah bandar sederhana saiznya di wilayah Guangdong, menjadi pemaju hartanah antarabangsa yang besar dan mempunyai lebih 1,900 hartanah kediaman di seluruh dunia dan pembangunan hartanahnya mencakupi lebih 700 bandar raya dan bandar di seluruh China. Sementara itu, pemaju ini telah mengalihkan tumpuan daripada pembangunan hartanah kediaman besar di pinggir bandar-bandar Cina tahap pertama dan kedua, kepada pembangunan kediaman premium di tengah-tengah bandar-bandar Cina tahap ketiga dan keempat, dan terkini, penyepaduan antara bandar dan industri dengan membangunkan bandar-bandar dipacu teknologi.

Sepanjang sepuluh tahun yang lalu, Country Garden Holdings mengalami pertumbuhan besar dari segi jualan dan kedudukan keseluruhan dalam pasaran hartanah Cina serta menjadi pemaju hartanah kediaman terbesar di negara berkenaan, dengan jualan melonjak daripada 17.5 bilion yuan (kira-kira US$2.6 bilion) pada tahun 2008 kepada 550.8 bilion yuan (kira-kira US$82.0 bilion) pada tahun 2017. Semasa separuh pertama tahun 2018, pemaju berkenaan mengatasi pasaran dengan ketara menerusi jualan berkontrak mencecah 412.5 bilion yuan (kira-kira US$61.4 bilion).

Susulan kejayaan formula hartanah ini yang mana bukan sahaja dengan membangunkan kediaman, tetapi juga menyediakan penyelesaian gaya hidup yang komprehensif kepada pemilik kediaman, nilai jenama Country Garden meningkat melangkaui sektor hartanah. Pemaju hartanah ini telah disenaraikan antara 10 syarikat terbaik dalam dua penarafan syarikat global yang berwibawa iatu Fortune Global 500 dan Forbes Global 2000, memperlihatkan bahawa nilai dan kekuatan kompetitifnya diiktiraf oleh pasaran.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180719/2191347-1

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Real Estate Residential Real Estate Survey, Polls & Research