omniture

Jepun, EU Tandatangan Perjanjian Perdagangan Bebas Penting Sebagai Pendirian Terhadap Fahaman Perlindungan Perdagangan Lapor Shinsei Corporate Management

Shinsei Corporate Management
2018-07-21 02:09 498

TOKYO, 21 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Dalam satu perkembangan bersejarah, pemimpin-pemimpin Jepun dan EU menandatangani satu perjanjian perdagangan bebas yang penting antara kedua-dua wilayah tersebut, meliputi hampir sepertiga daripada KDNK dunia, perjanjian yang sedemikian besar yang dimeterai oleh EU. Susulan berlakunya pertikaian perdagangan yang semakin memuncak antara AS dan pelbagai rakan dagangannya, perjanjian bersejarah ini akan memudahkan pewujudan salah satu zon perdagangan liberal yang terbesar di dunia seperti yang dilaporkan oleh Shinsei Corporate Management.

Japan, EU Sign Landmark Free Trade Deal In Stand Against Trade Protectionism reports Shinsei Corporate Management. (PRNewsfoto/Shinsei Corporate Management)
Japan, EU Sign Landmark Free Trade Deal In Stand Against Trade Protectionism reports Shinsei Corporate Management. (PRNewsfoto/Shinsei Corporate Management)

Perjanjian Jepun-EU akan menghapuskan hampir kesemua tarif dua hala, yang pastinya dapat mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif untuk automobil Jepun yang dijual di EU serta produk wain dan tenusu Eropah yang dijual di Jepun. Sementara menunggu pengesahan daripada parlimen EU dan penggubal undang-undang Jepun, perjanjian ini bakal dikuat kuasakan mulai tahun 2019.

Langkah terbaharu oleh Washington untuk mengenakan tarif 10% ke atas import aluminium dan 25% ke atas import keluli memberi kesan negatif kepada kedua-dua EU dan Jepun. EU, sebaliknya membalas dengan mengenakan tarif ke atas barangan Amerika seperti wiski bourbon dan motosikal Harley-Davidson. Sementara itu, sebagai tindakan balas, Jepun bertemu WTO untuk mempertahankan hak-haknya untuk memperlakukan perkara yang sama terhadap AS, tindakan pertahanan atipikal daripada Jepun terhadap salah satu rakan sekutunya yang paling rapat, lapor Shinsei Corporate Management.

Jepun, di bawah kepimpinan En. Abe, baru-baru ini mengambil langkah menembusi segmen perdagangan bebas. Dalam usaha untuk memaksa syarikat-syarikat tempatan mendapatkan sokongan global dan meneroka pasaran luar negara baharu, Jepun mengguna pakai strategi inklusif, yang membenarkan import dari negara-negara asing.

"EU dan Jepun telah bersetuju dengan tarikh akhir tahun 2019 agar perjanjian ini dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan masing-masing," kata Jack Hunter, Rakan Kongsi Kanan di Shinsei Corporate Management

Perdagangan antara Jepun dan EU dalam eksport dan import berjumlah €125 bilion ($146.4 bilion) pada tahun 2016. Perjanjian perdagangan bebas ini berpotensi menghapuskan duti kastam tahunan sebanyak €1 bilion, seperti yang dinyatakan oleh penganalisis di Shinsei Corporate Management pada Khamis lalu.

Latar Belakang Shinsei Corporate Management
Shinsei Corporate Management 新生会社の管理 menyediakan khidmat nasihat kewangan dan penyelesaian pengurusan kekayaan kepada pelanggan individu dan korporat. Untuk maklumat tambahan layari www.shinseisecurities.com.

Pautan Berkaitan: https://www.shinseisecurities.com/  

Perhubungan Media, Muranaka Ryushi, pr@shinseisecurities.com, +81 3 4589 4808

Shinsei Corporate Management 新生会社の管理 provides financial advisory services and wealth management solutions to individual and corporate clients. (PRNewsfoto/Shinsei Corporate Management)
Shinsei Corporate Management 新生会社の管理 provides financial advisory services and wealth management solutions to individual and corporate clients. (PRNewsfoto/Shinsei Corporate Management)

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/720683/ShinseiPhoto_1.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/720684/LogoShinsei.jpg

 

Source: Shinsei Corporate Management
Keywords: Banking/Financial Service Trade policy