omniture

Supermicro Sertai Lembaga Persatuan Industri Perangkaian Storan Percepat Perkembangan dan Penerimaan Storan NVMe Kilat Sepenuhnya

Super Micro Computer, Inc.
2018-07-23 21:00 406

Pelopor Produk Pertama ke Pasaran Bagi Pelayan dan Storan Sokongan Ingatan NVMe Kilat Sepenuhnya dan Ingatan Persisten Bawakan Keluasan Pengalaman Reka Bentuk dan Pembangunan Peringkat Sistem kepada SNIA  

SAN JOSE, California, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Super Micro Computer, Inc. (NASDAQ: SMCI), peneraju global bagi penyelesaian pengkomputeran perusahaan, storan dan perangkaian dan teknologi pengkomputeran hijau bertaraf global hari ini mengumumkan ia telah menyertai Lembaga Persatuan Industri Perangkaian Storan (SNIA) sebagai ahli mengundi baharu.

Sebagai penyedia teknologi storan yang utama dalam industri, Supermicro telah lama menumpu untuk menginovasi portfolio dan penyelesaian storan demi menyediakan produk dan pengalaman terbaik kepada pelanggannya. Dengan pusat-pusat data moden yang menumpu pada data raya dan penyelesaian AI, nilai dan import sokongan perangkaian storan berkualiti telah berkembang. Penyertaan dalam SNIA sebagai ahli mengundi akan meningkatkan pengaruh Supermicro dalam industri, membolehkan Supermicro berkolaborasi dengan pengusaha-pengusaha penting yang lain dalam bidang ini dan seterusnya meningkatkan piawaian pasaran storan. Supermicro akan turut membawakan perspektif tambahan kepada pembangunan piawaian SNIA dalam domain ingatan kilat, ingatan persisten, faktor bentuk, pengurusan storan dan storan awan.

"Sepanjang beberapa tahun lalu, Pengeluar Peralatan Asli (OEM) seperti Supermicro telah menjadi bahagian yang semakin penting dan berpengaruh dalam ekosistem vendor komputer dan storan," kata David Dale, Pengerusi Lembaga Pengarah SNIA. "Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan penyertaan Supermicro dalam SNIA pada peringkat kepimpinan. Kami percaya ini dapat menekankan perkaitan agenda SNIA dengan ekosistem industri storan yang berubah-ubah."

Supermicro telah menumpu pada penyelesaian storan inovatif selama bertahun-tahun. SNIA meneroka cara-cara untuk mempercepatkan pengujian dan pengesahan teknologi dan piawaian baharu untuk industri. Usaha-usaha ini akan meninjau kaedah terbaik untuk menyokong, merealisasikan dan memacu teknologi storan inovatif yang baharu ke hadapan pada kadar yang dipercepatkan dan membawakan penyedia perkhidmatan Awan terkemuka (dan Hyperscaler) bersama-sama dengan industri storan menerusi usaha-usaha ini.

"Supermicro sentiasa menjadi pembangun produk pertama-ke-pasaran melibatkan pelayan dan sistem storan dan kami merupakan salah satu pelopor dalam pelaksanaan sistem untuk menyokong teknologi NVMe ingatan kilat sepenuhnya dan ingatan persisten. Pengalaman reka bentuk dan pembangunan peringkat sistem ini penting untuk menjadikan penambahbaikan berterusan dalam teknologi storan satu kenyataan," kata Tau Leng, Naib Presiden Kanan Teknologi di Supermicro. "SNIA menerajui industri storan seluruh dunia dalam membangunkan dan mempromosikan seni bina, piawaian dan perkhidmatan pendidikan neutral-vendor. Supermicro kini turut sama dengan pemimpin-pemimpin industri SNIA untuk memajukan teknologi dan perkembangan industri."

Tau Leng, Naib Presiden Kanan Teknologi di Supermicro akan menyertai Lembaga Pengarah SNIA. Leng ialah seorang yang berpengalaman dalam industri selama 25 tahun yang mengurus pasukan kejuruteraan, pemasaran, pengurusan produk dan pengujian di Supermicro. Beliau menyertai kumpulan elit yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin teknologi storan untuk memacu pelaksanaan misi SNIA dengan menyediakan piawaian inovatif, pendidikan neutral vendor dan perkhidmatan yang akan mendorong penyelesaian perangkaian storan terbuka dalam pasaran yang lebih luas.

Latar Belakang Super Micro Computer Inc. (NASDAQ: SMCI)
Supermicro (NASDAQ: SMCI), Supermicro® (NASDAQ: SMCI), penginovasi utama bagi teknologi pelayan berprestasi tinggi dan berkecekapan tinggi ialah penyedia ulung bagi pelayan Building Block Solutions® termaju untuk Pusat Data, Pengkomputeran Awan, IT Perusahaan, Hadoop/Data Raya, HPC dan Sistem Terbenam seluruh dunia. Supermicro komited untuk melindungi alam sekitar melalui inisiatif "We Keep IT Green®" dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian paling cekap tenaga dan mesra alam yang terdapat dalam pasaran. Supermicro, Building Block Solutions dan We Keep IT Green ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Super Micro Computer, Inc. Intel ialah tanda dagangan berdaftar Intel Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Semua jenama, nama dan tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Latar Belakang SNIA
Persatuan Industri Perangkaian Storan ialah sebuah pertubuhan global bukan untung, terdiri daripada syarikat-syarikat ahli yang mencakupi pasaran storan global. Misi SNIA adalah untuk menerajui industri storan seluruh dunia dalam membangunkan dan menggalakkan piawaian, teknologi dan perkhidmatan pendidikan bagi memperkasa organisasi-organisasi dalam pengurusan maklumat. Untuk mencapai matlamat ini, SNIA komited dengan cara tersendiri dalam membawakan piawaian, pendidikan dan perkhidmatan yang akan mendorong penyelesaian perangkaian storan terbuka dalam pasaran yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut mengenai SNIA, layari www.snia.org

SMCI-F

Source: Super Micro Computer, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:SMCI
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet