omniture

DHL Kalah Perbicaraan Kontrak dan Harta Intelek kepada Firma Teknologi AS LOG-NET

LOG-NET, Inc.
2018-07-25 09:00 731

Juri dapati DHL bertanggungjawab atas pelanggaran hak cipta dan pencabulan persepakatan Penuh Percaya dan Cara Urusan yang Adil.

TRENTON, New Jersey, 25 Julai, 2018 /PRNewswire/ -- Juri di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah New Jersey telah mendapati DHL, bahagian muatan global daripada sistem pos Jerman Deutsche Poste, bertanggungjawab terhadap LOG-NET, Inc. atas pelanggaran hak cipta dan pencabulan persepakatan penuh percaya dan cara urusan yang adil. Juri menganugerahkan ganti rugi kepada LOG-NET sebanyak 14.4 juta dolar AS. LOG-NET juga berjaya mempertahankan dirinya sendiri terhadap tuntutan DHL yang menjadikannya defendan menurut tindakan yang sama sejak enam tahun lalu. Juri turut membuat keputusan yang tidak berpihak kepada DHL, menolak semua tuntutan mereka. Di samping itu, DHL menerima injunksi lebih awal dalam kes mencegah LOG-NET daripada mengeluarkan dan melindungi harta inteleknya. Memandangkan pihak juri menolak tuntutan kontrak DHL, injunksi tersebut akan ditarik balik. 

"Keusahawanan dan kecemerlangan dalam inovasi berteknologi memerlukan usaha yang amat bersungguh-sungguh," ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas LOG-NET, John Motley. "Memandangkan kebanyakan syarikat baharu teknologi gagal, adanya entiti seperti DHL yang menggaji 470,000 kakitangan yang terlibat dalam amalan yang membimbangkan dan tidak adil di bawah kontrak yang dimeterai dalam tempoh waktu yang amat panjang. Saya berasa amat bangga dengan pasukan LOG-NET yang tidak terganggu dalam menyediakan inovasi dan kecemerlangan teknikal kepada pelanggan kami sepanjang perjalanan kes ini," sambung beliau.

LOG-NET diwakili dalam Air Express International (d/b/a DHL Global Forwarding) lwn. LOG-NET, Inc. – Civ. A. No. 12-1732 (D.N.J.), oleh Marc Haefner, Eleonore Ofosu-Antwi, Joseph Linares, Zahire Estrella dan Colleen Maker daripada Walsh, Pizzi, O'Reilly, Falanga berpangkalan di Newark, New Jersey. "Meskipun perlu berurusan dengan pihak lawan yang mempunyai lebih banyak sumbernya, DHL, pasukan Walsh membolehkan LOG-NET mengatasinya. Peguam mereka amat cemerlang dan semangat mereka begitu jelas. Paling penting, kes ini mengembalikan semula integriti kami. Kami amat berterima kasih kepada Walsh atas usahanya," ujar En. Motley.

"Saya berharap kes kami akan dilihat sebagai contoh dan amaran kepada para usahawan dan penginovasi di Amerika Syarikat. Lindungi kreativiti dan kerja keras anda daripada penjawat kini dalam industri sasaran anda. Sekiranya anda ditanyakan bagaimana teknologi anda berfungsi, jawapan terbaik anda ialah, secara automatik. Sekiranya anda terlibat dalam pertarungan guaman, bertahanlah. Percayalah pihak juri. Sistem keadilan kita tidak sempurna, namun demikian ia adil," tambah En. Motley.

Latar Belakang LOG-NET, Inc.

LOG-NET, Inc. mempunyai sejarah inovasi selama 25 tahun dalam industri teknologi rantaian bekalan antarabangsa dan logistik berautonomi. Sebagai pelopor dan peneraju bagi penyelesaian rantaian bekalan hujung-ke-hujung (E2E), syarikat menyediakan keupayaan logistik dan rantaian bekalan global berdasarkan Perisian Sebagai Perkhidmatan (SAAS).

LOG-NET Versi 8.0 menguasakan inisiatif-inisiatif oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang terkemuka di dunia. LOG-NET ialah sistem pilihan untuk pengurusan hujung-ke-hujung waktu nyata bagi pembekal, pesanan, pematuhan, pengangkutan dan kewangan perdagangan melibatkan pemimpin-pemimpin industri seperti Dollar Tree Stores, Mohawk Home, Panalpina, Hermes, The Camuto Group, IN2LOG, Ryder, The OEC Group, Agility Logistics, Kesco Logistics, Matson Logistics, Samsung, Fender Musical Instruments dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.LOG-NET.com.

Pemasaran 
LOG-NET, Inc. 
sales@LOG-NET.com  
(732) 758-6800 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/168891/log_net__logo.jpg  

Source: LOG-NET, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Trucking and Road Transportation Legal issues