omniture

Dubai Holding dan Emaar Sokong Era Baharu dalam Jualan Menerusi 'Dubai Square', Destinasi Jualan Dipacu Teknologi di Dubai Creek Harbour

Emaar Properties
2018-07-25 19:00 1605

DUBAI, UAE, July 25, 2018 /PRNewswire/ -- Dubai Holding dan Emaar Properties mengumumkan pelancaran Dubai Square, metropolis jualan baharu di Dubai, UAE, yang menerobos sempadan jualan dan libur moden dengan memanfaatkan teknologi generasi seterusnya. Dubai Square terletak di tengah-tengah Dubai Creek Harbour, projek pembangunan mega berkeluasan 6 kilometer persegi yang hanya sejauh 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan Burj Khalifa by Emaar yang ikonik.

 

Bersebelahan Dubai Creek Tower, ikon global baharu, ia menjadi destinasi jualan, hospitaliti dan kediaman berkeluasan 2.6-juta meter persegi (kira-kira 30 juta kaki persegi). Merapatkan jurang antara beli belah dalam talian dan dalam pusat membeli belah, menggabungkan kawasan dalam dan luar, Dubai Square direka untuk era baharu pelanggan yang celik teknologi, lalu menetapkan penanda aras untuk pengalaman jualan pada abad ke-21.

Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties berkata: "Menumpu pada aspirasi generasi pelanggan baharu, Dubai Square akan memainkan peranan penting untuk terus mengukuhkan kedudukan Dubai sebagai pendukung jualan global selanjutnya. Menerusi penawaran omnisaluran, ia memberikan pengalaman destinasi baharu yang akan membawakan nilai luar biasa kepada rakan kongsi jualan kami. Ia akan menjadi kawasan jualan mega paling hampir dengan jutaan penumpang yang melepasi Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 2.5 bilion orang yang hanya melakukan penerbangan selama 4 jam dari Dubai."

Selari dengan evolusi pascamoden Dubai, Dubai Square mempunyai gabungan eklektik antara gaya dan rujukan. Saiznya yang seluas lebih 100 padang bola sepak, dengan ruang jualan lantai kasar berkeluasan 750,000 meter persegi (8.07 juta kaki persegi), Dubai Square akan turut menjadi pusat Chinatown yang terbesar seumpamanya di Timur Tengah.

Dubai Square mempunyai tiga tingkat, setiap tingkat membawakan himpunan pengalaman yang unik kepada pelanggan. Aras bawah menyediakan arena bagi acara-acara rintis manakala tingkat pertama mempunyai lebuh hias empat laluan yang mengagumkan, dibarisi dengan outlet jualan mewah, tempat menjamu selera dan libur. Tingkat kedua merupakan persekitaran mesra keluarga yang menyediakan pelbagai aktiviti di 'Ice Adventure', Cineplex, taman air, arena sukan, pasar raya dan kereta api ringan (metro link).

Arena hiburan futuristik dengan pemetaan unjuran 3D, bunyi dan pencahayaan teater serta pilihan gastronomi global yang luas adalah antara tarikan-tarikan menarik yang lain di Dubai Square. Ia turut menampilkan Art District yang menyediakan persimpangan jalan untuk seniman dan peminat karya seni dari seluruh dunia.

Untuk butiran, hubungi:

Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller
+9714-4507-600
kelly.home@bm.com

 

Boulevard at Dubai Square
Boulevard at Dubai Square

 

 

Arena - Dubai Square
Arena - Dubai Square

Video:  https://mma.prnewswire.com/media/722253/Dubai_Square_at_Dubai_Creek_Harbour.mp4  
Foto:  https://mma.prnewswire.com/media/722254/Arena___Dubai_Square.jpg
Foto:  https://mma.prnewswire.com/media/722255/Boulevard_at_Dubai_Square.jpg 

Source: Emaar Properties
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Retail New products/services