omniture

Sepanyol bakal jadi tumpuan untuk Teknologi GPU Turbo rintis Honor

Honor
2018-07-26 01:28 1995

Kempen OOH baharu petanda 'tumpuan' ke arah Golongan Milenia Sepanyol 

BARCELONA, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Sepanyol dijangka menjadi batu loncatan untuk teknologi GPU Turbo rintis daripada Honor, menandakan satu titik perubahan untuk pengguna telefon pintar milenia di seluruh negara berkenaan. Susulan kejayaan pelancaran GPU Turbo di London dan Madrid minggu lalu, Honor kini akan mengalihkan tumpuannya kepada Sepanyol tatkala ia mempersiapkan kempen berprofil tinggi berkisarkan teknologi rintis yang menakrifkan semula permainan mudah alih seperti mana yang kita ketahui.

Pengiklanan luar Honor
Pengiklanan luar Honor

Kempen baharu ini, yang akan melibatkan penggunaan pengiklanan luar akan mempamerkan keupayaan GPU Turbo yang mengubah industri, memaparkan siri reka bentuk yang ikonik dan muda serta menonjolkan komitmen berkekalan Honor terhadap golongan milenia Sepanyol sewaktu syarikat berusaha mengukuhkan hubungan bersama kumpulan yang semakin penting ini.

Tumpuan Honor ke arah Sepanyol bertepatan dengan kemunculan pesat industri permainan domestik. Sepanyol sedang mengalami lonjakan dalam industri permainan dan begitu pantas menjadi tumpuan global untuk pemain dan pembangun, dengan angka-angka terkini menunjukkan sektor permainan Sepanyol bernilai hampir $2 bilion hanya pada tahun 2017[1].

Penetap trend yang begitu tersohor, Sepanyol terkenal dengan fesyen pantas, dengan reka bentuk yang menerajui serta mampu milik. Reputasi Sepanyol sebagai ibu kota fesyen pantas di dunia menjadikannya sebagai tumpuan yang dijangkakan untuk Honor, yang diiktiraf di seluruh dunia sebagai peneraju industri, menawarkan gaya ikonik dan produk dengan rekaan baharu pada harga yang berpatutan.

Kempen baharu ini merupakan pengesahan komitmen mendalam Honor untuk terhubung dan memahami aspirasi serta keinginan golongan milenia Sepanyol. Melalui pelaburan besar yang dibuat di seluruh Sepanyol, Honor berupaya membina hubungan yang mantap bersama golongan milenia tempatan, menjurus kepada pembangunan produk yang direka dengan unik dan disesuaikan untuk audiens tempatan.

Memahami bahawa eSukan adalah antara aktiviti paling popular untuk orang muda di Sepanyol, Honor menaja pasukan Movistar Riders eSports pada tahun 2017, menyediakan platform unik untuk belia tempatan melibatkan diri antara satu sama lain. Di samping itu, Honor menaja beberapa acara sukan musim sejuk di pusat peranginan ski Sierra Nevada di Sepanyol semasa tahun 2017 termasuk lompatan beg udara (bag jump) dan kejohanan papan luncur salji FIS.

Memetik kajian terkini yang menunjukkan golongan milenia Sepanyol mempunyai kecenderungan untuk mengambil risiko[2], Presiden Global Honor, George Zhao menyamakan tumpuan baharu syarikat terhadap Sepanyol seakan-akan sebagai satu kepulangan.

"Jenama kami dicipta berdasarkan banyak ciri yang sinonim dengan golongan milenia Sepanyol. Reka bentuk ikonik kami memperlihatkan kesanggupan golongan milenia Sepanyol untuk menjadi berani dan mengambil risiko bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan dalam kehidupan," kata En. Zhao.

"Sepanyol semakin menjadi rumah kedua untuk Honor memandangkan budaya Sepanyol mencerminkan budaya korporat kami. Sektor e-dagang baru muncul Sepanyol dan industri e-permainan yang semakin berkembang pesat kedua-duanya adalah komponen penting untuk model perniagaan Honor dan dengan itu, ia adalah perkara biasa apabila kami ingin membina hubungan yang lebih mendalam bersama golongan milenia Sepanyol sewaktu kami mengalihkan tumpuan kami kepada pasaran yang semakin penting ini," simpul En. Zhao.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah nanugan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180724/2194613-1

 

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Sports Telecommunications Telecommunications Equipment