omniture

GIORGIO ARMANI BEAUTY ADALAH PENAJA KECANTIKAN RASMI BAGI FESTIVAL FILEM LA BIENNALE DI VENEZIA ANTARABANGSA VENICE YANG KE-75

Giorgio Armani Beauty
2018-07-27 01:19 2422

MILAN, 27 Julai 2018 /PRNewswire/ --  Giorgio Armani beauty berbesar hati untuk memaklumkan kerjasamanya dengan Festival Filem Antarabangsa Venice yang ke-75 sebagai Penaja Kecantikan Rasmi.

Jenama tersebut akan menyediakan perkhidmatan Solekan rasmi kepada para tetamu festival yang antara lain selebriti yang akan berjalan di atas karpet merah. Di sekitar Palazzo del Casinò, para perwalkilan juga akan dapat menikmati jenama sejagat.

Dalam tempoh 18 tahun sejak pelancarannya, Giorgio Armani beauty telah berusaha untuk menafsirkan dan meningkatkan kecantikan wanita. Kesederhanaan, keanggunan semula jadi dan ketulenan, merupakan nilai-nilai yang menyokong produk-produk inovatif yang menjanjikan kecerahan, keselesaan dan ketahanan luar biasa – serta kemasan canggih dan semula jadi.

Nilai-nilai yang sama ini dijelmakan oleh Cate Blanchett pelakon wanita yang memenangai Anugerah Akademi (duta kecantikan global jenama dan wajah haruman Sì ), seorang tokoh terkemuka yang telah lama menjalinkan hubungan istimewa bersama Giorgio Armani beauty.

Hari ini, Giorgio Armani beauty meraikan perhubungan intim ini dengan Pawagam dan membawa nilai-nilai dan kepakaran kecantikannya kepada salah satu festival filem yang paling terkenal di dunia.

Giorgio Armani beauty dan dunia Pawagam

Kerjasama Giorgio Armani beauty dengan Festival Filem Venice yang ke-75 mengukuhkan lagi hubungan yang dimiliki jenama dengan dunia pembikinan filem dan hadir sebagai minat yang mendalam sepanjang hayat Giorgio Armani terhadap pawagam. Sepanjang beberapa tahun ini, pereka telah mencipta pakaian untuk pelbagai jenis tayangan filem, yang paling terkenal dari American Gigolo pada tahun 1980, menghasilkan busana untuk Richard Gere, kepada The UntouchablesGattacaBeautyStealingShaft, the Batman series, The TuxedoDe-LovelyFair GameThe Social Network,Mission Impossible: Ghost ProtocolHanna, A Most Violent Year, dan The Wolf of Wall Street, sekadar menyebutkan beberapa nama sahaja

Sebagai pujian kepada hubungan intrinsik antara jenama dan pawagam, Giorgio Armani beauty baru-baru ini juga telah melancarkan satu konsep butik baharu yang menampilkan filem oleh Zoe Cassavetes yang menghargai hubungan abadi antara emosi dan kecantikan.

Giorgio Armani beauty – kesederhanaan, keanggunan semula jadi dan ketulenan

Selama 18 tahun, Giorgio Armani beauty telah been delivering beautifully textured make-up – sebahagiannya telah dihasilkan terus di belakang pentas sewaktu pertunjukan fesyen jenama – , penjagaan kulit yang dirumuskan dari sains paling perintis. Diinspirasikan oleh kaum hawa, diwujudkan untuk mendedahkan – bukannya untuk menyembunyikan – kecantikan semulajadinya, amat dikenali untuk beberapa produk ikonik: Maskara Eyes to Kill dan Eye Tint, Lip Maestro dan Ecstasy Shine, bedak asas Power Fabric dan Luminous Silk dan juga penjagaan kulit Crema Nera dan Armani Prima. Jenama tersebut juga terkenal dengan koleksi haruman lelaki dan wanita yang antara lainnya Acqua Di Giò, Sì dan Sì Passione dan juga rangkaian busana anggunnya iaitu Armani Privé.

Aude LOISEAU, Communications Project Manager, GIORGIO ARMANI FRAGRANCES & BEAUTY

 

Source: Giorgio Armani Beauty
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics