omniture

GCP Hospitality, ahli Gaw Capital Partners, luaskan jejaknya di Eropah melalui usaha sama bersama Omega Capital dengan peroleh Hospes Hotel Group di Sepanyol

Gaw Capital Partners
2018-07-27 02:24 2472

HONG KONG, 27 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Firma ekuiti persendirian hartanah Gaw Capital Partners hari ini mengumumkan bahawa firma berkenaan melalui Dana Hospitaliti Eropah I yang diurus oleh GCP Hospitality, memperoleh 50% kepentingan dalam jenama hotel butik yang terkemuka di Sepanyol, Hospes Hotel Group, yang mana aset keseluruhannya berjumlah EUR125 juta, membentuk satu usaha sama dengan syarikat pelaburan Sepanyol, Omega Capital.

Hospes Hotel Group ialah jenama yang paling disegani di Sepanyol yang mempunyai 10 hartanah. Kumpulan berkenaan diiktiraf sebagai jenama dan pengendali yang sangat terkenal dalam segmen hotel butik mewah dan warisan.

Setiap hotel direka dengan gaya artisan, menggabungkan bersama-sama unsur-unsur warisan, reka bentuk, tekstur tempatan dan teknologi. 

Hotel-hotel butik mewah Hospes terletak di pelbagai lokasi utama di seluruh Sepanyol, termasuk Madrid, Alicante, Granada, Valencia, Mallorca, Cordoba, Seville, Caceres dan Salamanca. Hartanah-hartanah ini terletak berdekatan dengan beberapa bandar bersejarah yang paling terkenal di Sepanyol, setiap satunya direka oleh arkitek-arkitek yang disegani dan tersohor bagi mencipta atmosfera dan gaya uniknya yang tersendiri. Kemudahan-kemudahannya, termasuk bar dan restoran, pusat kecergasan dan spa, telah menerima penarafan 5 bintang.

Goodwin Gaw, Pengerusi dan Prinsipal Urusan Gaw Capital Partners, berkata, "Kami berbesar hati untuk membentuk satu usaha sama dengan Omega Capital melalui Dana Hospitaliti Eropah I kami yang diurus oleh GCP Hospitality untuk memperoleh 50% kepentingan dalam Hospes Hotel Group. Menembusi pasaran Sepanyol bersama salah satu usahawan yang paling terkenal di Sepanyol menandakan satu pencapaian penting untuk Gaw Capital Partners dan platform hospitalitinya, GCP Hospitality tatkala kami berusaha meluaskan kehadiran kami di Eropah dan memanfaatkan peluang-peluang yang banyak di salah satu pasaran pelancongan yang paling popular di dunia. Kami akan terus meluaskan jenama Hospes dengan membuka lebih banyak hartanah di kawasan-kawasan pelancongan dan bandar-bandar strategik di Sepanyol dan Eropah Selatan."

Christophe Vielle, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama GCP Hospitality, berkata, "Kami berasa teruja untuk meluaskan portfolio hotel kami ke Eropah. Pemerolehan Hospes Hotel Group ialah bukti rekod prestasi mantap GCP Hospitality dalam melancarkan dan mengendalikan hotel-hotel dan jenama-jenama hospitaliti bertaraf terbaik dengan jayanya. Dengan tinjauan yang sangat positif terhadap industri pelancongan benua tersebut, kami aktif meneroka cara-cara untuk meluaskan portfolio kami di Eropah. Kami akan memanfaatkan reputasi Hospes Hotel Group serta jaringan antarabangsa kami untuk meningkatkan jejak global jenama ini."

Untuk media di China, sila klik 
https://pan.baidu.com/s/1agWVsyGUNxJdmYLWwFaN_A untuk memuat turun foto-foto beresolusi tinggi Hospes Hotel.

Untuk media seluruh dunia, sila klik https://www.dropbox.com/sh/ttpmlgdqcl2nifd/AAC6yEPPyAwjuNbSgPWbf7eMa?dl=0 untuk memuat turun foto-foto beresolusi tinggi Hospes Hotel.

Latar Belakang GCP Hospitality

GCP Hospitality mengendalikan lebih 39 hartanah dengan 7,450 kunci di seluruh dunia yang memiliki reputasi yang dicemburui dalam industri hospitaliti kerana menyediakan perkhidmatan pengurusan hotel, pengurusan aset dan pembangunan perniagaan mengikut piawaian tertinggi. Kepakaran GCP Hospitality mempunyai jangkauan global, dengan pejabat-pejabat serantau terletak di Bangkok, Beijing, Hong Kong, Perth, San Francisco, Singapura dan Yangon. Jenama-jenama masa kini termasuk Hotels G, The Strand Hotel & Cruise, Campus Co-Living Hubs, Hospes Hotels (Usaha Sama di Sepanyol) dan Journal Hotels (Usaha Sama di AS). GCP Hospitality ialah cabang hospitaliti Gaw Capital Partners, syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian yang menumpu untuk menambah nilai strategik kepada hartanah yang kurang digunakan dalam pasaran global.

Latar Belakang Omega Capital

Omega Capital ialah syarikat pelaburan yang mana pemegang sahamnya ialah Puan Alicia Koplowitz. Aktiviti-aktiviti pelaburannya mencakupi pelbagai aset seluruh dunia. Ia membuat pelaburan jangka panjang dalam syarikat-syarikat awam dan swasta serta hartanah komersial iaitu hotel, pejabat dan runcit di Eropah dan juga AS.

Source: Gaw Capital Partners
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Joint ventures