omniture

Hikvision umum keputusan kewangan separuh tahun

Hikvision Digital Technology
2018-07-28 01:47 2359

(Januari - Jun 2018)

HANGZHOU, China, 27 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif, melaporkan jumlah pusing ganti sebanyak RMB 20.88 bilion untuk separuh tahun pertama 2018. Pertumbuhan pendapatan berbanding tahun sebelumnya ialah 26.92%, manakala keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham ialah RMB 4.15 bilion, meningkat sebanyak 26.00%.


Separuh Tahun Pertama 2018

Separuh Tahun Pertama 2017

Pertumbuhan Berbanding
Tahun Sebelumnya
 
(%)

Jumlah Pendapatan Kendalian
(RMB)

20,875,758,224.63

16,447,539,736.52

26.92%

Keuntungan bersih boleh diagihkan
kepada pemegang saham (RMB)

4,147,395,535.86

3,291,546,056.70

26.00%

Dipacu oleh inovasi dan penjanaan nilai untuk rakan kongsi dan pelanggan akhir, Hikvision meneruskan perkembangan luas teknologi, produk dan penyelesaian utamanya menerusi teknologi video dan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai terasnya. Satu contoh aspek ini ialah visi dan rangka kerja Awan AI Hikvision yang diperkenalkan di Sidang Kemuncak Dunia Awan AI yang diadakan di Hangzhou pada Mac 2018, yang melibatkan pembinaan ekosistem industri AI bagi mempercepatkan pembangunan teknologi, aplikasi dan perkhidmatan AI.

Hikvision kekal fokus untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi syarikat di samping turut mengukuhkan pemasaran saluran, jualan projek dan kolaborasi rakan kongsi teknologi.

Bagi memacu kejayaan dan pertumbuhan komersial yang berterusan, Hikvision meluaskan operasinya di dalam dan luar negara menerusi pelaburan-pelaburan penting dalam jualan tempatan, pemasaran dan jaringan perkhidmatan. Semasa separuh tahun pertama 2018, syarikat menubuhkan lebih 10 pejabat serantau baharu dalam pasaran-pasaran luar negara, yang akan terus membantu meningkatkan jualan, penyerahan dan tawaran sokongan pelanggan dalam pasaran-pasaran tempatan.

Untuk laporan kewangan penuh bagi setengah tahun, sila layari di sini.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling mantap dalam industri, Hikvision memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, serta teknologi-teknologi berpandangan jauh seperti pengkomputeran awan, data raya dan pembelajaran mendalam. Selain industri pengawasan video, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Sentiasa berusaha mencipta nilai untuk pelanggannya, Hikvision mengendalikan 37 subsidiari serantau di seluruh dunia bagi mencapai kehadiran global yang sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com .

 

Source: Hikvision Digital Technology
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation High Tech Security Earnings Sales reports