SAN FRANCISCO dan ALEXANDRA, New Zealand, 31 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Planet, sebuah syarikat aeroangkasa dan analitik data bersepadu serta Pusat Teknologi Sains Angkasa (CSST) New Zealand hari ini mengumumkan satu perkongsian bagi membantu memacu pertumbuhan ekonomi serantau dengan mengagihkan data pemerhatian dan analitik Bumi global setiap hari daripada Planet.
CSST akan menjadi hab pengagihan dan rakan R&D untuk Planet di New Zealand, lalu memastikan pelbagai industri dan agensi kerajaan mendapat akses yang cekap kepada data dan produk analitik Planet. Organisasi-organisasi ini akan bersama-sama menyetempatkan analitik daripada Planet dan bersama-sama membangunkan penyelesaian baharu untuk menyediakan perkhidmatan kepada vertikal-vertikal tertentu, termasuk pertanian, pengurusan bencana, pertahanan dan risikan serta maritim.
"CSST ialah rakan kongsi penting untuk Planet memandangkan mereka memahami aplikasi dan senarai tindakan imejan global harian serta membolehkan kami membawakan produk kami ke New Zealand. Mereka akan menjadi perunding paling utama untuk syarikat komersial dan agensi kerajaan yang inginkan imejan serta analitik kami," kata Shankar Sivaprakasam, Naib Presiden APAC dan Jepun di Planet.
Imejan dan analitik harian Planet akan dapat menambah baik proses membuat keputusan dalam sektor-sektor penting daripada ekonomi New Zealand termasuk kesediaan bencana dan pengurusan kecemasan, pemantauan pertanian, pemantauan penggunaan tanah, pengurusan air, pemantauan infrastruktur dan perhimpunan pintar.
"Data pemerhatian Bumi menjadi semakin penting dalam membantu New Zealand menangani cabaran ekonomi, alam sekitar dan sosial. Kelebihan terbesar buruj Planet adalah seberapa kerap satelit-satelitnya melewati angkasa, yang amat penting dalam konteks New Zealand, khususnya terhadap pemantauan bencana. Sebagai contoh, imejan Planet mendedahkan hampir 80,000 tanah runtuh terjadi ekoran gempa bumi Kaikoura 2016. Pemantauan bencana waktu nyata dengan data Planet akan mengubah bagaimana kerajaan dan syarikat menyasarkan kesediaan dan bantuan kemanusiaan," kata Steve Cotter, Ketua Pegawai Eksekutif CSST.
Perkongsian ini akan dirasmikan dalam jerayawara di Wellington pada 6 Ogos. Untuk maklumat lanjut, layari halaman Eventbrite.
Latar Belakang Planet
Planet ialah sebuah syarikat aeroangkasa dan analitik data bersepadu yang mengendalikan kumpulan satelit pengimejan Bumi terbesar dalam sejarah, mengumpul sejumlah besar maklumat harian tentang planet kita. Planet mereka bentuk, membina dan mengendalikan lebih 200 satelit serta membangunkan perisian dalam talian dan alatan yang menyediakan data kepada pengguna.
Latar Belakang CSST
Misi Pusat Teknologi Sains Angkasa (CSST) adalah untuk membolehkan industri-industri serantau yang berkembang maju di seluruh New Zealand untuk memperoleh dan/atau mengekalkan kelebihan daya saing antarabangsa dengan membuat keputusan lebih bijak menggunakan produk dan perkhidmatan canggih yang memanfaatkan ketersediaan data berasaskan angkasa.
HUBUNGI:
sarah.bates@planet.com