omniture

Emaar Buka Semula Al Alamein Hotel Bersejarah di Mesir Selepas Pengubahsuaian Bertema Retro Dalam Tempoh Paling Singkat Dengan Pelaburan EGP 1.5 Bilion

Emaar
2018-07-31 15:39 1137

AL ALAMEIN, Mesir, 31 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Al Alamein Hotel bersejarah di Mesir secara rasminya dibuka semula setelah menjalani proses pengubahsuaian besar-besaran oleh Emaar Hospitality Group yang menjadikannya antara pusat peranginan terbaik sepanjang Mediterranean. Majlis perasmian dihadiri oleh Menteri Pelancongan Mesir T.Y.T. Dr. Rania Al-Mashat dan personaliti-personaliti ternama.

generated by system

generated by system

Terletak di persekitaran indah Teluk Sidi Abdel Rahman, etos reka bentuk jenama hotel yang glamor dan ruang dalaman bertema retro moden yang diperbaharui mengingatkan kembali kepada zaman kegemilangan tahun 1960-an apabila pusat peranginan ini pertama kali dibuka. Reka bentuk yang diubah suai itu menggabungkan daya tarikan vintaj dengan gaya kontemporari, mencetuskan rasa nostalgia zaman keemasan muzik dan perfileman Mesir.

"Pengubahsuaian Al Alamein Hotel ialah contoh keazaman kami untuk menawarkan hotel yang setaraf dengan, atau sehebat, pusat-pusat peranginan bertaraf dunia," kata Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar. "Kami mengusahakan sesuatu yang melangkaui piawaian global tertinggi untuk pelanggan kami dan pembangunan kami di Mesir, termasuk Al Alamein Hotel, dengan kos pengubahsuaiannya mencecah EGP 1.5 bilion."

Meskipun bangunan ini masih mengekalkan warisannya, para pengunjung dapat merasai keselesaan moden, bermula dengan restoran hinggalah kepada koridor dan bilik. Bermacam-macam gambar hitam putih melibatkan pelakon dan penyanyi klasik Mesir yang amat dikagumi menghiasi tiang-tiang di lobi.

Terdapat juga arca Umbrellas yang terkenal oleh seniman Greek George Zongolopoulos, struktur puitis payung keluli yang terbentang sejauh 13 meter ke langit, menawarkan penafsiran semula yang dramatik terhadap klasik 'Dokko Elshamasy' atau 'Fix the Umbrellas on the Beach' oleh Abdel Halim Hafez. Salah satu arca moden yang paling banyak diambil gambarnya di seluruh dunia, ia pertama kali dipamerkan di Venice Biennale pada tahun 1995, menggamit perhatian antarabangsa dan kini bakal menjadi tatapan pengunjung ke lokasi percutian Mesir ini.

Hotel ini mempunyai koleksi seni yang mengagumkan oleh seniman tempatan dan dunia, termasuk mural mozek yang ikonik mendiang penyanyi Mesir legenda, Om Kolthoum dan satu lagi yang memaparkan bot-bot purba berwarna warni.

Al Alamein Hotel ialah sebahagian daripada komuniti kediaman dan pelancong yang sedang meningkat naik yang dibangunkan oleh Emaar di Marassi, mercu tanda Mediterranean terkenal syarikat di Mesir. Emaar telahpun melancarkan Vida Marassi Marina, Address Marassi Beach Resort dan Address Marassi Golf Resort + Spa di Marassi, yang akan menyediakan tujuh hotel mewah dengan 3,000 bilik.

http://www.alalameinhotel.com

Hubungi:
Kelly Home
ASDA'A B-M
+9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate