omniture

ODEM, Rakan Kongsi IBO bakal Sediakan Kelayakan Digital kepada Pelarian

ODEM
2018-08-02 09:46 1637

CHIASSO, Switzerland, 2 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- ODEM, pencipta Pasaran Pendidikan Atas Permintaan pertama dunia, berganding bahu dengan Institut InternetBar.org dan memanfaatkan teknologi rantaian blok untuk menyediakan populasi terpinggir dengan rekod pendidikan digital. Kolaborasi dengan IBO akan menggunakan teknologi kriptografi canggih dan sistem ODEM untuk memberi sijil pendidikan disokong rantaian blok melalui peranti mudah alih.

"Kita dapat bersama-sama menggunakan ciri keselamatan teknologi rantaian blok untuk membantu individu yang paling kurang bernasib baik di dunia," kata Richard Maaghul, Ketua Pegawai Eksekutif ODEM.
"Kami benar-benar berpuas hati kerana terlibat dengan IBO dalam projek yang begitu penting ini."  

 

Instrumen perkhidmatan pangkalan data ODEM bertujuan untuk membantu mereka yang berada dalam komuniti tanpa kerakyatan seperti doktor, jururawat dan guru dengan menyediakan bukti kelayakan profesional mereka yang disahkan. Pengiktirafan semula kelayakan profesional adalah langkah pertama ke arah membantu komuniti-komuniti ini untuk memperoleh kembali kecekapan diri. Menurut UNHCR, hampir 70 juta orang di seluruh dunia tersingkir. 1 

"Platform kami ialah komponen dalam sistem generasi seterusnya yang dapat memberi manfaat kepada komuniti yang dilucutkan hak kewarganegaraannya," kata Scott M. Akers, Jurutera Penyelesaian Rantaian Blok ODEM. "Inisiatif ini memperlihatkan sejauh mana teknologi, seperti rantaian blok, dapat membawa perubahan positif kepada kehidupan orang ramai, tanpa mengira kedudukan ekonomi mereka."

ODEM membina platform ODEM untuk memperkasa pelajar-pelajar agar terlibat dengan pendidik-pendidik utama demi mewujudkan program pendidikan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Tidak seperti penyedia pendidikan dalam talian, ODEM menumpu pada pengalaman akademik secara peribadi pada waktu nyata. Dikuasakan oleh Token ODEM, platform tersebut menyelaraskan penyusunan dan penyampaian tawaran pendidikan.

Melalui jalinan kerjasama dengan IBO dan menggunakan pendidikan terpencar (DApp), ODEM bermatlamat untuk merapatkan jurang dalam kelayakan akademik yang berlaku apabila individu tersingkir akibat peperangan, kebuluran atau bencana lain. Memberi kesinambungan kepada kelayakan dapat mengurangkan keperluan untuk ahli-ahli profesional mengulangi peperiksaan yang mahal dan memakan masa untuk bekerja dalam bidang pilihan mereka.

Institut InternetBar.org bukan untung mengakui bahawa akses kepada teknologi dan bentuk identiti baharu dapat membantu populasi yang mudah terjejas untuk mula membina semula kehidupan dan masyarakat. Individu-individu menjadi kuasa positif untuk berubah. IBO akan memperkenalkan penduduk yang tersingkir dengan pasaran pendidikan ODEM bagi memberi kelayakan yang disahkan. Dilengkapi dengan maklumat terdahulu berkaitan pendidikan digital mereka. setiap individu yang tersingkir berpotensi memimpin komuniti mereka dalam hala tuju menuju perubahan sosial yang positif.

Untuk maklumat lanjut sila layari: ODEM.IO. Atau sertai perbualan ODEM melalui Telegram.

Untuk ODEM:
Alexa Narma,
Pengarah Kanan, Produk dan Pemasaran
alexa@odem.io
press@odem.io
Tel: +1 (424) 327-5682
Via Balestra 6
6830 Chiasso, Switzerland
Sertai Perbualan ODEM.IO melalui Telegram.
https://www.linkedin.com/company/odem-io/
https://www.facebook.com/odemio/
https://twitter.com/ODEM_IO

Untuk IBO:
Jeffrey Aresty, Presiden
jeff@internetbar.org
Tel:  +1 (508) 314-0916

Christy Leos, Pengarah Operasi
christy@internetbar.org
Tel: +1 (281) 594-7824
1301 Fannin St #2440
Houston, Texas, AS 
77002

1 http://www.unhcr.org/figures-at-a-glance.html

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/639718/ODEM_IO_Logo.jpg

Source: ODEM
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Corporate Social Responsibility Blockchain