omniture

Herta Pemenang Anugerah ALAS 2018

Herta
2018-08-03 11:10 1587

MIAMI, 3 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Persatuan Keselamatan Amerika Latin (ALAS) menganugerahi Herta dengan Projek Keselamatan Terbaik 2018 di rantau berkenaan.

generated by system

Persatuan Keselamatan Amerika Latin (ALAS) minggu lalu menganjurkan Sidang Kemuncak Pengurusan ALAS di Miami yang mengiktiraf projek-projek keselamatan terbaik di Amerika Latin dan Caribbean sepanjang tahun 2017. Bagi edisi tahun ini, terdapat 49 projek mengambil bahagian di negara-negara Amerika Latin yang berbeza dan Caribbean: Argentina, Brazil, Guatemala, Mexico, Colombia, Ecuador, Venezuela, Chile, Panama, Jamaica, Republik Dominican, Uruguay dan Sepanyol.

Juri, yang terdiri daripada enam ahli profesional industri yang tersohor, menilai dan memilih projek-projek yang memberi sumbangan terbaik kepada keselamatan orang ramai, harta benda dan hartanah di Amerika Latin dan Caribbean. Herta terpilih sebagai pemenang bagi "Projek Keselamatan Amerika Latin Terbaik" menerusi "Sistem Pengawasan Video dengan Pengecaman Wajah dalam bola sepak Uruguay."

Projek Herta berjalan sejak April 2017 dengan tujuan untuk mengawal keganasan di lokasi sukan. Persatuan Bola Sepak Uruguay mengadakan tender antarabangsa bagi memilih sistem pengenalpastian wajah untuk stadium-stadium bola sepak Uruguay yang utama. Sistem tersebut perlu melaksanakan kawalan akses dengan pengecaman wajah terhadap semua individu yang memasuki stadium, selain membuat imbasan lengkap di tempat duduk penonton.

Ujian lapangan dijalankan bersama-sama perundingan ITC dan Kementarian Dalam Negeri Uruguay menerusi puluhan penyelesaian daripada pelbagai pengeluar. Akhirnya, penyelesaian yang terpilih untuk tujuan pelaksanaan berkenaan adalah yang ditawarkan oleh Herta. Penyelesaian ini, digabungkan oleh CDT Latam, termasuk Wavestore sebagai VMS, Axis Cameras dan Huawei Networking.

Ketua Pegawai Teknologi AS Herta, Alex Collado-Castells, menjalankan reka bentuk sistem dengan kadar keteguhan tinggi, memungkinkannya untuk mengesan dan mengenal pasti berbilang wajah secara serentak. "Persekitaran tersebut adalah satu cabaran buat kami – kamera-kamera yang diletakkan di pintu masuk stadium perlu berfungsi dengan amat baik terhadap pencahayaan belakang dan senario yang amat cerah yang disebabkan oleh sinaran matahari," jelas Collado-Castells. "Perisian kami berupaya mengesan dan mengenal pasti 99% subjek dalam pangkalan data tanpa positif palsu. Kami amat berbangga dengan prestasi kami dan kerana berupaya melindungi orang ramai dan keluarga di perlawanan bola sepak."

"Projek ini merupakan projek duluan daripada banyak stadium bola sepak lain yang telahpun kami peroleh di rantau ini dan ia pastinya menjadi rujukan kepada seluruh Amerika Latin," kata Fernando Dominguez, Pengurus Jualan.

Semasa Sidang Kemuncak Pengurusan ALAS, yang diadakan pada 25 dan 26 Julai di Miami, Herta turut berpeluang untuk menyampaikan kisah kejayaannya kepada audiens.

Latar Belakang Herta 

Herta ialah peneraju dunia bagi pembangunan penyelesaian pengecaman wajah termaju. Berpangkalan di Barcelona dan mempunyai pejabat-pejabat di Madrid, London, Los Angeles, Montevideo dan Singapura, syarikat menawarkan penyelesaian yang pantas, tepat, tangkas dan berorientasikan pengguna akhir untuk pengawasan video, kawalan akses dan keperluan pemasaran. Projek-projek antarabangsanya melibatkan aplikasi bandar selamat, lapangan terbang, stesen kereta api dan metro, penjara, bank, kasino, stadium sukan, pusat membeli belah, ketenteraan, polis dan forensik. Herta mempunyai rakan kongsi di 50 negara dan lebih 150 penyepadu yang diperakui di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di http://www.hertasecurity.com/en.

Source: Herta
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards