omniture

Nordion Sotera Health selesaikan jualan perniagaan isotop perubatan kepada BWXT

Sotera Health
2018-08-07 04:32 1952

Peningkatan tumpuan Nordion terhadap teknologi gama sokong komitmen seluruh syarikat Sotera Health untuk Safeguarding Global Health™

BROADVIEW HEIGHTS, Ohio, 6 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Sotera Health LLC, pelindung kesihatan global yang bersepadu sepenuhnya dan terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan penutupan jualan segmen Isotop Perubatan dalam perniagaan Nordion kepada BWX Technologies, Inc. (BWXT).

Dengan jualan berkenaan, BWXT kini memiliki perniagaan isotop perubatan terdahulu Nordion, termasuk operasi-operasi pengeluaran radiokimia dan kontrak di Kanata, Ontario serta kemudahan penghasilan isotop di Vancouver, British Columbia, berserta pemindahan kira-kira 150 kakitangan. Nordion mengekalkan pemilikan perniagaan teknologi gamanya serta kemudahan berlesen yang canggih di Kanata. Secara berasingan, syarikat-syarikat ini turut menandatangani perjanjian pajakan jangka panjang yang akan membolehkan BWXT untuk terus beroperasi daripada kemudahan Kanata Nordion.

"Kami dapat menyaksikan pertumbuhan ketara dan peluang perniagaan baharu untuk teknologi gama, khususnya untuk aplikasi terapeutik baharu yang menarik yang muncul untuk kobalt-60 perubatan," kata Michael Petras, Ketua Pegawai Eksekutif Sotera Health. "Jualan ini membolehkan Nordion menumpu sepenuh perhatiannya untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam teknologi gama bagi memberikan pelanggan kami dengan nilai tambahan sebagai sokongan kami terhadap misi Sotera Health, Safeguarding Global Health™ (Melindungi Kesihatan Global)."

Latar Belakang Sotera Health:
Sotera Health LLC, berserta entiti-entiti perniagaannya, ialah pelindung kesihatan global yang bersepadu sepenuhnya dan terkemuka di dunia. Dengan lebih 500 tahun gabungan kepakaran saintifik, syarikat menjamin keselamatan rawatan kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan bermisi kritikal kepada industri peralatan perubatan, farmaseutikal, tisu dan makanan. Sotera Health mengendalikan 61 kemudahan di 13 negara. Syarikat mempunyai lebih 2,600 kakitangan di seluruh dunia dan menyentuh kehidupan lebih 180 juta orang di seluruh dunia saban tahun. Sotera Health menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5,000 pelanggan di serata dunia termasuk 75 daripada 100 pengeluar peralatan perubatan terkemuka.

Sotera Health mendekati pelanggan sasarannya melalui tiga syarikat terbaik dalam kelasnya - Nelson Labs™, Nordion® dan Sterigenics® - dengan misi untuk memastikan keselamatan rawatan kesihatan setiap hari. Nelson Labs menawarkan perkhidmatan ujian mikrobiologi dan analitik serta khidmat nasihat pakar bagi membantu pelanggan membangunkan dan menyelenggara penyelesaian pensterilan dalam bidang peralatan perubatan, produk tisu/boleh diimplan dan farmaseutikal serta biologik. Nordion ialah penyedia terbesar di dunia bagi Kobalt-60 yang digunakan dalam proses pensterilan gama serta rawatan pelbagai penyakit dan kanser. Sterigenics menyediakan penyelesaian pensterilan dan pengionan kontrak untuk industri peralatan perubatan, farmaseutikal, keselamatan makanan dan bahan berprestasi tinggi.

Sotera Health LLC dimiliki oleh firma-firma ekuiti persendirian Warburg Pincus dan GTCR. Ketahui lebih lanjut mengenai Sotera Health di soterahealth.com, mengenai Nelson Labs di nelsonlabs.com, mengenai Nordion di nordion.com dan mengenai Sterigenics di sterigenics.com.

Hubungi:

Dan Pfeffer
Penasihat Hal Ehwal Awam
343-883-5559
dan.pfeffer@publicaffairsadvisors.com

Kristin A. Gibbs
Ketua Pegawai Pemasaran
Sotera Health LLC
440-262-1412
kgibbs@soterahealth.com

 

Source: Sotera Health
Related Links:
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers