MELAKA, Malaysia, 7 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Seramai lebih 3,000 orang pelajar memerangi masalah sisa plastik melalui pertandingan lakonan, fotografi, penuturan kata dan juga pertandingan kitar semula di Melaka sebagai sebahagian daripada Cabaran Alam Sekitar Sekolah MPMA -- Dow 2018.
Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) dan The Dow Chemical Company (Dow) bekerjasama buat kali kelima untuk cabaran yang diwujudkan bagi mendidik para pelajar tentang pengasingan sisa dan kitar semula bagi membantu mengurangkan jumlah sisa yang dibawa ke tapak pelupusan dan berakhir di persekitaran sebagai sampah.
Cabaran ini, yang bermula pada bulan April, terdiri daripada empat cabaran yang diwujudkan bagi mendidik dan menginspirasikan pelajar-pelajar tentang kepentingan kitar semula dan kelestarian. Cabaran-cabaran tersebut ialah:
"Program ini terus berkembang saban tahun dan membantu menginspirasikan dan mendidik generasi pelajar akan datang agar mereka dapat menjadi penjaga alam sekitar yang lebih baik," kata Dato' Raymond Sng, naib presiden MPMA. "Pertandingan ini mendorong kombinasi yang hebat antara sikap ingin tahu dan kesedaran terhadap kelestarian berserta daya kreativiti dan ekspresi melalui pelbagai cabaran."
Cabaran ini merupakan sebahagian daripada platform yang lebih besar untuk penambahbaikan sosial dan alam sekitar melalui pendidikan dan bantuan, memastikan agar pelajar-pelajar memahami serta menyokong usaha pengurusan sisa yang bertanggungjawab.
Turut menjadi sebahagian daripada platform pendidikan ini ialah Eco-Ranger Camp yang mana Dow dan MPMA bekerjasama untuk membantu mengajar pelajar-pelajar mengenai pengurusan sisa, kitar semula serta memahami plastik sebagai bahan berharga. Semasa kem berkenaan yang diadakan pada bulan Mei, pelajar-pelajar berganding bahu bersama-sama guru-guru untuk membangunkan projek-projek kelestarian yang kemudiannya dilaksanakan di sekolah-sekolah mereka.
"Selaku pengeluar plastik yang utama, Dow percaya bahawa tiada satu plastik pun sepatutnya berada di alam sekitar," kata Dr. Han Zhang, pemimpin kelestarian dan sokongan Asia Pasifik, Dow Packaging & Specialty Plastics. "Usaha ini hanya akan terlaksana melalui jalinan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan seperti MPMA dan mendidik pelajar-pelajar mengenai nilai bahan-bahan yang kita gunakan setiap hari agar kita dapat berusaha bersama-sama untuk memajukan ekonomi pusingan."
Penyertaan Cabaran Alam Sekitar Sekolah MPMA-Dow telah meningkat daripada enam buah sekolah pada tahun 2016 menjadi 17 buah sekolah tahun ini. Program ini diwujudkan oleh MPMA dan Dow untuk bersifat swakekal agar ia dapat meneruskan misinya dalam mendidik dan menginspirasikan generasi-generasi masa depan sekaligus meluaskan capaiannya di seluruh Melaka. Program ini akan terus dijalankan bersama rakan kongsi E Ijau Millennium Explorer, sebuah NGO alam sekitar yang menerajui usaha pembangunan sekolah-sekolah eko di Melaka, berasaskan prinsip-prinsip teras yang diwujudkan oleh Dow dan MPMA. Selain E Ijau, program ini bekerjasama dengan pengitar semula tempatan, Lam Chong Group untuk pertandingan Pengumpulan Bahan Boleh Kitar Semula. Lam Chong bersetuju untuk meneruskan program pengumpulan bahan boleh kitar semula sebagai cara untuk mengekalkan amalan kitar semula dalam kalangan sekolah yang mengambil bahagian.
Bagi pertandingan tahun ini, para pelajar mengadakan persembahan di hadapan barisan hakim yang mengundi untuk persembahan terbaik dalam setiap kategori.
Pemenang-pemenang Pertandingan: |
|||||
Pengumpulan Bahan Boleh Kitar Semula |
|||||
Kategori |
Sekolah Rendah |
Jumlah |
Sekolah Menengah |
Jumlah |
|
Kertas Terbaik |
SJK (C) Alor Gajah, Alor |
1375.02kg |
SMK Sungai Rambai, Sg |
809.75kg |
|
Plastik |
SK Air Baruk, Jasin, |
108.15kg |
SMK Dato' Dol Said, Alor |
133.70kg |
|
Logam Terbaik |
SK Alor Gajah 1, Alor |
87.85kg |
SMK Dato' Dol Said, Alor |
243.40kg |
|
E-sisa Terbaik |
SJK (C) Alor Gajah, Alor |
171.95kg |
SMK Tun Mutahir, Batu |
133.85kg |
|
Kategori |
Sekolah Rendah |
Sekolah Menengah |
|||
Fotografi |
|||||
Juara |
Muhd Arif Haikal bin Hisyam |
Lewis Tan Rui Yi |
|||
Naib Juara |
Ng Qiu Yen |
Nor Hidayah SMK Sungai Rambai, Sg Rambai, |
|||
Tempat Ketiga |
Aryana Delisha |
Fatin Zarifah |
|||
Persembahan Sketsa |
|||||
Juara |
SK Alor Gajah 1, Alor Gajah, Melaka |
||||
Naib Juara |
SK Tehel, Bemban, Melaka |
||||
Tempat Ketiga |
SK Air Baruk, Jasin, Melaka |
||||
Persembahan Sebutan Korus |
|||||
Juara |
SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, |
||||
Naib Juara |
SMK Gajah Berang, Kampung Chetti, |
||||
Tempat Ketiga |
SMK Sungai Rambai, Sg Rambai, |
||||
Projek Kelestarian Jangka Pendek |
|||||
Juara |
SK Air Baruk, Jasin, Melaka |
||||
Naib Juara |
SK Convent Infant Jesus 2, Taman |
||||
Tempat Ketiga |
SMK Seri Mahkota, Merlimau, Melaka |
||||
"Bersama-sama Dow, kami percaya bahawa usaha membantu para pelajar memahami pengurusan sisa secara bertanggungjawab pada usia muda adalah komponen kritikal untuk mengurangkan sampah yang terkumpul di persekitaran kita," kata Sng.
Latar Belakang MPMA
Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA), ditubuhkan pada 1967, ialah sebuah persatuan perdagangan progresif dan suara rasmi industri plastik Malaysia, mewakili ahli-ahlinya serta industri dalam interaksi Kerajaan, menerajui pertumbuhan industri plastik dan menyediakan platform-platform bagi membantu ahli-ahli berdaya saing di peringkat global.
Salah satu aspek tumpuan utama MPMA ialah kelestarian. MPMA menganjurkan pelbagai program kesedaran dan pendidikan tentang plastik untuk sekolah-sekolah serta orang awam. Program-program tersebut turut menekankan cara pelupusan sisa plastik yang betul, kitar semula plastik dan konsep 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula).
Latar Belakang Dow Packaging and Specialty Plastics
Dow Packaging and Specialty Plastics, satu unit perniagaan DowDuPont Materials Science, menggabungkan kekuatan teras R&D, capaian seluruh dunia, rangkaian produk yang luas serta kepakaran industri untuk menyediakan teknologi berprestasi tinggi kepada pasaran pengguna akhir dalam pempakejan makanan, produk kebersihan diri, infrastruktur, barangan pengguna dan pengangkutan. Dow Packaging and Specialty Plastics ialah salah satu pengeluar resin polietilena, resin khusus dan pelekat yang terbesar di dunia, serta merupakan penginovasi dan rakan usaha sama utama dalam seluruh rantaian nilai bagi pembangunan aplikasi mampan serta reka bentuk kitar hayat ekonomi pusingan untuk plastik.
Latar Belakang Dow
The Dow Chemical Company (Dow) menggabungkan pengetahuan sains dan teknologi untuk membangunkan penyelesaian sains bahan utama yang penting untuk kemajuan manusia. Dow mempunyai salah satu kit alat bantuan paling mantap dan paling meluas dalam industri, dengan teknologi yang mantap, penyepaduan aset, skala dan keupayaan berdaya saing yang membolehkannya menangani isu global yang rumit. Portfolio perniagaan bahan canggih, perantaraan perindustrian dan plastik Dow yang didorong pasaran dan menerajui industri membawakan rangkaian luas produk dan penyelesaian berbeza yang berasaskan teknologi kepada pelanggan dalam pasaran yang pesat berkembang seperti pempakejan, infrastruktur, dan penjagaan pengguna. Dow ialah subsidiari DowDuPont (NYSE:DWDP), syarikat induk yang terdiri daripada Dow dan DuPont yang bertujuan untuk membentuk tiga syarikat yang kuat, bebas, dan didagang awam dalam sektor pertanian, sains bahan serta pengkhususan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dow.com
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
CRYSTAL CHEAH
Eksekutif, Alam Sekitar
Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA)
37, Jalan 20/14, Paramount Garden, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: (603) 7876-3027, Faks: (603) 7876-8352
Emel: environment@mpma.org.my, URL: www.mpma.org.my
Nate Kerns
Dow Packaging and Specialty Plastics
Asia Pasifik
Emel: kerns@dow.com
Tel: +65-68303803
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180803/2203757-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180803/2203757-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180416/2105671-1LOGO