omniture

Duit syiling rekaan halus imbau detik ketenteraan terbaik Kanada dalam tawaran numismatik terkini Royal Canadian Mint

Royal Canadian Mint
2018-08-09 00:11 2746

OTTAWA, 8 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Bagi meneruskan tradisi yang tak lapuk dek zaman untuk memperingati keberanian dan pengorbanan tentera-tentera Kanada pada duit syiling, Royal Canadian Mint dengan bangganya mengeluarkan Duit Syiling Perak Halus $20 2018 – Keberanian Negara: Serbuan Dieppe, antara banyak kenang-kenangan lain yang tidak dapat dilupakan bulan ini. Diilustrasikan oleh pereka duit syiling ulung Laurie McGaw, duit syiling boleh kumpul yang luar biasa ini menggambarkan refleksi seorang veteran kontemporari yang memberi tabik hormat kepada mereka yang terkorban, terpantul dalam air yang surut dari pantai Dieppe, Perancis. Duit syiling tersebut berperanan sebagai peringatan kepada ramai tentera Kanada yang hilang atau ditangkap dalam operasi Perang Dunia Kedua yang bersejarah pada 19 Ogos 1942. Pertindihan antara masa lampau dan masa kini turut memberi penghormatan kepada veteran-veteran Kanada yang setia memperingati pengorbanan berkenaan pada setiap Ogos di Dieppe, New Brunswick.

The 2018 $20 Fine Silver Coin - A Nation's Mettle: The Dieppe Raid
The 2018 $20 Fine Silver Coin - A Nation's Mettle: The Dieppe Raid

Turut diingati ialah tarikh 8 Ogos hingga 11 November 1918 pada Duit Syiling Perak Halus $20 2018 – Siri Pertempuran Perang Dunia Pertama: Seratus Hari Kanada. Ilustrasi tentera-tentera oleh Joel Kimmel yang menghadap pusara sementara komrad yang tertanam di tengah-tengah runtuhan bandar yang musnah melambangkan pengorbanan warga Kanada yang berjuang dalam pertempuran yang menelan belanja yang besar namun berakhir dengan kejayaan, dari Amiens kepada Mons, pada 100 hari terakhir Perang Dunia Pertama.

Pada Duit Syiling Perak Halus $20 2018 – Angkatan Bersekutu Perang Dunia Pertama: Perancis, artis Pandora Young menggambarkan harapan dan keazaman pasukan darat Perancis, berserta rakan-rakan juruterbang yang terbang di udara, tatkala mereka melakukan usaha terakhir mereka ke arah kemenangan pada bulan-bulan terakhir peperangan. Lambang bom berapi disadur emas secara selektif daripada infantri Perancis menambah tarikan istimewa pada duit syiling tersebut bagi memperingati lelaki gagah yang melakukan segala-galanya untuk menjamin kemenangan Bersekutu di tanahair mereka.

Di sisi yang lain, Mint terus menghasilkan semula duit syiling dengan mengubah bentuknya secara kreatif. Kali ini, ia telah mengeluarkan Duit Syiling Perak Halus $20 2018 berbentuk setem yang pertama – Setem Bersejarah Kanada: Konfederasi Bangunan Parlimen 10927. Benar-benar mereplikasi setem pos peringatan karmin terang yang dikeluarkan bagi menyambut ulang tahun Kanada ke-60, duit syiling ini menampilkan mata tepi bergerigi yang menyerupai tebukan. Satu lagi syiling unik yang boleh dikumpul ialah Duit Syiling Perak Halus $20 2018 berbentuk bujur – Empat Musim Daun Pokok Mapel yang mana artis Margaret Best mengilustrasikan daun pokok mapel ikonik dengan warna beraneka dan saduran emas selektif, tatkala ia muncul dan berubah pada setiap musim.

Syiling boleh kumpul hebat lain yang tersedia bagi bulan ini termasuk:

  • Set Duit Syiling Berwarna Perak Halus 2018 – Duit Syiling Kanada Klasik, set pengeluaran semula perak diwarnakan dengan indah yang pertama oleh Mint dengan reka bentuk edaran tradisional Kanada, termasuk medalion perak tulen daripada kemudahan Ottawa dan Winnipeg Mint bagi memperingati ulang tahun ke-110;
  • Duit Syiling Perak Halus $100 2018 – Potret Puteri, ialah pengeluaran semula yang elegan bagi foto terkenal Puteri Elizabeth 1951 ketika muda oleh Yousuf Karsh, pada duit syiling perak tulen 10 auns yang mengagumkan;
  • Duit Syiling Perak Halus $100 2018 saduran emas selektif dengan berat 10 auns – Penjaga Parlimen: Memerang, menampilkan karya seni oleh Patrick Bélanger;
  • Duit Syiling Perak Halus $20 2018 – Nokturnal oleh Alam: Kugar yang Licik, yang mana reka bentuk bersadur rodium hitam kugar yang berkeliaran ditonjolkan oleh bulan yang berkilauan dengan reka bentuk oleh Tony Bianco;
  • Duit Syiling Perak Halus $20 2018 – Mozek Kanada: Beruang Grizzly, direka oleh artis Jori van der Linde;
  • Duit Syiling Perak Halus $3 2018 – Pantai Kanada: Utara Benar, duit syiling berbentuk segi empat yang mana reka bentuk Maurade Baynton menampilkan simbol ikonik garis pantai utara kami;
  • Duit Syiling Perak Halus 5 Auns 2018 – Siri Duit Syiling Besar: Duit Syiling Satu Sen, disadur secara selektif dalam emas ros;
  • Set Pecahan Daun Pokok Mapel Emas Tulen 2019 – Ulang tahun ke-40 Daun Pokok Mapel Emas menampilkan duit syiling berwarna dan bersiri 1 auns serta versi terukir ¼, 1/10 dan 1/20 auns dibungkuskan dalam kotak kayu mapel berbentuk daun;
  • Duit Syiling Perak Halus $15 2018 – Keberkatan Harmoni, duit syiling saduran emas penuh berbentuk kerang yang direka oleh Aries Cheung menampilkan sepasang burung layang-layang yang melambangkan keharmonian;
  • Duit Syiling Emas Tulen $2,500 2019 – Tahun Khinzir, duit syiling berbentuk kerang seberat satu kilogram yang direka oleh Three Degrees Creative dan Duit Syiling Emas $150 2019 – Tahun Khinzir yang direka oleh Aries Cheung, kedua-duanya merayakan Tahun Baharu Lunar Cina akan datang;
  • Duit Syiling Perak Halus $100 2018 – Zaman Gangsa DC Comics; duit syiling 10 auns berbentuk perisai yang hebat, menampilkan penjelmaan semula adiwira 1970-an dan 1980-an Justice League, berilustrasi dalam warna penuh oleh Jason Fabok dan Brad Anderson;
  • Duit Syiling Perak Halus $3 2018 – Tiga Belas Ajaran daripada Grandmother Moon: Thimbleberry Moon, direka oleh Frank Polson; dan,
  • Duit Syiling Perak Halus $5 2018 yang dipertingkatkan dengan kristal – Batu Lahir: September, menampilkan reka bentuk nilam berinspirasikan mandala oleh artis Pandora Young.

Maklumat mengenai penempaan syiling, harga dan latar belakang penuh setiap produk boleh di dapati melalui tab "Shop" di www.mint.ca. Imej-imej duit syiling boleh dilihat di sini.

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau secara dalam talian di www.mint.ca. Duit syiling berkenaan turut tersedia di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg serta melalui rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet-outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Sebuah syarikat yang diperakui ISO 9001, Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, layari www.mint.ca.

Alex Reeves, Penasihat Kanan, Komunikasi Luar, Royal Canadian Mint, Tel: (613) 949-5777, reeves@mint.ca  

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/727734/Royal_Canadian_Mint.jpg

 

Source: Royal Canadian Mint
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Precious Metals New products/services