omniture

FDA AS simpulkan kajian semula Gula daripada jenis tebu GM pertama daripada Centro de Tecnologia Canavieira

Centro de Tecnologia Canavieira (CTC)
2018-08-10 09:00 2721

SAO PAULO, 10 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini menyimpulkan bahawa gula mentah dan halus daripada jenis tebu yang dimodifikasi secara genetik yang pertama oleh Brazil, dikenali sebagai CTC20BT, adalah selamat. FDA AS menumpu aspek penilaian keselamatannya terhadap gula kerana ia merupakan produk utama yang berasal daripada tebu yang diimport ke AS dari Brazil. Selain penapisan gula, sektor tebu Brazil menggunakan produk sampingan tebu secara domestik bagi menghasilkan bahan api etanol untuk kenderaan dan bagi tujuan pembakaran demi menjana bekalan elektrik.

Centro de Tecnologia Canavieira (CTC) menghantar maklumat dan kajian kepada FDA yang menunjukkan bahawa gula yang dihasilkan daripada tebu yang dilindungi daripada serangga adalah selamat sama seperti gula yang dihasilkan daripada tebu konvensional. Tebu yang dilindungi daripada serangga itu dibangunkan oleh CTC, sebuah syarikat yang menumpu untuk menambah baik jenis tebu dan teknologi di Brazil. Data tersebut turut menunjukkan bahawa gula yang sangat halus mempunyai kandungan yang sama dengan gula yang dihasilkan daripada jenis tebu konvensional. Kelulusan FDA AS baru-baru ini adalah susulan daripada kelulusan serupa untuk gula daripada Health Canada awal tahun ini. Tebu tersebut pertama kali diluluskan bagi tujuan penanaman di Brazil oleh CTNBio, iaitu Jawatankuasa Teknikal Biokeselamatan Kebangsaan Brazil, pada Jun 2017 susulan proses kajian semula yang terperinci.

Jenis tebu baharu yang dibangunkan oleh CTC, menghasilkan protein Cry1Ab Bt bagi mewujudkan rintangan terhadap pengorek tebu (Diatraea saccharalis), serangga perosak pemusnah utama di Brazil yang menyebabkan kerosakan dan kerugian dengan anggaran $1 bilion/tahun. Protein Bt yang ditemui dalam CTC20BT, mempunyai sejarah panjang dari segi penggunaan yang selamat dan digunakan secara meluas dalam sektor pertanian global selama lebih 20 tahun dalam tanaman yang dihasilkan dengan teknologi bioteknologi seperti jagung dan kapas, antara lain.

FDA ialah sebuah agensi kerajaan AS yang bertanggungjawab untuk melindungi kesihatan awam dengan menjamin keselamatan bekalan makanan negara, selain kecekapan dan keselamatan ubat-ubatan manusia dan veterinar, produk biologi dan juga peralatan perubatan.

Latar Belakang Centro de Tecnologia Canavieira

CTC – Centro de Tecnologia Canavieira (Bovespa Mais: CTCA3) ialah syarikat nasional 100% yang menumpu pada penyelidikan, pembangunan dan pemasaran pelbagai jenis tebu dan teknologi disruptif yang lain. Pemegang sahamnya ialah BNDESPar dan kumpulan-kumpulan utama daripada sektor etanol-gula, yang mewakili lebih 60% daripada pengeluaran gula dan etanol di Brazil.

Siaran Akhbar:

Ketchum
Marina Lourenção l Tel.: 11-5090-8900 samb. 6345 l marina.lourencao@ketchum.com.br
Jaqueline Frederes I Tel.: 11-5090-8969 I jaqueline.frederes@ketchum.com.br  

Source: Centro de Tecnologia Canavieira (CTC)
Related Stocks:
SaoPaulo:CTCA3
Related Links:
Keywords: Agriculture Alternative Energies Banking/Financial Service Biotechnology Food/Beverages Oil/Energy Utilities FDA Approval Survey, Polls & Research