omniture

ACI Worldwide dan FSS Umum Resolusi Damai Berhubung Perkhidmatan melalui Perisian BASE24 ACI

Financial Software and Systems (FSS)
2018-08-10 19:55 2769

CHENNAI, India, 10 Ogos 2018 /PRNewswire-FirstCall/ --

ACI Worldwide (NASDAQ: ACIW), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian pembayaran dan perbankan elektronik waktu nyata, serta Financial Software & Systems Private Limited (FSS), peneraju dalam teknologi pembayaran dan pemprosesan transaksi, menawarkan portfolio produk perisian yang pelbagai, perkhidmatan pembayaran dihoskan dan perkhidmatan perisian, mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat telah menyelesaikan perbezaan dan pertikaian mereka secara damai berkaitan penggunaan Produk ACI (khususnya perisian BASE24) dengan cara perjanjian penyelesaian bertarikh 30 Jun 2018 ("Perjanjian Penyelesaian").

Di bawah terma-terma penyelesaian ini, FSS dan rakan sekutunya layak untuk terus menyediakan pelanggan sedia ada FSS dengan perkhidmatan seperti penyesuaian, pelaksanaan dan pengujian (termasuk perkhidmatan menggunakan perisian BASE24 ACI) ("Perkhidmatan FSS") sehingga 30 Jun 2020. FSS dan rakan sekutunya boleh juga menyediakan Perkhidmatan FSS kepada pelanggan baharu yang kini tidak menggunakan perkhidmatan daripada FSS, tertakluk kepada terma-terma Perjanjian Penyelesaian.

"Sejak ditubuhkan lebih 40 tahun lalu, kami benar-benar komited terhadap kejayaan jangka panjang pelanggan kami. Lebih 1,000 institusi kewangan seluruh global mempercayai ACI untuk memperkasa sistem pembayaran misi kritikal mereka," kata Craig Saks, Ketua Pegawai Operasi, ACI Worldwide. "Kami berasa sukacita dengan resolusi lantaran pertikaian antara ACI dan FSS, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pelanggan demi memastikan mereka terus dapat mencapai kejayaan dengan teknologi BASE24 menuju masa depan."

"Kami berasa gembira kerana telah mencapai resolusi positif dengan ACI. Kami percaya bahawa resolusi ini akan memberi manfaat kepada pelanggan memandangkan mereka dapat terus menggunakan kepakaran domain FSS dan memanfaatkan keupayaan FSS untuk menyokong BASE24 ACI," kata Nagaraj Mylandla, Pengerusi & Pengarah Urusan, FSS.

Latar Belakang ACI Worldwide

ACI Worldwide, sebuah syarikat Pembayaran Sejagat (UP), memperkasa pembayaran elektronik untuk lebih 5,100 organisasi di seluruh dunia. Lebih 1,000 institusi kewangan dan perantara terbesar, selain ribuan peniaga global, bergantung pada ACI untuk melaksanakan $14 trilion pembayaran dan sekuriti setiap hari. Selain itu, pelbagai organisasi memanfaatkan perkhidmatan penghantaran dan pembayaran bil elektronik kami. Melalui suit penyelesaian perisian komprehensif kami yang dihantar melalui premis pelanggan atau melalui awan persendirian ACI, kami menyediakan keupayaan pembayaran pada waktu nyata dan segera serta mendayakan pengalaman pembayaran omnisaluran yang paling lengkap dalam industri. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ACI, sila layari http://www.aciworldwide.com. Anda juga boleh menemui kami di Twitter @ACIWorldwide.

Latar Belakang Financial Software and Systems 

FSS, peneraju bagi teknologi pembayaran dan pemprosesan transaksi, menawarkan portfolio yang pelbagai mencakupi produk perisian, perkhidmatan pembayaran dihoskan dan perkhidmatan perisian yang dibangunkan sepanjang 25 tahun pengalaman. Suit pembayaran hujung-ke-hujungnya memperkasa saluran penyerahan runcit termasuk ATM, PoS, Internet dan Mudah Alih serta fungsi-fungsi bahagian belakang yang kritikal -- pengurusan kad, penyesuaian, penyelesaian, pengurusan peniaga dan pengawasan peranti. Beribu pejabat di India, FSS menyediakan perkhidmatan kepada lebih 100 pelanggan termasuk bank-bank Tahap Satu, Institusi-institusi Kewangan (FI), Pemproses dan Pengeluar Kad Prabayar di India, AS, Eropah, MEA dan APAC. Layari Layari http://www.fsstech.com untuk maklumat lanjut.

© Hak Cipta ACI Worldwide, Inc. 2018.

ACI, ACI Worldwide, ACI Payment Systems, logo ACI, ACI Universal Payments, UP, logo UP, ReD, PAY.ON dan semua nama produk ACI ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar ACI Worldwide, Inc., atau salah satu subsidiarinya, di Amerika Syarikat, negara-negara lain atau kedua-duanya. Tanda dagangan pihak lain yang dirujuk merupakan hak milik pemilik masing-masing.

Pelan tindakan produk adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dimasukkan ke dalam kontrak atau perjanjian. Keluaran pembangunan dan masa keluaran produk masa depan kekal mengikut budi bicara mutlak ACI. ACI menyediakan maklumat berikut selaras dengan dasar-dasar komunikasi produk standard ACI. Sebarang ciri-ciri, fungsi dan penambahbaikan yang terhasil atau masa keluaran ciri-ciri, fungsi dan penambahbaikan berkenaan mengikut budi bicara mutlak ACI dan boleh diubah suai tanpa notis. Semua pelan tindakan produk atau maklumat serupa yang lain tidak mewakili komitmen untuk memberikan sebarang bahan, kod atau fungsi dan tidak seharusnya bergantung padanya dalam membuat keputusan pembelian.

Sumber: Financial Software and Systems (FSS)

Source: Financial Software and Systems (FSS)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics