omniture

DAMAC Properties dan Radisson Hotel Group bakal Lancar Radisson Hotel, Dubai DAMAC Hills

DAMAC Properties
2018-08-13 09:30 1130

DUBAI, UAE, 13 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Hotel baharu menghadap Trump International Golf Club Dubai akan tawarkan peluang pemilikan untuk pelabur dengan jaminan pulangan enam peratus bagi tiga tahun pertama

DAMAC Properties telah menandatangani satu perjanjian penting dengan Radisson Hotel Group (RHG) untuk membangunkan dan melancarkan 'Radisson Hotel, Dubai DAMAC Hills', hartanah berjenama Radisson yang pertama seluruh dunia yang terletak di padang golf, Trump International Golf Club Dubai di DAMAC Hills. Rancangan hartanah hotel dengan 481 bilik itu terdiri daripada suit satu dan dua bilik tidur serta menawarkan pelabur-pelabur dengan peluang untuk membeli unit-unit yang dikendalikan oleh Radisson Hotel Group, dengan pulangan kukuh sehingga enam peratus yang dijamin untuk tiga tahun pertama daripada pelaburan hartanah mereka.

generated by system

"Perkongsian kami dengan Radisson Hotel Group membawa peluang unik buat mereka yang ingin melabur dalam industri hospitaliti Dubai yang menguntungkan," kata Hussain Sajwani, Pengerusi DAMAC. "Dubai ialah salah sebuah bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia, dengan pengunjung menginap 29.2 juta bilik bermalam tahun lalu, meningkat lebih satu juta berbanding tahun sebelumnya. Hartanah eksklusif ini bermatlamat untuk menyokong pertumbuhan sektor berkenaan, tatkala Dubai bersiap sedia untuk mengalu-alukan 20 juta pengunjung yang membawa kepada Expo 2020 Dubai."

Radisson Hotel, Dubai Damac Hills telahpun menjalani kerja-kerja pembinaan dan bakal mengalu-alukan tetamu pertamanya pada suku keempat tahun 2019. Hotel ini akan menyediakan dua restoran, kemudahan riadah moden yang terdiri daripada gimnasium, spa, kelab kanak-kanak dan kolam renang luar, selain ruang mesyuarat meliputi kawasan seluas 600m². Hartanah yang pertama seumpamanya ini terletak di tengah-tengah komuniti induk DAMAC berkeluasan 42 juta kaki persegi, DAMAC Hills. Dengan lebih 1,000 keluarga yang telahpun menjadikan DAMAC Hills sebagai kediaman mereka, komuniti premium berpagar yang terletak di Dubailand ini mempunyai akses mudah ke seluruh kawasan Dubai dan banyak tarikan utama bandar tersebut.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.damacproperties.com

Catatan untuk editor:  

Setakat 31 Mac 2018, DAMAC Properties telah menyiapkan lebih 21,700 rumah. Syarikat mempunyai portfolio pembangunan melibatkan lebih 40,000 unit dalam pelbagai peringkat kemajuan dan perancangan, yang terdiri daripada lebih 10,000 bilik hotel, pangsapuri berservis dan vila hotel, yang akan diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts. Dengan visi dan momentum, DAMAC Properties membangunkan generasi kehidupan mewah Timur Tengah yang seterusnya. Kunjungi kami di http://www.damacproperties.com

Source: DAMAC Properties
Keywords: Commercial Real Estate Hotels and Resorts Real Estate Travel Licensing/marketing agreements