omniture

Ekspo K-Keselamatan 2018, 14 hingga 16 November 2018: Kolaborasi antara industri dan teknologi keselamatan Korea, peneraju ICT

KINTEX
2018-08-14 09:00 3546

SEOUL, Korea Selatan, 14 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Korea Selatan telah mengalami bencana malang, seperti gempa bumi bermagnitud 5.4 di bandar Pohang, kebakaran di pusat sukan di Jecheon serta kebakaran hutan yang besar. Bertitik tolak daripada kejadian-kejadian ini, "keselamatan" menjadi tumpuan utama Korea dan kerajaannya menyasarkan untuk memupuk dan membangunkan keseluruhan industri keselamatan.

Ekspo K-Keselamatan Ketiga 2017, KINTEX, Korea Selatan
Ekspo K-Keselamatan Ketiga 2017, KINTEX, Korea Selatan

Atas sebab ini, Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan mengadakan Ekspo K-Keselamatan (Ekspo Keselamatan dan Sekuriti Antarabangsa Korea) pada November ini bagi membawakan penggabungan antara teknologi canggih dan industri keselamatan. Ekspo K-Keselamatan ialah pameran perdagangan terbesar Korea yang menumpu pada industri-industri keselamatan dan sekuriti. Tahun ini yang merupakan edisi ke-4nya, Ekspo K-Keselamatan bakal diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX) mulai 14 hingga 16 November 2018.

Ekspo K-Keselamatan mengalami pertumbuhan mantap menerusi 345 syarikat dan agensi kerajaan berserta 46,000 pengunjung mengambil bahagian untuk edisi tahun lalu; di samping para delegasi dan pembeli luar negara melibatkan 26 syarikat dari 21 negara dan wilayah termasuk UAE, Taiwan, Vietnam dan juga Kemboja.

Tahun ini, dengan Korea menjadi salah sebuah negara utama dunia bagi ICT, Ekspo K-Keselamatan akan memperkenalkan teknologi-teknologi keselamatan dan sekuriti terkini selain trend yang berasaskan teknologi termaju. Pelbagai produk dan perkhidmatan menggabungkan industri keselamatan, dalam aspek pencegahan bencana, keselamatan, pengangkutan dan pembinaan, dengan teknologi-teknologi revolusi perindustrian ke-4 seperti Internet Komunikasi Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) akan disediakan.

Untuk pertanyaan umum dan pertanyaan berkaitan penyertaan, sila hubungi Sekretariat Ekspo K-Keselamatan 2018 di talian +82- 44-205-4192/+82-31-995-8209 atau layari laman sesawang rasmi di www.k-safetyexpo.com. Terdapat juga faedah-faedah istimewa yang eksklusif untuk mereka yang ingin mengadakan pertemuan perniagaan dengan syarikat-syarikat Korea atau untuk melawat sebagai pembeli asing; oleh itu, dinasihatkan agar pembeli memberi perhatian khusus.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180806/2204646-1

 

Source: KINTEX
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Public Safety Trade show news Future Events