omniture

SI Group Daki Kedudukan 7 Peratus Teratas untuk Tanggungjawab Sosial Korporat Global

SI Group
2018-08-15 21:00 3717

Syarikat Terima Anugerah Perak Ketiga daripada EcoVadis

SCHENECTADY, New York, 15 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- SI Group, pembangun dan pengeluar bertaraf global yang terkemuka bagi bahan tambahan prestasi dan bahan perantaraan, telah menerima penarafan perak ketiga untuk tanggungjawab sosial korporat daripada EcoVadis, sebuah pertubuhan antarabangsa yang menyediakan penarafan kemampanan untuk rantaian bekalan global. SI Group tersenarai antara 7 peratus teratas daripada lebih 45,000 syarikat seluruh dunia yang dinilai oleh EcoVadis. Pada tahun 2017, syarikat menduduki tempat antara 10 peratus teratas daripada lebih 30,000 syarikat dan pada tahun 2016 tersenarai antara 13 peratus daripada lebih 25,000 organisasi.


Kad skor Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) EcoVadis menilai amalan alam sekitar, etika dan sosial pihak pembekal melibatkan 180 komoditi dan 150 negara. Kaedah EcoVadis mencakupi 21 kriteria individu merentasi empat tema, termasuk: alam sekitar; tenaga buruh & hak asasi manusia; etika; dan perolehan mampan. Kaedah ini dibangunkan mengikut piawaian tanggungjawab sosial korporat antarabangsa termasuk Inisiatif Pelaporan Global, Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ISO 26000. Untuk maklumat lanjut, layari www.ecovadis.com.

"Satu budaya korporat yang dibina berasaskan nilai yang kukuh dan dedikasi teguh terhadap tanggungjawab sosial adalah penting untuk pertumbuhan dan kelangsungan mana-mana perusahaan; swasta atau awam," kata Frank Bozich, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Penarafan ini dan peningkatan jelas kami dalam kedudukan merupakan hasil langsung daripada komitmen global kami untuk menangani cabaran kemampanan dunia melalui kimia."

Di samping penarafan EcoVadis, SI Group telah menjadi ahli program Responsible Care® Majlis Kimia Amerika selama lebih 25 tahun. Responsible Care® ialah inisiatif prestasi alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan sekuriti bertaraf dunia yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan kakitangan, masyarakat dan alam sekitar secara keseluruhan, lalu membawa industri menuju masa depan yang lebih selamat dan lebih mampan.

Latar Belakang SI Group

SI Group ialah pembangun dan pengeluar utama global bagi bahan tambahan prestasi dan bahan perantaraan iaitu larutan penting bagi kualiti dan prestasi pelbagai barangan industri dan barangan pengguna. Ditubuhkan pada tahun 1906 dan beribu pejabat di Schenectady, New York, SI Group mengendalikan 20 kemudahan pengeluaran di lima buah benua dengan jualan tahunan melebihi $1 bilion dan menggaji lebih 2,800 kakitangan di seluruh dunia. Pada tahun 2018, SI Group menerima anugerah perak ketiganya untuk tanggungjawab sosial korporat daripada EcoVadis, dan berada dalam kedudukan 7 peratus teratas daripada lebih 45,000 syarikat di seluruh dunia. SI Group dikenali sebagai The Substance Inside. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.siigroup.com.

Hubungi:
Tara Morgan
Perhubungan Media
SI Group, Inc.
+ 1 518-347-4194
tara.morgan@siigroup.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/729759/SI_Group_EcoVadis_Rating.jpg

Source: SI Group
Related Links:
Keywords: Chemical Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Transportation Utilities Awards Corporate Social Responsibility