omniture

Sistem pemetaan teragih berasaskan rantaian blok Hyperion sasar revolusikan cara pembuatan dan pengewangan peta

Hyperion
2018-08-21 03:30 1690

SINGAPURA, 21 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Hyperion, seni bina pemetaan berasaskan rantaian blok terbuka, mempunyai rancangan bercita-cita tinggi untuk pada asasnya mengubah kaedah peta dihasilkan dan kaedah pasaran global untuk peta dan teknologi peta beroperasi. Teknologi unik Hyperion yang mendayakan peta global terpencar sepenuhnya dan diurus sendiri yang mana pengguna yang berada di mana-mana juga boleh menyumbang kepada, menyunting atau memanfaatkan peta untuk keperluan mereka sendiri dan berkongsi nilai ekonomi, menjanjikan perubahan radikal dalam proses melibatkan cara peta dihasilkan dan diuruskan.

Pada masa kini, terdapat lebih 2 juta aplikasi yang diedarkan, namun demikian hampir setiap satunya adalah berasaskan sama ada seni bina Google Maps atau perkhidmatan peta Cina utama termasuk Gaode, Baidu dan Tencent.

Ini mewujudkan sistem yang amat tertumpu dan terkawal untuk mengurus dan mengakses data perniagaan yang penting seperti peta, dan Hyperion melihat peluangnya dalam mengubah sistem terpusat ini.

Pada ketika ini, industri peta mempunyai ambang teknikal yang tinggi dan penghalang signifikan terhadap penembusan - cabaran fizikal untuk memperoleh data pemetaan untuk setiap bandar, perkampungan dan bangunan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, dengan memanfaatkan bank data besar-besaran yang dikumpul oleh Mapxus, platform pemetaan dalaman terbuka yang terbesar di dunia yang diwujudkan oleh pengasas Hyperion pada tahun 2016, Hyperion mendapat kelebihan kompetitif serta merta. Dengan mengaplikasikan teknologi penghasilan peta kolaboratifnya selain lapisan asas maklumat ini, Hyperion mencipta alternatif berdaya maju dan bersumber terbuka yang segera kepada sistem pemetaan yang mahal dan sangat terkawal yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia tradisional.

Ekosistem Hyperion dapat menangani beberapa masalah utama dalam pembangunan peta. Pertama, kos membangunkan dan menyelenggara peta yang terperinci dan terkini menggunakan model atas-bawah adalah amat mahal dan tidak cekap, memerlukan syarikat-syarikat pemetaan serta kerajaan-kerajaan untuk menghantar kakitangan bagi mengumpul maklumat di kawasan tempatan. Kedua, model ini menjadikannya sukar untuk memastikan peta adalah tepat atau terkini, memandangkan sumber-sumber akan diperuntukkan untuk menyelenggara bahagian peta yang berbeza pada waktu berbeza. Ketiga, infrastruktur pemetaan semasa dikawal oleh kerajaan-kerajaan atau syarikat-syarikat swasta, lalu mewujudkan penghalang untuk pengguna lain mengakses atau menggunakan peta ini.

Hyperion menangani hal ini menggunakan model tiga pilin yang dikenali sebagai 'Hyperion Trinity'. Model tritunggal ini terdiri daripada (1) teknologi pemetaan yang membolehkan sesiapa sahaja mengambil bahagian dalam pembangunan dan penyelenggaraan peta, (2) model ekonomi untuk memberi insentif dan mengganjari penyumbang kepada pembangunan peta, dan (3) struktur komuniti yang mantap untuk memperkasa ekosistem yang diurus sendiri.

Setakat ini, data peta Hyperion mencakupi semua kawasan luar di seluruh dunia, selain peta dalaman untuk lebih 2,000 bangunan yang berjumlah lebih 100 bilion meter persegi. Angka-angka ini akan terus meningkat dengan pembangunan projek berkenaan. Pada masa depan, Hyperion akan menghasilkan lebih 1 juta Dapps atau Apps, menjadikannya rantaian awam asas yang terbesar di dunia.

Teknologi ini disokong oleh beberapa pelabur terkemuka termasuk Hayak, Dfund, Float Capital, Du Capital, Biaozhun Capital dan Collinstar Capital.

Isaac Zhang, pengasas Hyperion, berkata:

"Dengan membebaskan peta daripada model tradisional yang sangat terkawal, kami berhasrat untuk mengubah ekonomi global secara dasarnya. Kami percaya data peta seharusnya bersifat terbuka dan boleh diakses oleh semua dan dengan melakukan sedemikian, kami akan merungkai nilai besar-besaran yang belum diterokai dalam produk dan perkhidmatan yang dapat dimanfaatkan daripada data ini oleh kami dan pihak-pihak lain."

Pasukan Cemerlang dengan Pakar-Pakar Terbaik dalam Bidang

Pasukan Hyperion terdiri daripada pakar-pakar kanan daripada sistem pemetaan berasaskan rantaian blok, teknologi rantaian blok, penggodam pertumbuhan dan pemasaran global. Issac Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Hyperion, merupakan mantan pengasas bersama Mapxus -- platform pemetaan dalaman terpencar yang terbesar di dunia. Eric Huang, Ketua Pegawai Operasi Hyperion, membina kerjaya beliau dalam melaksanakan pengkomputeran teragih berskala luas - termasuk bersama-sama mengasaskan Mobvista, platform pemasaran mudah alih yang terbesar di Asia. Zou Guangxian, Ketua Pegawai Teknologi Hyperion, dahulunya merupakan ketua bahagian permainan di Netease dan mantan pengasas bersama AIPAI, salah satu platform perkongsian video permainan terbesar di China. Kai Law, Ketua Pegawai Pemasaran Hyperion, berkelulusan dua Ijazah Sarjana dalam Media dan Perniagaan dari Loughborough University di UK. Beliau juga merupakan pengasas bersama Liuxuebao, platform SAAS pengajian luar negara yang terbesar di China.

Perhubungan Media

Telegram: https://t.me/HyperionOfficialHYN 

Perhubungan Media: Biz@hyn.space

 

Source: Hyperion
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Blockchain