omniture

InComm Sambut 10 Tahun di Rantau Asia Pasifik

InComm
2018-08-21 08:06 1491

Kehadiran di 10 negara dan 120,000 lokasi jualan

ATLANTA, 21 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- InComm, sebuah syarikat produk prabayar dan teknologi pembayaran yang terkemuka, menyambut ulang tahun operasi syarikat yang ke-10 di rantau Asia Pasifik bulan ini. Pejabat pertama syarikat di rantau berkenaan dilancarkan di Jepun pada tahun 2008. Hari ini, kehadiran InComm di rantau tersebut ditonjolkan oleh produk prabayar inovatif dan pemprosesan pembayaran berbilion-bilion dolar setiap tahun menerusi 10 pejabat di pelbagai wilayah, termasuk Korea Selatan, Hong Kong, Thailand dan Australia.

"Kini telahpun 10 tahun kita bekerja keras, menjalin perkongsian dan melakukan inovasi yang membawakan kepada pencapaian kita hari ini," kata Frank Monaco, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar InComm International. "Rahsia kejayaan kami ialah kakitangan yang hebat, keazaman, komitmen dan penyetempatan perniagaan kami. Asia merupakan pasaran yang amat pelbagai. Mengiktiraf dan mengadaptasi terhadap kepelbagaiannya ini sedari peringkat awal kemasukan pasaran menjadi asas kejayaan kami."

Sebahagian daripada pencapaian penting wilayah tersebut termasuk:

  • Perasmian pejabat pertama dan transaksi pertama diproses pada 8 Ogos 2008 di Jepun.
  • Pelancaran produk prabayar di rangkaian kedai runcit utama Jepun pada tahun 2010, yang melibatkan 12,000 kedai menggunakan teknologi pengaktifan titik jualan utama industri InComm.
  • Pemeteraian perkongsian dengan syarikat-syarikat hiburan terbesar di dunia untuk melancarkan produk prabayar sebaik sebelum musim cuti tahun 2012 di Hong Kong.
  • Memperkenalkan kad hadiah aplikasi pemain media terbesar dunia kepada pasaran runcit Australia pada tahun 2014.
  • Pemerolehan ValueAccess, terdahulu merupakan syarikat rakan kongsi yang menerajui pengagihan prabayar, pada tahun 2016.

Untuk meraikan pencapaian penting ini dan menyumbang kembali kepada masyarakat, kakitangan InComm dari lebih 30 negara mengumpul dana untuk Unicef, yang berusaha di 190 negara dan wilayah untuk melindungi hak setiap kanak-kanak. Untuk mengumpul dana tersebut, secara individu atau berpasukan, kakitangan mengambil bahagian dalam "Cabaran 10 untuk 10". Angka 10 itu boleh melibatkan larian, berjalan kaki atau menunggang basikal sejauh 10 kilometer atau empat sesi yoga yang mencapai kiraan 10,000 kilojoule. Seratus peratus sumbangan tersebut akan diberikan kepada Unicef.

Latar Belakang InComm
Memanfaatkan penyepaduan mendalam terhadap sistem tempat jualan peruncit, InComm menyediakan fungsi ketersambungan kepada pelbagai penyedia perkhidmatan yang membolehkan pengguna menjalankan perniagaan harian di lebih 500,000 titik edaran runcit. Dengan 366 paten global, ibu pejabat InComm terletak di Atlanta dan beroperasi di 30 negara.

Perhubungan Media:

Kristen Rocco
Pengarah Komunikasi
InComm
678-248-3236  
krocco@incomm.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/118079/incomm_logo.jpg

Source: InComm
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Corporate Expansion Corporate Social Responsibility