omniture

InComm yang Pertama Lancar Kad Hadiah Google Play di Thailand

InComm
2018-08-23 09:35 2694

Bakal lancar di kedai-kedai 7-Eleven, Tesco Lotus dan Family Mart

ATLANTA, 23 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- InComm, sebuah syarikat produk prabayar dan teknologi pembayaran yang terkemuka, hari ini mengumumkan ia telah melancarkan kad hadiah Google Play di Thailand, menjadikannya pengedar pertama yang melakukan sedemikian, melalui perkongsian strategiknya dengan Razer Inc dan subsidiarinya MOL Global, Inc. (MOL), penggerak e-bayaran yang terkemuka. Kad hadiah Google Play akan disediakan di lebih 4,000 kedai 7-Eleven dan semua kedai Tesco Lotus, Tesco Lotus Express dan Family Mart di Thailand.

"Sejak kami memulakan peluasan antarabangsa kami selama sedekad yang lalu, kami komited untuk membawakan produk-produk yang menarik dan inovatif kepada pasaran-pasaran baharu ini," kata Frank Monaco, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, InComm International. "Google Play ialah produk hebat untuk cara baharu orang ramai membeli dan menggunakan media. Ia merupakan contoh sempurna terhadap jenis produk yang dapat kami tawarkan kepada rakan kongsi jualan kami di Thailand dan seluruh dunia dengan bangganya."

InComm menembusi pasaran Thailand pada tahun 2014 dengan memeterai perkongsian dengan MOL, penggerak e-bayaran yang terkemuka untuk barangan dan perkhidmatan dalam talian bagi pasaran baru muncul dan pasaran maju. Lewat tahun berkenaan, InComm mencapai persetujuan untuk menyediakan 7-Eleven, Tesco Lotus, Family Mart dengan suit produk prabayar inovatifnya.

Latar Belakang InComm
Memanfaatkan penyepaduan mendalam terhadap sistem titik jualan peruncit, InComm menyediakan fungsi ketersambungan kepada pelbagai penyedia perkhidmatan yang membolehkan pengguna menjalankan perniagaan harian di lebih 500,000 titik edaran runcit. Sama ada pengguna mengaktifkan produk prabayar, membayar bil, menikmati diskaun waktu nyata melalui kad keahlian, membeli barangan digital dalam kedai atau menambah dana kepada akaun dalam talian, InComm sentiasa bersedia untuk memberi peluang bagi memberi hadiah yang unik, melayan pembeli yang sibuk, memberikan nilai tambahan melalui program kesetiaan dan melayan pengguna yang berurus niaga secara tunai. Dengan 366 paten global, InComm beribu pejabat di Atlanta dan beroperasi di lebih 30 negara.

Perhubungan Media:

Kristen Rocco
Pengarah Komunikasi
InComm
678-248-3236
krocco@incomm.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/118079/incomm_logo.jpg  

Source: InComm
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Retail New products/services