omniture

CleverTap Lancar Perjalanan Pelanggan Diautomasi Dayakan Kempen Pemasaran Omnisaluran Lebih Berkesan

CleverTap
2018-08-23 23:29 3641

Gabungkan suit pesanan dengan alatan segmentasi termaju bawakan pesanan kandungan lebih relevan bina penglibatan pengguna

SAN FRANCISCO, 23 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian penglibatan pelanggan dan analitik mudah alih CleverTap hari ini mengumumkan pelancaran Journeys, sebuah pembangun kempen omnisaluran yang dicipta untuk membantu pemasar terlibat dengan pelanggan di sepanjang perjalanan individu dalam kitar hayat aplikasi.  Dikuasakan oleh teknologi automasi dan segmentasi termaju CleverTap, Journeys membantu memastikan setiap pelanggan menerima pesanan yang relevan berdasarkan tingkah laku dalam aplikasi, aktiviti semasa, lokasi dan ciri-ciri lain.

Menggunakan pemvisualan kempen interaktif tarik dan lepas Journeys, para pemasar boleh mengkonfigurasi aliran perjalanan pelanggan yang beraneka dengan mudah, dengan jujukan kompleks mesej berkonteks dan fungsian tambahan seperti tunda optimum untuk tindakan/tiada tindakan, statistik kempen langsung dan kiraan kekerapan.  Ketika pelanggan melangkah ke hadapan dalam perjalanan mudah alih mereka yang unik, mereka akan disub-segmenkan secara dinamik bagi memastikan penerimaan pesanan yang betul pada masa yang tepat, yang menggalakkan penglibatan jangka panjang.  Susulan pelaksanaan Journeys, seorang pelanggan CleverTap dalam bidang teknologi kewangan mengalami 5x peningkatan penglibatan setelah menggunakan Journeys berbanding purata sebelum ia dilaksanakan.

"Menggunakan Journeys, kami mencipta penyelesaian bagi salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh semua jenama tanpa mengira saiz – mencipta pengalaman pengguna yang menyeluruh yang menyediakan pesanan relevan yang melibatkan pelanggan dan memberi panduan di sepanjang perjalanan peribadi mereka," kat Sunil Thomas, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CleverTap.  "Semasa ujian, para pelanggan kami dapati bahawa keupayaan untuk mencipta aliran penglibatan pelanggan yang automatik dan terhubung dengan baik pada skala besar memberikan kelebihan daya saing yang besar, membolehkan mereka melaksanakan strategi penglibatan yang mengutamakan pelanggan dan memacu hasil pendapatan kasar. Kami amat teruja untuk memperkenalkan ciri ini dan ternanti-nantikan peluang untuk meneroka potensi kes-kes penggunaan untuk para pelanggan dan prospek kami."

Ketahui lebih lanjut tentang Journeys CleverTap di https://clevertap.com/journeys/

Latar Belakang CleverTap

CleverTap membantu jenama pelanggan mengekalkan pengguna mereka seumur hidup. Ia merupakan penyelesaian pemasaran mudah alih yang hebat yang menghimpunkan data pengguna daripada saluran dalam talian dan luar talian pada satu platform berpusat. Setiap hari, ribuan jenama memanfaatkan model pembelajaran mesin CleverTap untuk melaksanakan strategi penglibatan pelanggan yang berbeza yang membantu para pemasar memacu pertumbuhan omni-saluran. Membina hubungan pelanggan yang berharga menggunakan pandangan masa sebenar yang boleh diambil tindakan membantu mencipta pengalaman pelanggan yang hebat.

Lebih 8,000 jenama global termasuk Star, Sony, Samsung, Domino's, DC Comics, BookMyShow, dan DealsPlus, mempercayai CleverTap untuk membantu mereka berhubung dengan pengguna dan mengembangkan aplikasi mudah alih mereka. CleverTap mempunyai pejabat di San Francisco, New York, London, Singapura, Mumbai, dan Bengaluru. Untuk melihat bagaimana perniagaan tidak kira besar mahupun kecil membina hubungan pelanggan yang lebih bermakna, lawati laman pelanggan, dan untuk maklumat lanjut tentang CleverTap, lawati clevertap.com atau ikuti Facebook dan Twitter.

Hubungan Akhbar
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Advertising Mobile Entertainment Telecommunications New products/services