omniture

Sterlite Power Lantik Rui Chammas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Brazil

Sterlite Power
2018-08-24 23:00 1929

SAO PAULO, 24 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Sterlite Power telah melantik Rui Chammas, mantan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Biosev, sebagai pemimpin perniagaan Brazilnya. Syarikat mempunyai portfolio yang terdiri daripada 9 projek, melibatkan pelaburan sebanyak hampir USD 1.7 bilion di negara ini.

Pratik Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sterlite Power, berkata, "Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Rui ke dalam Sterlite Brazil. Beliau mempunyai pengalaman yang beraneka dalam mengendalikan organisasi-organisasi bersaiz besar dalam industri tenaga. Melalui pelantikan beliau, kami dapat mengembalikan semula komitmen teguh kami terhadap Sektor Transmisi Brazil."

En. Chammas telah bertugas selama lebih 11 tahun dalam syarikat petrokimia Brazil, Braskem. Sebelum itu, beliau berkhidmat dengan syarikat kimia Perancis Rhodia selama 13 tahun. Beliau telah menamatkan pengajian dari Technological Institute of Aeronautics (dalam bahasa Portugis, Instituto Tecnológico de Aeronáutica - ITA) dan berkelulusan MBA dari Getúlio Vargas Institute. Beliau juga pernah menjalani program Eksekutif dalam Dinamik Perniagaan di MIT Sloan.

Latar Belakang Sterlite Power 

Sterlite Power ialah pembangun bertaraf global yang terkemuka bagi infrastruktur transmisi kuasa, memiliki projek-projek melibatkan lebih 12,500 litar kms dan 20,500 MVA di India dan Brazil. Menerusi portfolio konduktor kuasa, kabel EHV dan OPGW yang utama dalam industri, Sterlite Power turut menawarkan penyelesaian bagi menaik taraf, menambah baik dan mengukuhkan rangkaian sedia ada. Syarikat turut menetapkan penanda aras baharu dalam industri melalui penggunaan teknologi terkini dan pembiayaan yang inovatif. Sterlite Power juga merupakan penaja IndiGrid, iaitu Amanah Pelaburan Infrastruktur ("InvIT") bagi sektor kuasa pertama India, yang tersenarai dalam BSE dan juga NSE.

Untuk butiran lanjut, layari: http://www.sterlitepower.com.

Untuk butiran, hubungi:
Sterlite Power
Balaji Krishnaswami
Telefon: +91-9971757474
Emel: balaji.krishnaswami@sterlite.com

Speyside
Telefon: 11-2667-8400
Emel: sterliteBR@speyside-group.com  



Source: Sterlite Power
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Oil/Energy Semiconductors Utilities Personnel announcements