omniture

Hertz usahasama dengan Chailease untuk membawa jenama kereta sewa ke Taiwan

Hertz Corporation perluas kehadiran di Asia melalui perikatan strategik dengan peneraju kereta sewa Taiwan Chailease
Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2018-08-28 17:24 3584

SINGAPURA, 28 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Hertz International Limited telah melancarkan satu perkongsian rujukan dengan syarikat kereta sewa yang kukuh, Chailease Auto Rental Co., iaitu peneraju industri yang beroperasi di Taiwan sejak tahun 1977.

Eoin MacNeill (left), Vice President, Hertz Asia Pacific with Mr Andre J.L. Koo (right), Chairman of Chailease Group
Eoin MacNeill (left), Vice President, Hertz Asia Pacific with Mr Andre J.L. Koo (right), Chairman of Chailease Group

 

Melalui perikatan baharu ini, pelanggan perniagaan dan libur Hertz, Dollar dan Thrifty yang menjelajah ke Taiwan kini akan mendapat akses kepada Perkhidmatan kereta sewa Chailease dalam pasaran tersebut. Ini termasuk pelbagai pilihan kereta sewa serta pajakan dalam tempoh pendek dan panjang di lebih 19 lokasi, yang akan dijenamakan bersama Hertz. Pelanggan Chailease yang menjelajah ke luar negara dari Taiwan akan berpeluang mengakses suit penuh penyelesaian mobiliti Hertz di seluruh dunia."

Eoin MacNeill, Naib Presiden, Hertz Asia Pasifik, berkata: "Chailease amat berpengalaman dalam Industri kereta sewa di Taiwan dan perkongsian baharu kami akan membawakan penyelesaian sewaan yang mudah dan berkualiti tinggi kepada pelanggan Hertz, Dollar, dan Thrifty yang menjelajah ke Taiwan. Kami juga berharap dapat menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Chailease di lokasi-lokasi Hertz, Dollar dan Thrifty di serata dunia."

En. Justin T. Yang, Pengerusi Chailease Auto Rental Co., Ltd, berkata: "Taiwan adalah destinasi pelancong yang popular, menjadi tuan rumah yang mempunyai 10 juta ke atas pengunjung setiap tahun dan kami ingin menjadikan perkhidmatan kereta sewa lebih mudah dan tersedia untuk mereka, sama ada mereka menjelajah untuk tujuan perniagaan atau libur.

"Jenama-jenama Chailease dan Hertz adalah jenama-jenama yang terkenal dan dipercayai oleh pelanggan and pasaran masing-masing. Perkongsian ini akan memberikan kehadiran yang serta merta kepada Hertz, Dollar dan Thrifty di Taiwan dan pelanggan Chailease boleh mendapat manfaat daripada jejak global Hertz." 

Bagi meraikan pelancaran, diskaun sebanyak 30% diberikan kepada pelanggan yang menempah secara dalam talian sebelum 30 September 2018 dan menyewa selewat-lewatnya pada 30 November 2018, di lokasi-lokasi yang mengambil bahagian di Taiwan. Sepanjang tempoh ini, terdapat dua kod diskaun yang boleh dinikmati oleh pelanggan:

  • Pelanggan menyewa selama tiga hingga tujuh hari -- sebutkan kod promosi (PC#) 204679 untuk memohon 25% diskaun
  • Pelanggan menyewa selama lapan hari atau lebih -- sebutkan kod promosi (PC#) 204680 untuk memohon 30% diskaun

Untuk maklumat lanjut dan untuk menempah, pelanggan boleh mengunjungi: https://www.hertz.com/rentacar/rental-car-deals/asia-tw-upto30pc  

LATAR BELAKANG HERTZ 

The Hertz Corporation, subsidiari milik Hertz Global Holdings, Inc., mengendalikan jenama-jenamanya kira-kira di 10,200 lokasi korporat dan pemegang francais di seluruh Amerika Utara, Eropah, Caribbean, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand. The Hertz Corporation ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan kegunaan umum lapangan terbang terbesar di dunia, dan jenama Hertz ialah salah satu jenama paling diiktiraf di dunia. Inisiatif-inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Hertz Gold Plus, Pilihan Terunggul, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik ditawarkan menerusi Koleksi Adrenalin, Impian, Hijau dan Prestij yang membezakan Hertz daripada persaingan. Selain itu, Hertz Corporation memiliki syarikat peneraju pajakan kenderaan dan pengurusan armada Donlen, yang mengendalikan jenama sewa kenderaan Firefly, Hertz 24/7 dan perniagaan perkongsian kereta Flexicar dalam pasaran-pasaran antarabangsa serta menjual kenderaan melalui Hertz Car Sales. Untuk maklumat lanjut tentang The Hertz Corporation, layari: www.hertz.com.

Latar Belakang Chailease

Chailease Finance Co., Ltd. ialah sebuah syarikat kewangan terkemuka di Taiwan dan telahpun terlibat dalam perniagaan kewangan dan pelaburan selama hampir tiga puluh tahun lamanya. Berpegang pada prinsip bimbingan melibatkan operasi yang baik dan menyediakan perkhidmatan dengan kesungguhan, Chailease Finance Company mewujudkan perniagaan kereta sewa pada tahun 2006 di bawah jenama Chailease Auto Rental, dengan menyediakan perkhidmatan kereta sewa dalam tempoh pendek dan panjang.

Perhubungan Akhbar Hertz:
Zoe Guest, zguest@daylightagency.com.au, +612 3235 7600
Harriet Hall, hhall@daylightagency.com.au, +612 3235 7600

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180828/2221151-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180827/2221151-1LOGO

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Travel Licensing/marketing agreements New products/services