omniture

GAC Motor Naik Taraf Budaya Korporat Raikan Legenda Sepuluh Tahun dalam Pembikinan

GAC Motor
2018-08-28 22:14 1619

GUANGZHOU, China, 28 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang terkemuka di China, melancarkan imej jenama dan budaya korporat baharu sempena sambutan sepuluh tahun syarikat. Visi baharu ini, yang bermatlamat untuk menonjolkan aspirasi salah satu jenama auto yang terkemuka di China itu tatkala ia mula melangkah menuju peringkat pembangunan seterusnya.

GAC Motor Naik Taraf Budaya Korporat Raikan Legenda Sepuluh Tahun dalam Pembikinan
GAC Motor Naik Taraf Budaya Korporat Raikan Legenda Sepuluh Tahun dalam Pembikinan

"Mencapai kemajuan hebat dalam perniagaan bukan sahaja bergantung pada produk berkualiti tinggi dan kekuatan jenama tetapi juga dari segi bimbingan budaya korporat," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "Oleh itu, sempena menyambut ulang tahun ke-10nya, GAC Motor memutuskan untuk mengemas kini imej kami menerusi slogan jenama baharu dan usaha yang diperbaharui untuk menaik taraf budaya korporat kami. Menyasarkan untuk meningkat maju, memperkasa, memotivasikan dan menginspirasikan tenaga kerja kami demi memastikan pembangunan jangka panjang yang berterusan menuju dekad seterusnya."

Budaya korporat baharu, digelar "Jalan Menuju Kehebatan", akan didasarkan kepada kepercayaan syarikat bahawa 'sekiranya setiap orang berani mengejar kehebatan, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik'. Ia juga turut menggabungkan 'personaliti' baharu untuk jenama ini, yang akan melibatkan kualiti-kualiti penting iaitu kepintaran, keazaman, ketabahan dan inovasi di bawah slogan jenama baharu: "Berani Berimpian, Gagahkan Diri dan Terus Berusaha". Dengan menerima budaya korporat baharu ini, GAC Motor akan memastikan ia terus berpegang terhadap cita-citanya untuk membangunkan produk asli dan "tidak gentar tatkala berdepan dengan kesukaran" memandangkan ia menyasarkan untuk mencipta "kereta dunia".

"Budaya korporat baharu ini bertujuan untuk menggabungkan nilai kemanusiaan, kredibiliti dan kreativiti," tambah Yu Jun. "Sepanjang sepuluh tahun akan datang, menurut budaya korporat baharu kami, GAC Motor akan bermatlamat untuk mengutamakan bakat, pengguna, rakan kongsi dan komuniti terlebih dahulu. Hormati setiap orang dan budaya mereka, tegakkan kejujuran dan berusaha untuk maju ke hadapan tatkala kita menjadikan inovasi sebagai pemacu pertumbuhan utama."

Dengan misi untuk mencipta kehidupan mobiliti yang menyeronokkan untuk semua, buat julung kali dalam sejarahnya, GAC Motor akan memperkenalkan himpunan prinsip bimbingan menerusi akronim "GREAT" yang mewakili: Keagungan (Glory) untuk semua; Menolak (Reject) laluan konvensional; Menerima (Embrace) tujuan yang lebih tinggi; Mengguna pakai (adopt) sikap yang praktikal; Menjangkaui (Transcend) piawaian tertinggi dan Berusaha (Strive) ke arah kemajuan. Di bawah prinsip-prinsip ini sepanjang beberapa tahun akan datang, GAC Motor akan berusaha untuk membangunkan jenama bertaraf dunia dan sebuah syarikat global.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor  
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor  
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180827/2221424-1  

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Machinery Transportation Travel Trucking and Road Transportation New products/services