omniture

Cambium Networks Sertai Ekosistem Express Wi-Fi Certified Facebook

Cambium Networks
2018-08-29 00:30 3263

Cambium Networks Berkolaborasi dengan Facebook Bantu Usahawan Tempatan dan Pengendali Tawar Akses Internet Pantas dan Berpatutan di Komuniti Setempat

ROLLING MEADOWS, Illinois, 28 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Cambium Networks dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia merupakan salah satu vendor Wi-Fi pertama yang menyertai ekosistem Express Wi-Fi Certified Facebook, satu program yang membolehkan pengeluar titik akses membangunkan perkakasan Wi-Fi yang serasi dengan Express Wi-Fi. Express Wi-Fi ialah satu penyelesaian untuk membantu pengendali dan usahawan tempatan menawarkan akses internet yang pantas dan berpatutan di kawasan awam. Express Wi-Fi berusaha membantu pengendali menyediakan internet kepada mereka yang tidak mendapat akses yang andal atau berpatutan dan dalam masa yang sama membolehkan usahawan tempatan membina perniagaan mereka sendiri. Express Wi-Fi kini beroperasi di India, Indonesia, Kenya, Nigeria dan Tanzania.

Guy Mordecai, Ketua Produk untuk Express Wi-Fi di Facebook berkata: "Kami berasa teruja untuk melancarkan program Express Wi-Fi Certified dan mendapatkan Cambium Networks sebagai salah satu rakan kongsi awal kami. Melalui usaha kami dengan vendor-vendor Wi-Fi, kami berharap dapat meluaskan ekosistem Express Wi-Fi dan mempercepatkan usaha inovasi untuk menyediakan model perniagaan mampan demi Wi-Fi yang pantas serta berpatutan pada skala yang bermakna. Kami berbangga dengan tahap kemajuan yang dicapai melalui jalinan kerjasama dengan Cambium Networks sejak pewujudan Express Wi-Fi Certified, membantu pihak pengendali menawarkan pengalaman Wi-Fi yang lebih baik secara meluas."

Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks, berkata: "Program Express Wi-Fi Certified ialah padanan sempurna kepada Cambium Networks dengan adanya sejarah kukuh kami dalam mencipta rangkaian tanpa wayar yang mantap di seluruh dunia selama lebih sedekad lamanya. Selari dengan misi kami untuk membawakan fungsi ketersambungan yang berpatutan kepada dunia, kami berasa sukacita untuk berkolaborasi dengan Facebook dengan mendayakan penggunaan rangkaian yang pesat dengan penyelesaian akses perusahaan cnPilot™ Wi-Fi Nirgeseran kami. Kami berharap dapat meneruskan usaha ini dan mengundang komuniti teknologi, kewangan, kerajaan dan pemerkasaan sosial yang lebih luas untuk menyertai kami bagi menghubungkan kira-kira 3.8 bilion individu yang tidak terhubung."

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Ahli-ahli pasukan turut menyumbang kepada aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial demi berkhidmat kepada komuniti di tempat tinggal mereka. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. https://www.cambiumnetworks.com/.

HUBUNGI: Sara Black, sara@bospar.com, 213-618-1501

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Airlines/Aviation Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Licensing/marketing agreements