omniture

Vitaly Saveliev Dilantik Semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot

Aeroflot
2018-08-30 14:25 690

MOSCOW, 30 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Lembaga Pengarah PJSC Aeroflot telah melantik semula Vitaly Saveliev sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk tempoh lima tahun. Pelantikan ini diluluskan pada 28 Ogos 2018 dalam satu mesyuarat Pihak Lembaga yang dipengerusikan oleh Mikhail Poluboyarinov, selaras dengan Arahan daripada pihak kerajaan Rusia.

Vitaly Saveliev telah mengetuai Aeroflot sejak pelantikan beliau pada 10 April 2009. Pada ketika itu, Syarikat dianggap sebagai syarikat penerbangan serantau menurut piawaian global dengan aliran penumpang seramai 8.6 juta (11.1 juta termasuk subsidiari). Aeroflot bersama-sama subsidiari-subsidiarinya menduduki tempat ke-68 di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2010 Presiden Vladimir Putin menugaskan Vitaly Saveliev bagi mencipta kumpulan syarikat penerbangan lengkap yang pertama di Rusia. Kerajaan memindahkan beberapa syarikat penerbangan serantau kepada bahagian pengurusan Aeroflot dan daripada aset-aset ini, pembinaan Aeroflot Group bermula. Turut menyusuli transformasi Kumpulan termasuk syarikat penerbangan kedua terbesar Rusia Rossiya Airlines (dicipta daripada syarikat penerbangan serantau Rossiya yang berpangkalan di St. Petersburg, serta Donavia dan Orenburg Airlines) dan juga Far Eastern airline Aurora (dicipta daripada SAT Airlines dan Vladivostok Avia).

Penciptaan pembawa berkos rendah sebenar Rusia yang pertama seumpamanya, Pobeda, sebagai sebahagian daripada Aeroflot Group menonjolkan satu kemajuan sebenar. Hasil usaha Vitaly Saveliev, pindaan penting kepada Kod Penerbangan Rusia telah diluluskan, termasuk pengenalan kepada tiket-tiket yang tidak boleh dikembalikan, kebolehan untuk syarikat penerbangan mengenakan bayaran untuk bagasi dan menggaji juruterbang dari luar negara serta pengenalan senarai hitam bagi penumpang yang menimbulkan gangguan. Perubahan-perubahan inilah yang menyelaraskan Kod Penerbangan Rusia dan membolehkan penerbangan berkos rendah berlepas di Rusia.

Pobeda melancarkan penerbangan pertamanya pada 1 Disember 2014. Sejak itu, ia telah memberi impak yang besar dalam menjadikan pengangkutan udara boleh diakses penduduk biasa Rusia, dengan lebih satu juta orang berpeluang terbang buat pertama kalinya dalam dua tahun pertama operasi syarikat penerbangan berkos rendah itu. Sejak penerbangan pertamanya, Pobeda telahpun membawa lebih 15 juta penumpang.

Pada tahun 2011, Vitaly Saveliev menyampaikan Strategi-2025 Aeroflot Group kepada Presiden Putin. Matlamat utama strategi berkenaan adalah untuk mengukuhkan kedudukan Aeroflot sebagai salah sebuah syarikat penerbangan yang terkemuka di dunia, menduduki tempat teratas bagi penerbangan global. Menjelang tahun 2025, Aeroflot Group bakal bergelar salah satu daripada lima yang terbaik di Eropah dan 20 kumpulan penerbangan terbesar di dunia.

Matlamat-matlamat ini telah dicapai nyata sekali jauh lebih awal, dengan Aeroflot menjadi salah satu daripada 20 syarikat penerbangan terbaik dunia dan salah satu daripada lima kumpulan penerbangan terbesar Eropah seawal tahun 2017 (antara syarikat penerbangan legasi). Pada tahun 2018, Aeroflot mengesahkan kedudukannya antara 20 syarikat penerbangan terkemuka dunia, menurut dua bahan penerbitan penerbangan global berwibawa, Flight Airline Business dan Air Transport World. Selama bertahun-tahun, aliran penumpang syarikat penerbangan Aeroflot meningkat dengan ketara, daripada 8.6 juta penumpang pada tahun 2009 kepada 32.8 juta penumpang pada tahun 2017. Secara keseluruhan, Aeroflot dan subsidiari-subsidiarinya membawa 50.1 juta penumpang yang mencatat rekod pada tahun 2017.

Tahun ini, Aeroflot dinamakan sebagai jenama syarikat penerbangan paling mantap di dunia buat kali kedua oleh Brand Finance, firma perunding penilaian jenama bebas yang terkemuka. Nilai jenama Aeroflot semakin berkembang dan hari ini mencecah sebanyak USD 1.429 bilion.

Aeroflot ialah syarikat penerbangan premium yang diiktiraf, memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan penilaian Syarikat Penerbangan Global 5-Bintang daripada persatuan penerbangan AS, APEX. Syarikat kerap memenangi anugerah-anugerah antarabangsa yang berprestij: ia dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali ketujuh menerusi Skytrax World Airline Awards 2018, dan ia juga dua kali diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran China menerusi Anugerah Flyer. Pembawa bendera Rusia itu turut dinamakan sebagai jenama syarikat penerbangan terkemuka dunia di World Travel Awards 2017, dikenali sebagai anugerah Oscar dalam industri pelancongan.

Di bawah Vitaly Saveliev Aeroflot menjadi pengendali terbesar bagi pesawat moden Rusia. Syarikat mengendalikan 50 Sukhoi Superjet 100 yang terkini. Pada tahun-tahun mendatang, Syarikat dijangka untuk mengambil 50 MC-21. Aeroflot sedang mempertimbangkan peluasan selanjutnya untuk armada pesawat Rusianya.

Aeroflot berhasrat untuk mengukuhkan statusnya sebagai syarikat penerbangan global yang terkemuka. Vitaly Saveliev dan pasukan pengurusan Syarikat telah menyediakan Strategi-2023 Aeroflot Group yang dikemas kini yang akan dibentangkan dalam masa terdekat kepada Presiden Vladimir Putin.

Sumber: Aeroflot

Source: Aeroflot
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Personnel announcements