FLORENCE, Arizona, DENVER dan BANGALORE, India, 30 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Bandar jadi perintis keselamatan siber dengan laksanakan usaha dipacu teknologi yang komprehensif cegah serangan disruptif
Subex, penyedia penyelesaian Internet Komunikasi Benda (IoT) dan keselamatan infrastruktur kritikal yang terkemuka, mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan Bandar Florence, Arizona bagi menyediakan ciri keselamatan untuk infrastruktur awam kritikalnya. Satu perjanjian untuk penguatkuasaan ini ditandatangani baru-baru ini oleh Florence dan Subex.
Sebaik sahaja infrastruktur kritikal mula beroperasi, ia menjadi rentan terhadap serangan siber. Pada tahun 2017 sahaja, jenayah siber mengakibatkan kos sebanyak USD 445 bilion terhadap ekonomi global (mengikut data yang dikongsi oleh Forum Ekonomi Dunia). Kekerapan dan kerumitan serangan berbilang peringkat telah meningkat yang mana penggodam menggunakan pelbagai taktik, aplikasi dan peranti berkompromi untuk memulakan serangan pada skala global terhadap infrastruktur utiliti. Motivasi asas di sebalik serangan ini adalah untuk mengakibatkan gangguan dan kesulitan secara meluas kepada penduduk dan pemegang saham lain.
Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Subex akan menyediakan keselamatan siber hujung-ke-hujung bagi mengesan, menangkis dan memperbetulkan ancaman termaju kepada sistem teknologi Florence yang paling asas dan penting. Apabila Florence melancarkan projek bandar-bandar pintarnya, Subex akan terus menjadi rakan kongsi keselamatan siber untuk semua projek yang sedang dirancang.
Melalui perkongsian ini, Bandar Florence merintis laluan dengan menjadi salah sebuah bandar pertama untuk melindungi infrastruktur awamnya melalui penyelesaian, strategi dan langkah-langkah yang disediakan oleh Subex. Perkongsian ini merupakan satu pencapaian penting dan akan membuka jalan untuk bandar-bandar lain mengguna pakai langkah-langkah yang sama, memastikan tahap perlindungan tertinggi untuk projek-projek bandar pintar di seluruh Amerika Syarikat.
Brent Billingsley, Pengurus Bandar Florence, Arizona berkata, "Ini adalah lebih daripada sekadar kontrak biasa. Ini merupakan satu perjanjian yang mana Bandar Florence menjadi rakan kongsi Subex bagi membangunkan teknologi canggih yang dapat dipasarkan kepada pelanggan-pelanggan persendirian, pelanggan bukan untung dan pelanggan kerajaan yang lain. Ini merupakan satu perusahaan yang benar-benar menarik dan satu perkongsian hebat untuk Florence."
"Saya berasa teruja dengan segala kemungkinan yang dapat dibawakan oleh jalinan kerjasama kami dengan Florence. Dari satu sudut, kami akan membantu Florence mempertahankan aset-asetnya sambil mengukuhkan keupayaan pertahanan keselamatan sibernya. Dari satu sudut yang lain, perkongsian ini akan meningkatkan kesedaran antara bandar-bandar berhubung keperluan segera untuk menambah baik keselamatan siber dan langkah-langkah kewaspadaan. Usaha ini akan amat diperlukan demi meningkatkan keyakinan pemegang saham," kata Vinod Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif, Subex.
"Perkongsian kami dengan Florence akan membantu bandar ini lebih menumpu untuk memenuhi keperluan penduduk dan perniagaan tatkala kami memenuhi keperluan keselamatan sibernya. Florence telah menunjukkan jalan untuk bandar raya dan bandar lain di mana-mana juga untuk mula mengambil serius tentang keselamatan siber dan berusaha ke arah melindungi infrastruktur kritikal. Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Florence dan berharap dapat berganding bahu dengan kepimpinan bandar tersebut serta pemegang-pemegang saham yang lain untuk melindungi bandar dan aset-asetnya," kata Kiran Zachariah, Naib Presiden, Perniagaan IoT, Subex.
Latar Belakang Bandar Florence
Bandar Florence ialah sebuah bandar daerah bagi salah satu daerah yang paling berkembang pesat di Amerika, Pinal County, Arizona. Sebagai sebahagian daripada Kawasan Metropolitan Phoenix dan terletak hanya sejauh 60 batu dari Tucson, penduduk Florence dapat memperoleh akses yang hebat kepada kemudahan bandar sambil menikmati faedah kehidupan luar bandar. Menempatkan kira-kira 27,000 penduduk sepanjang tahun, populasinya melebihi 30,000 orang pada bulan-bulan yang lebih sejuk.
Latar Belakang Subex
Subex ialah penyedia penyelesaian analitik telekomunikasi terkemuka, mendayakan masa depan digital untuk syarikat-syarikat telekomunikasi global.
Ditubuhkan pada tahun 1992, Subex telah menghabiskan masa selama lebih 25 tahun dalam mendayakan 3/4 daripada 50 CSP terbesar di seluruh dunia bagi mencapai kelebihan daya saing. Subex membantu CSP memacu model perniagaan baharu, meningkatkan pengalaman pelanggan dan mengoptimumkan perusahaan.
Subex memanfaatkan portfolio produk memenangi anugerahnya dalam bidang-bidang seperti Jaminan Pendapatan, Pengurusan Penipuan, Jaminan Aset dan Pengurusan Rakan Kongsi serta melengkapi mereka melalui penyelesaian digitalnya seperti Keselamatan dan Wawasan IoT. Subex turut menawarkan Perkhidmatan Terurus boleh diskala dan juga perkhidmatan Perundingan Perniagaan.
Subex mempunyai lebih 300 pemasangan merentasi lebih 90 negara.
Layari www.subex.com untuk maklumat lanjut, atau hubungi:
Benjamin Bitter
Bandar Florence, AZ
Telefon Bimbit: +1(520)840-0868
Pejabat: +1(520)868-7541
Benjamin.Bitter@FlorenceAZ.gov
Subex
Prayukth K V
Telefon Bimbit: +91-9900384022
Pejabat: +91-8066598700
prayukth.kv@subex.com
Perhubungan akhbar
Sandeep Banga
Pemasaran dan Komunikasi
+91-99168-24122
sandeep.banga@subex.com