omniture

POWERCHINA dan LJUNGSTRÖM Umum Perkongsian Strategik Tingkatkan Prestasi Loji Kuasa

LJUNGSTROM
2018-08-30 23:15 2404

BEIJING, 30 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pada 20 Ogos 2018, LJUNGSTRÖM dan POWERCHINA Turbo Technologies (PCTT), sebahagian daripada POWERCHINA, mengumumkan satu perkongsian strategik bagi tujuan menyokong Strategi "Satu Jalur Satu Jalan" China menerusi teknologi yang dapat meningkatkan kecekapan, kefleksibelan dan prestasi operasi loji. LJUNGSTRÖM akan berganding bahu bersama PCTT dalam pasaran penjanaan kuasa dan kemudahan perindustrian di China dan juga Asia Tenggara untuk bersama-sama mendekati pelanggan menerusi suit bersepadu teknologi yang terbaik dalam kelasnya, termasuk kipas, prapemanas udara dan produk penjanaan kuasa yang lain.

(L-R - Jiang Jianlin, Party Secretary and Executive Director of China Power Construction Group Turbo Technology Co., Ltd. and Haimnig Li, China Unit Managing Director of LJUNGSTRÖM, shake hands after signing.)
(L-R - Jiang Jianlin, Party Secretary and Executive Director of China Power Construction Group Turbo Technology Co., Ltd. and Haimnig Li, China Unit Managing Director of LJUNGSTRÖM, shake hands after signing.)

Li Yueping, anggota dalam Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Parti dan Timbalan Pengurus Besar POWERCHINA, berkata, "Saya berharap, melalui penandatanganan perjanjian kerjasama strategik tersebut, LJUNGSTRÖM dan PCTT akan membentuk satu komuniti yang bersatu, berpegang pada prinsip-prinsip penggabungan mega, kelebihan yang saling melengkapi, perkongsian risiko dan faedah bersama berdasarkan kesaksamaan dan pembangunan bersama."

"Perkongsian dengan PCTT memperlihatkan peluang hebat untuk LJUNGSTRÖM bagi meluaskan kehadiran kami di China dan pasaran Asia Tenggara dengan ketara," kata Dave Breckinridge, Presiden LJUNGSTRÖM. "Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan PCTT bagi membawakan teknologi yang inovatif kepada projek kami dan bagi meningkatkan prestasi loji."

Latar Belakang POWERCHINA

POWERCHINA menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan yang komprehensif, bermula dengan perancangan, penyiasatan, pembinaan, perundingan dan kerja-kerja pembinaan awam kepada pemasangan M&E dan perkhidmatan pengilangan dalam bidang-bidang hidrokuasa, kuasa terma, tenaga baharu dan infrastruktur, Pada tahun 2018, POWERCHINA menduduki tempat ke-182 dalam Fortune 500 dan tempat ke-2 bagi 150 Firma Reka Bentuk Global Teratas ENR 2018. POWERCHINA telah menjadi peneraju dalam pembinaan "Jalur dan Jalan" serta memimpin perusahaan bagi "Kerjasama Kapasiti Perindustrian Antarabangsa".

Latar Belakang PCTT

POWERCHINA Turbine Technologies Co., Ltd. komited untuk menyediakan peralatan turbin dan penyelesaian sistem untuk loji kuasa, metalurgi, perlombongan, transit kereta api, terowong angin, rawatan air dan industri-industri lain.

Latar Belakang LJUNGSTRÖM

LJUNGSTRÖM, sebahagian daripada ARVOS Group, ialah peneraju teknologi dan inovasi bertaraf global, mengkhusus dalam perkhidmatan dan penyelesaian kitar hayat penuh untuk loji kuasa terma serta kemudahan perindustrian. Dengan sejarah kemajuan pemulihan haba menjangkau 95 tahun, LJUNGSTRÖM menakrifkan semula teknologi kuasa terma bersih melalui pengetahuan pelanggan dan teknikalnya yang mendalam, di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari www.ljungstrom-global.com.

HUBUNGI: Clint Rankin, 1-256-714-7993, clint.e.rankin@arvos-group.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/736940/ljungstrom.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/433824/LJUNGSTROM_Logo.jpg

Source: LJUNGSTROM
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Utilities Contracts