BEIJING, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- Tanggal 31 Ogos 2018, Uoolu, platform utama untuk transaksi hartanah rentas sempadan di China, menyiarkan "Laporan Sepuluh Negara bagi Data Pelaburan Hartanah Jalur dan Jalan Uoolu 2018".
Inisiatif "Jalur dan Jalan" dicadangkan oleh kerajaan Cina pada tahun 2013 bagi mengukuhkan hubungan bersama negara-negara sekitar Asia. Sejak itu, banyak aktiviti pelaburan hartanah yang kerap berlaku antara China dan negara-negara Asia lain.
Dalam laporan tersebut, Uoolu memilih lapan negara di Asia Tenggara dan dua negara di Timur Tengah di sepanjang Jalur dan Jalan berdasarkan Indeks Pembangunan Kerjasama bagi menilai risiko pelaburan di wilayah Inisiatif Jalur dan Jalan.
Sepuluh negara tersebut disenaraikan mengikut kriteria berbeza seperti pertumbuhan harga perumahan dan nisbah harga-kepada-sewa. Data tersebut menonjolkan pasaran-pasaran hartanah yang signifikan dan boleh diakses di wilayah tersebut, selain demografi pelabur-pelabur Cina.
Apa yang mengejutkan, pelabur-pelabur utama dalam hartanah luar negara berusia antara 30 hingga 49 tahun dan kebanyakannya adalah daripada industri-industri baharu. Pelabur-pelabur daripada IT dan perniagaan Internet menyumbang sebanyak 31% daripada pelabur yang terbuka kepada teknologi mudah alih dan juga perkhidmatan baharu. Generasi mewah baharu telah menunjukkan kitar membuat keputusan yang pendek. Sebanyak 43.56% pelabur Cina hanya mengambil masa seminggu untuk memutuskan tentang pelaburan hartanah manakala 67% melabur antara US$70,000 hingga $150,000.
Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa Thailand, Filipina, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam adalah pasaran-pasaran utama hari ini yang mendapat perhatian paling tinggi daripada pelabur-pelabur Cina.
Untuk menerima laporan penuh, sila ikuti kami melalui Facebook atau LinkedIn dan hantarkan pesanan kepada kami: "Laporan Jalur dan Jalan".
Laman Sesawang Uoolu: www.uoolu.com
Uoolu Facebook: https://www.facebook.com/Uoolu/
Uoolu LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/uoolu.com/