omniture

TerraCom Lapor Jualan Tahun Penuh Mencatat Rekod

TerraCom Limited
2018-09-03 21:22 802

CLERMONT, Queensland, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- TerraCom Limited ("TerraCom" atau "Syarikat") hari ini mengumumkan jualan mencatat rekod sebanyak $141.1 juta dan EBITDA mencecah $28.6 juta bagi setahun penuh hingga 30 Jun 2018, mengukuhkan pemulihan operasi yang signifikan di lombong arang batu Blair Athol di tengah-tengah Queensland.

Mengulas mengenai kemajuan besar yang dilakar pada Tahun Fiskal 2018, pengerusi Terracom En. Wal King berkata bahawa Syarikat dijangkakan melaporkan keuntungan pengendalian bersih sehingga $100 juta pada Tahun Fiskal 2019.

Sorotan utama:

  • Pengeluaran arang batu menghasilkan jualan sebanyak $141.1 juta
  • EBITDA $28.6 juta
  • Aliran tunai pengendalian bersih sebanyak $34.3 juta
  • Kerugian bersih sebanyak $19.1 juta
  • 1.9 juta tan daripada Blair Athol dan Baruun Noyon Uul, Mongolia
  • Blair Athol JORC Reserves(1) menaik taraf kepada 18 juta ton dengan sumber sebanyak 44 juta tan
  • Laluan sisi rel yang ditauliahkan menghubungkan Blair Athol kepada Laluan Rel Goonyella utama

En King berkata bahawa prestasi Blair Athol menjustifikasikan keputusan Syarikat untuk mentauliahkan semula projek arang batu terma yang pernah menjadi yang terbesar di Australia susulan penyelesaian pembeliannya daripada Rio Tinto pada awal tahun 2017.

"Saya berasa sukacita kerana dapat melaksanakan tahap kemajuan seperti ini dalam tempoh yang begitu singkat dan kami turut meraih beberapa pencapaian penting semasa tahun tersebut," kata En. King.

"Kami meningkatkan pengeluaran arang batu di Blair Athol pada setiap suku tahun dan terus merundingkan kontrak jualan jangka panjang dengan beberapa pelanggan penting di Jepun dan Korea.

"Kami telah mendapat manfaat daripada pertumbuhan permintaan dari Asia Tenggara dan reputasi Blair Athol yang lama bertahan dalam mengeluarkan arang batu terma berkualiti tinggi akan menyampaikan kontrak dengan pelanggan-pelanggan baharu tahun ini.

"Kerugian bersih kami untuk tahun tersebut memperlihatkan obligasi hutang kami dan pihak Lembaga memberi keutamaan untuk membiayai semula sepenuhnya portfolio hutang kami yang bernilai $180 juta untuk memanfaatkan hakikat bahawa kini kami mengeluarkan arang batu dengan margin $51 setiap tan.

Syarikat turut mendahului jadual menerusi salah satu projek pemulihan lombong terbesar negara di Blair Athol dan berupaya mengurangkan jaminan kewangan pemulihan lombong kepada Kerajaan Queensland daripada $80 juta kepada $72 juta.

Satu lagi pencapaian penting ialah penyelesaian laluan sisi rel di Blair Athol yang membolehkan lombong ini menyerahkan terus kepada laluan rel utama Goonyella yang membawa arang batu ke pelabuhan Dalrymple, seraya mengurangkan kos pengeluaran sekitar $20 bagi setiap tan.

Di Mongolia, Syarikat turut meningkatkan pengeluaran arang batu kok pada setiap suku tahun dan meningkatkan margin.

LATAR BELAKANG TERRACOM - terracomresources.com 

TerraCom telah memberikan arahan pelaksanaan penuh lombong arang batu kok Baruun Noyon Uul (BNU) di Selatan Gobi, Mongolia. Penghantaran eksport di bawah perjanjian dagangan 5.5 tahun telah dimulakan mengikut jadual. Matlamat syarikat adalah untuk menjadi salah satu pengeluar arang batu kok terbesar dan berkualiti tertinggi di Mongolia, lalu memberi nilai luar biasa kepada pelanggan-pelanggan yang menghasilkan keluli.

TerraCom menyelesaikan pengambilalihan Lombong Arang Batu Blair Athol pada Mei 2017. Pengambilalihan ini melibatkan pajakan perlombongan, lesen-lesen berkaitan, tanah, infrastruktur tapak, kontrak aktif dan semua kilang & peralatan perlombongan, termasuk garis seret, bagi menepati jadual pengeluaran ramalan dan pemulihan progresif TerraCom.

Pengambilalihan Lombong Arang Batu Blair Athol ialah pencapaian signifikan untuk TerraCom, yang membawakan faedah-faedah berikut:

  • Pemulihan progresif bagi salah satu lombong arang batu tertua di Queensland;
  • Penyambungan perlombongan dan jualan eksport arang batu daripada lombong Arang Batu Blair Athol menyediakan ekonomi-ekonomi tempatan, negeri dan persekutuan dengan peningkatan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan, royalti dan pencukaian; dan
  • Meramalkan aliran tunai positif melalui struktur overhed yang rendah dan kecekapan operasi.

TerraCom telah menyempurnakan lebih 50 hektar pemulihan tapak sekaligus membolehkan lombong untuk beroperasi semula. Operasi ini, di bawah pengurusan TerraCom, dirancang untuk menyerahkan kira-kira 2Mtpa sepanjang 9 tahun1 dan melaksanakan pemulihan progresif yang berterusan.

Di samping itu, TerraCom mempunyai rancangan penerokaan jangka panjang dengan hasrat untuk membangunkan dua projek di Queensland, Australia: Projek Galilee Utara arang batu terma bersaiz besar dan Projek Springsure arang batu terma utama bertenaga tinggi.

(1) Rujuk Pengumuman ASX pada 13 Februari 2018 untuk maklumat lanjut dan penjelasan mengenai ramalan pengeluaran Blair Athol. Penggunaan bahan yang menyokong sasaran pengeluaran Blair Athol dalam Pengumuman ASX ini terus terpakai dan tidak diubah dengan ketara.

Untuk pertanyaan media sila hubungi John Hurst (Quay Advisers) di talian +61-418-708-663. 

Source: TerraCom Limited
Keywords: Oil/Energy Utilities Sales reports