omniture

Music China, Pameran Alat Muzik Asia Pasifik Terbesar, Siap Sedia Bantu Majukan Perniagaan Muzik

Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
2018-09-03 11:00 820

SHANGHAI, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh CMIA, Shanghai Intex dan Messe Frankfurt, Music China, sebagai salah satu pameran alat muzik paling terkenal di dunia, bakal diadakan pada 10-13 Oktober 2018 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Sebagai acara muzik terbesar di Asia, Music China 2018 akan menarik hampir 2,200 pempamer tempatan dan luar negara dari 30 negara dan wilayah. Pelbagai alat muzik antarabangsa dan Cina akan dipamerkan di ruang pameran berkeluasan 138,000m2 termasuk 12 dewan dan 2 ruang pameran luar.

Untuk memenuhi pertumbuhan perniagaan, jenama-jenama kukuh yang terkenal seperti Marshall, Bluethner, Buffet, Fazioli, Fender, GEWA, Laney, Ludwig, Orange, Roland, Selmer, Samick, Schimmel, Steinway, Tama, Yamaha, Pearl River, Hsinghai, KHS, Jinyin, Fengling, dan Shanghai No.1 National Musical Instruments Factory, telah mengesahkan kehadiran mereka di Music China 2018. Jenama-jenama terkenal antarabangsa dan produk-produk tempatan akan dipamerkan di lapangan.

Seminar dan forum untuk pembeli-pembeli profesional akan diadakan bagi membantu mereka kekal seiring dengan industri. Forum Industri CMIA NAMM akan menjelaskan tentang trend seluruh industri. Prospek pembangunan pasaran dunia akan turut dianalisis. Penceramah-penceramah seluruh dunia dari industri-industri profesional akan diundang untuk berkongsi pengalaman mereka berhubung jualan, penjenamaan, pengurusan, penggunaan media baharu dan isu-isu hangat yang lain dalam kursus latihan pengedar. Tahun ini, persidangan pelancaran produk baharu akan turut diadakan sebagai platform hebat untuk pelancaran produk muzik terkini dan membolehkan pengedar serta pengunjung mengalami sendiri teknologi-teknologi industri muzik paling hebat.

Sebagai acara perdagangan muzik yang terkenal, Music China turut menyasarkan untuk memberikan pengalaman menginspirasikan kepada peminat muzik dengan menawarkan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan pendidikan. Forum Global untuk Muzik Tradisional Cina, Salun Seni Biola, Salun Jazz Masters akan membawa pengunjung ke dunia muzik yang hebat dengan memaparkan intipati pelbagai gaya muzik. Pertubuhan-pertubuhan pendidikan akan memperkenalkan model pengajaran terkini dan arahan profesional dalam Program Pendidikan Muzik. Kids Music Land akan mencipta gaya pembelajaran muzik baharu melalui aktiviti-aktiviti yang meriah. Teknologi dan muzik digabungkan untuk menghasilkan persembahan ajaib di Music Lab. Apa yang lebih hebat, sebanyak 600 persembahan secara langsung akan disediakan untuk membawa semua orang menuju perjalanan muzik yang luar biasa.

Untuk butiran lanjut mengenai Music China 2018, sila rujuk laman sesawang rasmi kami www.musicchina-expo.com. Pendaftaran kini dibuka secara dalam talian untuk kemasukan percuma.

Hubungi:
Cik Arlene Zhu         
+86-21-6295-5609
zhuliwen@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
Keywords: Entertainment Music Trade show news Future Events