omniture

Locus Chain Foundation Anjur Sidang Kemuncak Sulung di Singapura

Platform rantaian blok pertama dunia diterima untuk digunakan oleh kerajaan berdaulat
Locus Chain Foundation Pte, Ltd.
2018-09-04 12:12 1549

SINGAPURA, 4 September 2018 /PRNewswire/ -- Locus Chain Foundation (Locus Chain), platform teknologi rantaian blok generasi seterusnya, mengadakan Sidang Kemuncak Dunia Locus Chain sulung pada 29 Ogos 2018 di Fullerton Bay Hotel Singapore. Sidang Kemuncak ini mengalu-alukan lebih 200 tetamu VIP, pelabur, rakan media dan rakan kongsi dari seluruh dunia dan disajikan dengan ucapan-ucapan dasar daripada Tuan Yang Terutama Khalfan Saeed Al Mazrouei, Pengasas Bersama Locus Chain Foundation dan Mantan Penolong Setiausaha untuk Jabatan Swasta YAM Sheikh Zayed bin Sultan al Nahyan dan Tetamu Kehormat En. Amir A. Dossal, Pengasas dan Presiden Forum Perkongsian Global serta mantan Pengarah Eksekutif Pejabat PBB untuk Perkongsian.

(Left to Right) Mr. Amir A. Dossal, Founder and President of the Global Partnerships Forum and former Executive Director of the UN office for Partnership; Ms. SeJung Kim, Co-Founder & Business Head of Locus Chain Foundation; Mr. Sang Yoon Lee, Founder and CEO of Locus Chain Foundation; His Excellency Khalfan Saeed Al Mazrouei, Co-Founder of Locus Chain Foundation EU & Middle East Division; and Prince Franklin E. Omene, CEO of OMENE Holdings LLC.
(Left to Right) Mr. Amir A. Dossal, Founder and President of the Global Partnerships Forum and former Executive Director of the UN office for Partnership; Ms. SeJung Kim, Co-Founder & Business Head of Locus Chain Foundation; Mr. Sang Yoon Lee, Founder and CEO of Locus Chain Foundation; His Excellency Khalfan Saeed Al Mazrouei, Co-Founder of Locus Chain Foundation EU & Middle East Division; and Prince Franklin E. Omene, CEO of OMENE Holdings LLC.

 

Locus Chain World Summit in Singapore held on 29th August at the Fullerton Bay Hotel
Locus Chain World Summit in Singapore held on 29th August at the Fullerton Bay Hotel

 

Sidang Kemuncak ini meraikan pelancaran Locus Chain Foundation di Singapura, menonjolkan teknologi unik di sebalik platform dan potensinya dalam mengubah dunia selain mengumumkan perkembangan terkini yang utama berhubung inisiatif perniagaan serta Memorandum Persefahaman (MoA) yang ditandatangani bersama lebih 40 kerajaan dan syarikat di Asia, Timur Tengah, Afrika dan juga Eropah.

En. Sang Yoon Lee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Locus Chain Foundation, menekankan tujuan sosial yang memacu pembangunan Locus Chain. "Misi kami adalah untuk membangunkan teknologi terbaik, secara sumber terbuka yang akan menyumbang kepada kemajuan teknologi dunia, selain memanfaatkan kuasanya bagi mengurangkan ketaksamaan, memupuk pertumbuhan yang mampan dan memberi manfaat kepada umat manusia. Kami akan melakukan semua ini melalui perkongsian dengan kerajaan dan syarikat serta dengan mengambil bahagian dalam pembangunan infrastruktur pendidikan."

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Tuan Yang Terutama Khalfan Saeed Al Mazrouei, menegaskan potensi revolusioner rantaian blok apabila diaplikasikan dalam infrastruktur kerajaan, khususnya bagi membangunkan negara. Beliau memetik tentang perjanjian yang ditandatangani oleh Locus Chain Foundation dengan Tunisia Economic City, satu usaha sama bernilai USD 50 bilion antara kerajaan Arab Saudi dan Tunisia bagi membangunkan bandar pintar terbesar di rantau Mediterranean.

Penceramah jemputan yang dihormati En. Dossal berkata, "Ramai kanak-kanak lahir tanpa identiti atau dokumentasi yang betul dan dikecualikan daripada hak-hak keistimewaan dalam sesebuah masyarakat maju. Rantaian blok dapat membawakan keseimbangan baharu dan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik, di mana ia paling diperlukan."

Sidang Kemuncak Dunia Locus Chain diberi penghormatan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang disanjungi dari seluruh dunia termasuk Puan Moossun Hemma, Timbalan Gabenor Pertama Bank of Mauritius; En. Bacorisen Pratabsing, Pengerusi State Informatics Ltd.; Yang Berhormat Duval Charles Gaetan Xavier-Luc, Ketua Pembangkang Republik Mauritius; Yang Maha Mulia Sheikha Moaza Obaid Suhail Buti Al Maktoum, Puteri Keluarga Diraja Dubai, Tuan Yang Terutama En. Ahmed Habeeb Ahmed Mohammed Al Ghareeb, Ketua Yayasan Sheikh Humaid Bin Rashid Al Nuaeimi, Kerajaan Ajman, U.A.E.; Putera Franklin E. Omene, Ketua Pegawai Eksekutif OMENE Holdings LLC, Nigeria; dan Yang Berhormat Gondwe Goodall Edward, Menteri Kewangan bagi Kerajaan Republik Malawi.

Tetamu-tetamu turut mendengar pembentangan dan ucapan daripada En. Mohammed Lutfar Rahman, Pengasas Bersama Locus Chain Foundation U.K. dan East Asia Division; Dr. Moon Ho Kim, Pengerusi KMH Peace Foundation; En. YoungBae Moon, Penasihat Locus Chain Foundation; En. SoohHan Cho, Ketua Pegawai Pemasaran Bloom Technology; Dr. Minseok Oh, Ketua Pegawai Teknologi SM Wave; dan En. Lu Kun Shan, Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Leadtek Research Inc. Sidang Kemuncak dipengerusikan oleh pengacara selebriti Singapura Denise Keller, dengan hiburan secara langsung oleh penyanyi sensasi British, Rob Collins.

Jejak global Locus Chain yang semakin berkembang

Locus Chain ialah platform rantaian blok pertama dunia yang diterima untuk digunakan oleh kerajaan berdaulat. Teknologinya dijangka dapat menyediakan mekanisme transaksi berkos rendah, sistem pengurusan yang andal dan telus serta memperkasa ekonomi-ekonomi yang semakin berkembang agar bersedia mendepani masa depan.

Melalui perkongsian strategik, syarikat dengan pantas menjadi platform tumpuan untuk kerajaan pintar bagi membangunkan bandar pintar, dengan MoA telahpun ditandatangani bersama kerajaan Tunisia, Arab Saudi, UAE, Republik Demokratik Congo, Rwanda dan Brunei. Secara keseluruhan, syarikat tersebut mempunyai lebih 40 perkongsian dalam pembangunan sumber asli, infrastruktur, pengurusan kesihatan dan perkhidmatan kewangan dengan syarikat-syarikat dan kerajaan-kerajaan di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah.

Pada hari yang sama dengan Sidang Kemuncak, Locus Chain Foundation turut memeterai MoA dengan Kerajaan Malawi, serta mengumumkan rancangan untuk menjalin perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat di Asia dan Rusia, termasuk Leadtek Research Inc.

Platform rantaian blok paling pantas dan paling boleh diskala di dunia

Locus Chain akan menjadi platform rantaian blok generasi seterusnya yang paling pantas dan paling boleh diskala di dunia, menjadikannya penyelesaian bersepadu yang paling praktikal serta berkesan kos untuk kerajaan-kerajaan pintar membangunkan bandar-bandar pintar.

Protokol rantaian blok canggih dapat mengekalkan masa transaksi yang stabil meskipun sekiranya bilangan nod dan transaksi meningkat menggunakan Account Wise Transaction Chain (AWTC); melalui rangkaian ini, Locus Chain berupaya memberikan kelajuan transaksi yang tinggi kepada setiap pengguna dalam ekosistem serta rangkaian tersebut. Protokol rantaian blok turut menyediakan fungsi kebolehskalaan melalui teknologi pembahagian pangkalan data (sharding) keadaan dinamik, menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan saiz data yang bertambah; menyokong Kontrak Pintar, yang dapat dilaksanakan meskipun dalam persekitaran rangkaian paling sukar yang tidak dapat diurus oleh protokol rantaian blok yang lain; dan dilindungi oleh sistem kriptografi selamat yang melindungi platform daripada serangan siber. Kos transaksi yang terlibat dalam proses berkenaan dibahagikan dengan saksama dan telus, seraya mampu menangani kebimbangan aplikasi rantaian blok berskala luas.

Latar Belakang Locus Chain Foundation

Locus Chain Foundation Pte, Ltd. ditubuhkan di Singapura pada tahun 2018, bagi membangunkan platform berasaskan Rantaian Blok dan perniagaan yang berkaitan. Dibangunkan oleh sepasukan pembangun Korea, rakan kongsi dan penasihat antarabangsa, Locus Chain Foundation akan menawarkan akses yang berpatutan kepada platform yang andal dan selamat yang menjamin kebertanggungjawaban dan ketelusan. Dengan pejabat-pejabat di Singapura, Seoul dan Dubai, syarikat mempunyai jejak global dan menjalin perkongsian bagi merealisasikan rancangannya untuk menjadi penyelesaian rantaian blok kepada perniagaan antarabangsa dan penduduk global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2222342-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2222342-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180828/2222342-1LOGO

Source: Locus Chain Foundation Pte, Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Blockchain