omniture

SANY Ambil Pekerja Seluruh Dunia Mudahkan Strategi Antarabangsanya

SANY
2018-09-04 21:03 1209

CHANGSHA, China, 4 September 2018 /PRNewswire/ -- Menurut 50 Pengeluar Jentera Kejuruteraan Utama Dunia 2018 yang disiarkan dalam International Construction oleh KHM, SANY menduduki tempat ke-8. Menganggap pembangunan antarabangsa sebagai salah satu strategi paling penting, SANY bergiat aktif untuk menggalakkan strategi penyetempatan perniagaan antarabangsanya sekaligus memberi penekanan yang mencukupi bagi membangunkan pasukan-pasukan tempatan dalam pasaran luar negara.

Poster perekrutan
Poster perekrutan

Kesan jelas pembangunan antarabangsa

Pada tahun 2017, SANY telah menjana pendapatan pengendalian sebanyak 11.618 bilion RMB, yang mana nisbah prestasinya berada pada nilai 30%, meningkat 25% berbanding tahun sebelumnya. Pada separuh pertama tahun 2018, SANY telah menjana pendapatan pengendalian sebanyak 28.1 bilion RMB, meningkat sebanyak 46.42% berbanding tahun sebelumnya dan menjana keuntungan bersih sebanyak 3.389 bilion RMB, meningkat sebanyak 192.09% berbanding tahun sebelumnya. Perniagaan antarabangsa SANY turut meningkatkan proposisinya. Dengan bergantung pada Inisiatif Jalur & Jalan, SANY terus menjalin perkongsian dengan negara-negara sepanjang laluan tersebut, menjalankan perniagaan di negara-negara ini dan bekerja keras untuk membangunkan lima sistem penyetempatan: sistem pengedar yang mantap, sistem pelanggan utama yang beraneka, sistem bahagian perkhidmatan proaktif, sistem HR luar negara yang cemerlang dan sistem kawalan risiko pembiayaan yang maju.

Pada masa depan, SANY, bergantung pada strategi-strategi antarabangsa dan digitalnya, akan meningkat maju menjadi jenama yang terkemuka di dunia dalam industri jentera kejuruteraan.

Majukan strategi penyetempatan HR

Tatkala SANY menetapkan matlamat strategi antarabangsanya, usaha membangunkan sistem HR luar negara yang disetempatkan menjadi salah satu misi SANY yang paling penting setakat ini, yang telah mewujudkan mekanisme HR luar negara yang disetempatkan, pelbagai dan sistematik. Memacu pertumbuhan perniagaan dengan inovasi HR, SANY membawakan produk dan perkhidmatan kejuruteraan premium kepada pelanggan-pelanggan globalnya.

SANY mempunyai 5 tapak penyelidikan dan pembangunan (R&D) luar negara, 10 kawasan luar negara dan lebih 100 pengedar luar negara. Perniagaannya mencakupi lebih 150 negara dan wilayah di dunia. Tatkala perniagaan antarabangsa berkembang dengan pesatnya, SANY mendapat permintaan yang tinggi terhadap HR berbakat. Ia memberi penekanan utama dalam memperkenalkan dan memupuk HR berbakat, merekrut 60 elit pemasaran di peringkat global, menarik kakitangan pemasaran terbaik dengan platform perkembangan kerjaya yang luas serta imbuhan tahunan pada nilai maksimum satu juta USD setiap tahun, demi merealisasikan misi hebatnya bahawa "kualiti mengubah dunia".

Untuk maklumat lanjut, layari: sanyglobal.com   

Untuk Pertanyaan Media:

Cik Liao (Jojo)
+86-731-85251018

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180903/2226633-1

Source: SANY
Related Links:
Keywords: Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation Workforce Management/Human Resources