Pengambilalihan Ellipse Denmark tambah IPL dan teknologi laser yang terkemuka di dunia kepada portfolio Syneron Candela, terus kukuhkan kedudukan mereka dalam peranti berbilang aplikasi, berbilang teknologi
WAYLAND, Massachusetts, 5 September 2018 /PRNewswire/ -- Syneron Candela, sebuah syarikat alat estetik yang terkemuka di dunia, mengumumkan pengambilalihan Ellipse, sebuah syarikat peralatan perubatan Denmark yang mengilangkan dan memasarkan Lampu Denyutan Kuat (IPL) dan platform-platform berasaskan laser untuk pelbagai rawatan perubatan dan kulit estetik yang luas. Terma-terma kewangan bagi perjanjian ini tidak didedahkan.
"Pengambilalihan Ellipse membolehkan Syneron Candela mengukuhkan jejaknya dalam segmen berbilang aplikasi dan menyediakan pelanggan kami dengan portfolio yang komprehensif. Laser yang terbaik dalam kelas dan teknologi berasaskan tenaga Syneron Candela kini digandingkan dengan teknologi IPL yang dipercayai yang amat disegani oleh ahli perubatan," ujar Geoffrey Crouse, Ketua Pegawai Eksekutif Syneron Candela. "Platform Ellipse akan menyediakan amalan estetik dengan peranti berbilang aplikasi, berbilang teknologi yang berskala penuh. Kami berharap Ellipse dapat mengukuhkan portfolio kami ketika kami terus menepati janji jenama kami melibatkan Sains, Hasil dan Kepercayaan kepada ahli perubatan dan pesakit kami di seluruh dunia. Portfolio produk Ellipse konsisten dengan komitmen kami terhadap teknologi yang terbukti secara saintifik yang disokong oleh keputusan klinikal yang konsisten."
Produk-produk utama Ellipse termasuk Nordlys, IPL berbilang aplikasi, berbilang teknologi dan platform Nd:YAG untuk lesi vaskular dan berpigmen, serta penyingkiran rambut. Nordlys turut menawarkan hanpis 1550 nm terpecah untuk pelapisan semula kulit. Produk-produk lain termasuk sistem IPL sahaja yang digunakan untuk peremajaan kulit, urat muka dan penyingkiran rambut, serta sistem laser bukan ablatif terpecah yang digunakan untuk pelapisan semula kulit. Selective Waveband Technology (SWT®) Ellipse menggunakan dwipenapisan pada semua hanpis IPL secara unik untuk menumpu pada jarak gelombang berkesan dan memberikan tenaga yang tepat secara selektif kepada kawasan sasaran, menggunakan denyutan sub-milisaat untuk beberapa aplikasi. "Kami berasa teruja untuk berganding bahu dengan Syneron Candela dan memasarkan platform teknologi kukuh kami melalui jejak global luas Syneron Candela, berserta komitmennya terhadap kecemerlangan klinikal, kualiti dan inovasi," kata Jacob Kildegaard Larsen, Ketua Pegawai Eksekutif di Ellipse.
"Sebagai ahli perubatan yang menggunakan platform IPL Ellipse dan menganggapnya sebagai teknologi asas untuk semua amalan dermatologi, saya berasa sukacita kerana kini Syneron Candela dapat menawarkan spektrum penuh cahaya, laser dan penyelesaian berasaskan tenaga kepada ahli perubatan dan pesakit seluruh dunia," kata Jill Waibel, M.D, pengguna lama Syneron Candela, pakar dermatologi diperakui lembaga dan Pengarah Perubatan/Pengasas Institut Dermatologi dan Laser Miami di Miami, Florida. "Syneron Candela dan Ellipse merupakan peneraju yang diiktiraf oleh ahli perubatan dalam kategori masing-masing. Menyatukan syarikat-syarikat ini bersama-sama akan membawakan era baharu dalam inovasi peranti yang meningkatkan penjagaan pesakit," simpul Christine Dierickx, M.D, pakar dermatologi berpangkalan di Luxembourg, mengkhusus dalam pembedahan laser dan dermatologi kosmetik.
Syneron Candela
Syneron Candela ialah sebuah syarikat alat estetik yang terkemuka di dunia dengan portfolio produk yang ekstensif serta infrastruktur komersial langsung global yang luas. Teknologi Syarikat membolehkan ahli perubatan menyediakan penyelesaian termaju untuk pelbagai aplikasi estetik perubatan termasuk penyingkiran rambut, pengurangan kedutan, pembuangan tatu, rawatan kesihatan wanita, pelapisan semula wajah, rawatan parut traumatik dan pembedahan, kontur badan, memperbaiki penampilan kulit melalui rawatan lesi vaskular dan berpigmen benigna serta rawatan untuk jerawat, urat kaki dan selulit. Selain Vbeam, Syneron Candela mempunyai portfolio luas yang terdiri daripada produk-produk yang dipercayai dan terkenal termasuk rangkaian produk Gentle, PicoWay, Profound, CO2RE, CO2RE Intima, elōs Plus, UltraShape dan VelaShape. Diambil alih oleh Apax Partners pada tahun 2017, Syarikat memasarkan, menawarkan perkhidmatan dan menyokong produk-produknya di 86 negara. Ia mempunyai pejabat-pejabat di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Israel, Itali, Jepun, Portugal, Sepanyol dan United Kingdom serta memanfaatkan jaringan pengedar untuk pasaran-pasaran antarabangsa yang lain.
Ellipse
Ellipse, ditubuhkan pada tahun 1997, ialah sebuah syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di Denmark. Ellipse membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan laser dan sistem berasaskan IPL berkualiti tinggi bagi rawatan dermatologi untuk pelbagai keadaan perubatan dan estetik. Produk-produk digunakan untuk peremajaan kulit, rawatan terhadap lesi vaskular dan berpigmen, pelapisan semula kulit dan penyingkiran rambut serta bertapak kukuh dalam sains, kualiti yang tinggi dan kepercayaan pelanggan. Produk-produk Ellipse kini dipasarkan hampir di 50 negara seluruh dunia.
Perhubungan Media:
EvolveMKD
P: 646.517.4220 | E: Candela@evolvemkd.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/737963/Candela_Corporation_Logo.jpg