omniture

BIOSPAIN 2018 Bawakan Pengguna ke Negara Hab Bioteknologi di Eropah

BIOSPAIN
2018-09-06 00:19 913

MADRID, 6 September 2018 /PRNewswire/ --

Persatuan Bioindustri Sepanyol (ASEBIO) dan Kerajaan Wilayah Andalusia mengumumkan satu perjanjian kolaborasi bagi menamakan Seville sebagai tapak temasya dwitahunan BIOSPAIN kesembilan. Antara 25 dan 27 September 2018, Pusat Pameran & Kongres FIBES akan seterusnya menjadi pentas untuk BIOSPAIN, forum untuk bertukar-tukar pengetahuan, idea dan pengalaman antara semua pengusaha daripada sektor bioteknologi, yang menjadi platform utama untuk meningkatkan kedudukan antarabangsa bioteknologi Sepanyol.

Dalam acara tahun 2016, BIOSPAIN menarik 1,750 delegasi yang mewakili 800 syarikat dari 29 negara, (28% daripada mereka yang hadir adalah dari luar negara), 233 pempamer, 50 pelabur antarabangsa, 49 sesi kelompok dan turut menampilkan 3,000 pertemuan secara bersemuka.

Bilangan ini menjadikan BIOSPAIN sebagai acara bioteknologi kelima terbesar di dunia mengikut pertemuan perniagaan dan acara berpangkalan di negara yang paling penting di Eropah. Acara ini disusun sebagai pameran perdagangan, sistem perkongsian yang memudahkan pertemuan secara bersemuka, program persidangan dan forum pelabur yang menghimpunkan pelabur-pelabur paling penting di dunia daripada bidang sains hayat. Setakat hari ini, BIOSPAIN telahpun mendapat 25 pelabur yang mengesahkan kehadiran mereka dari tujuh negara, termasuk Ysios Capital Partners, Andera Capital (dahulunya Edmond de Rothschild), Biogeneration Ventures dan Johnson & Johnson Innovation.

Program BIOSPAIN tahun ini memberi penekanan khusus kepada bidang bioperubatan, meskipun sebahagian besar persidangan akan turut dikhususkan kepada makanan pertanian dan bioteknologi perindustrian, terutamanya dalam bidang bioekonomi. Sesi-sesi pembiayaan akan turut mendapat tempat. Pameran ini akan turut membawakan penceramah pleno Philippe Monteyne, rakan kongsi Fund+. Antara topik-topik utama yang bakal dibincangkan dalam edisi kesembilan ini ialah: penyakit Alzheimer, terapi termaju, makanan pertanian, biobank, program pembiayaan, ekonomi pusingan, kecerdasan buatan, penyuntingan gen, imunoterapi, ketahanan antibiotik, perubatan ketepatan dan sebagainya.

Di samping itu, sebagai aspek baharu tahun ini, BIOSPAIN ingin menggalakkan para penyelidik, para ilmuwan dan wakil-wakil daripada badan-badan pengantara untuk mengambil bahagian dalam dasar pendaftaran khas.

Dalam tinjauan yang dijalankan antara peserta-peserta selepas acara berakhir, 84.81% daripada mereka yang disoal selidik pada tahun 2016 menyatakan bahawa mereka dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan sebenar. Acara ini diklasifikasikan sebagai baik atau amat baik oleh 76.92% daripada mereka yang hadir.

Setakat hari ini, pengguna dapat memuat turut BIOSPAIN 2018 APP melalui pasaran iOS dan Android. Aplikasi tersebut mudah digunakan dan akan menyediakan sokongan luas kepada peserta sepanjang pengalaman mereka dalam konvensyen. Aplikasi berkenaan turut memudahkan peserta untuk bebas bergerak, berangkaian dan mendapat semua maklumat relevan yang disediakan pada tapak tangan mereka.

Untuk maklumat lanjut:
Lucía Cecilia
Pengarah Komunikasi untuk ASEBIO dan BIOSPAIN 2018
Telefon: +34-912109374/10
Telefon Bimbit: +-34-663-117-293    
E-mel: lcecilia@asebio.com
http://www.asebio.com

Source: BIOSPAIN
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Licensing/marketing agreements Trade show news