omniture

Duta-duta Tanah Lembap GAC Motor Lindungi Air dan Hidupan Liar di Hoh Xil

GAC Motor
2018-09-06 18:29 1850

Syarikat komited teruskan strategi pengilangan hijau

XINING, China, 6 September 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pengeluar automobil terkemuka China, telah menganjurkan perjalanan kedua ke Kawasan Simpanan Semula Jadi Negara Sanjiangyuan (SNNR) sebagai sebahagian daripada Program Duta Tanah Lembap ("Program") berterusannya. Pasukan yang terdiri daripada 25 duta tanah lembap tiba jauh ke dalam kawasan Hoh Xil bagi menjalankan kaji selidik biodiversiti terhadap spesies-spesies dataran tinggi dan terus membantu pembinaan perlindungan ekologi iaitu Taman Negara Sanjiangyuan.

Rangkaian GS8 GAC Motor memandu ke arah stesen perlindungan Sonam Dargye
Rangkaian GS8 GAC Motor memandu ke arah stesen perlindungan Sonam Dargye

GAC Motor telah menyediakan bekalan dan sokongan kepada SNNR sejak Program ini dilancarkan pada tahun 2017. Pada bulan Julai, pasukan duta pertama menyerahkan 20 SUV GS8 bagi membantu operasi harian SNNR. Menerusi kunjungan terkini ini, duta-duta tersebut menyumbang bekalan kepada stesen perlindungan Sonam Dargye di Hoh Xil. Ini merupakan perjalanan kelima ke SNNR sejak program ini dilancarkan.

Pada sebelah pagi tanggal 30 Ogos, para sukarelawan mengunjungi bahagian Pentadbiran Kawasan Simpanan Semula Jadi Negara Qinghai Hoh Xil bagi tujuan kajian dan pertukaran. Kemudian, mereka mengunjungi Muzium Qinghai Salt Lake untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang keadaan ekologi di Kawasan Simpanan Hoh Xil dan ciri-ciri kawasan simpanan berkenaan. Pelbagai bentuk tindakan perlindungan ekologi seperti penerokaan serta merta, penyerahan bahan-bahan, pemerhatian antelop Tibet dan pengambilan air di sumber berkenaan telah dilancarkan mengikut sifat-sifat kawasan simpanan semula jadi tersebut. Pada 31 Ogos, Duta-duta Tanah Lembap GAC Motor tiba di stesen perlindungan Sonam Dargye dan menyumbang peralatan peronda gunung termasuk khemah, pakaian seragam peronda, winc dan peralatan peronda lain bagi membantu mereka bertugas dengan lebih baik dan meningkatkan tahap kecekapan kerja.

GAC Motor menyumbang bahan kepada stesen perlindungan Sonam Dargye
GAC Motor menyumbang bahan kepada stesen perlindungan Sonam Dargye

Sebagai pengurus besar GAC Motor Yu Jun berkata, selaku jenama automobil Cina yang mempunyai rasa bangga yang tinggi terhadap negara dan mempunyai misi, GAC Motor bertindak balas secara aktif dan menyokong pembinaan Taman Negara Sanjiangyuan dalam melaksanakan usaha bersungguh-sungguh untuk membina halangan keselamatan ekologi negara. Dengan menganjurkan acara ini, GAC Motor mengetuai para sukarelawan untuk ke Hoh Xil yang mana mereka menyedari akan persekitaran ekologi tempatan yang lemah dan sumber asli berharga, yang menginspirasikan para sukarelawan untuk mempunyai hala tuju dan tanggungjawab yang lebih kuat.

Antelop Tibet di Hol Xil
Antelop Tibet di Hol Xil

Strategi hijau GAC Motor turut diperlihatkan dalam setiap aspek operasi harian syarikat. GAC Motor mengaplikasikan teknologi-teknologi hijau dan mampan dalam semua hubungan pengeluaran. GAC Motor telah membina kilang ekologi bertaraf dunia dan sistem pembuatan kenderaan yang menampilkan perlindungan alam sekitar, hijau dan menjimatkan tenaga serta berjaya membina model biasa pembangunan keseluruhan dan seimbang melibatkan jenama-jenama Cina. Dengan menggunakan bahan-bahan mesra alam, GAC Motor dapat menghapuskan bahan-bahan berbahaya dan debu dalam emisi kilang demi mengurangkan pencemaran atmosfera. Bagi mengurangkan impak bunyi bising terhadap persekitaran dan tubuh manusia, syarikat menggunakan barisan pengeluaran pengurangan bunyi bising dan pencegahan debu tertutup sepenuhnya, seraya menjadi jenama Cina pertama yang memenangi pingat emas penilaian eko-kereta C-ECAP China.

Sebagai pembuat auto yang bertanggungjawab secara sosial, GAC Motor komited untuk menggalas tanggungjawab sosial dan mengambil bahagian dalam projek-projek kebajikan sosial demi mencipta kehidupan yang menyeronokkan untuk pelanggan.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pacific, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor 

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829 
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228464-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228464-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228464-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation Corporate Social Responsibility