omniture

Yili Tambah Baik Usaha Kebajikan Awam Mudahkan SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Yili
2018-09-06 19:50 2019

BEIJING, 6 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 5 September, penambahbaikan strategik terhadap "Yili Nutrition 2020" untuk majlis kebajikan awam berjaya dilangsungkan di Liangshan, Wilayah Sichuan, menumpu untuk meningkatkan zat pemakanan orang ramai di kawasan-kawasan yang dilanda kemiskinan, merealisasikan pengurangan kemiskinan yang disasarkan melalui derma amal, pendidikan kesihatan dan kajian mendalam serta memudahkan SDG PBB seperti "Tiada Kemiskinan" dan "Kebuluran Sifar".

Majlis Sumbangan Yili Nutrition 2020
Majlis Sumbangan Yili Nutrition 2020

Mengikut statistik, menjelang akhir tahun 2017, "Yili Nutrition 2020" telah menyumbang 4.8 juta kotak susu murid Yili bernilai 12 juta yuan kepada hampir satu pertiga wilayah  China, memberi manfaat kepada lebih 120,000 orang murid di kawasan-kawasan yang dilanda kemiskinan. Pada tahun 2018, projek tersebut akan menggiatkan usaha-usaha susu-untuk-murid dengan jumlah pelaburan sebanyak 21 juta yuan, meliputi 25 wilayah, 130 bandar dan daerah serta 12,000 buah sekolah di seluruh negara, seraya meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan remaja di kawasan-kawasan yang dilanda kemiskinan. Sementara itu, projek "Yili Nutrition 2020" menyokong PMTCT AIDS dengan membekalkan susu tepung bayi, mengadakan ceramah umum kepada pekerja-pekerja kesihatan dan ibu-ibu bagi menggalakkan kesedaran tentang pemberian makanan saintifik di kawasan Liangshan. Dijangkakan bahawa projek ini akan memberi manfaat kepada lebih 100 hospital daerah, hampir 700 klinik desa dan lebih 2,000 pekerja kesihatan, 1,000 doktor desa serta ibu-ibu dari daerah-daerah seperti Jinyang, Puge dan Yuexi.

Selepas penambahbaikan strategik, projek ini akan mengukuhkan pengurangan kemiskinan yang disasarkan terhadap kumpulan-kumpulan khas termasuk bayi miskin, anak-anak yatim dan golongan kurang upaya, warga emas dan pesakit yang sakit teruk. Ia akan terus meneroka mekanisme bantuan profesional yang dapat menggabungkan antara industri-industri kesihatan dan pendidikan.

Yili ialah syarikat tenusu pertama di China. Berdasarkan "20 Pengeluar Produk Tenusu Terbaik Dunia" yang disiarkan oleh Rabo Bank Nederlands, Yili Goups juga merupakan syarikat tenusu No. 1 di Asia, mengekalkan kedudukannya dalam kalangan pengeluar produk tenusu Tahap 1 di dunia.

 "Nilai sosial mengatasi kekayaan komersial" merupakan falsafah tanggungjawab sosial Yili. Dalam mendukung falsafah ini, Yili telah mencapai hasil luar biasa dalam pembangunan mampan dan mencipta tiga kejayaan "Pertama": syarikat makanan Cina pertama yang menyertai UNGC, sistem "Kesihatan Perkongsian Bersepadu Dunia" (WISH) pertama dan syarikat tenusu pertama yang melaksanakan SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Yili akan terus melaksanakan SDG PBB menerusi peluang-peluang pada masa terdekat.

Tapak Yili Nutrition 2020
Tapak Yili Nutrition 2020

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228585-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228585-1-b

Source: Yili
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages Corporate Social Responsibility