![]() |
Konsert Amal Tahunan Keempat Sokong Reformasi Keadilan Jenayah
NEW YORK, 6 September 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, platform penstriman muzik dan video bertaraf global, TIDAL, mengumumkan konsert amal "TIDAL X: BROOKLYN" Tahunan kali ke-4 yang berlangsung pada hari Selasa, 23 Oktober di Barclays Center in Brooklyn, NY. Tahun ini, platform penstriman dan rakan-rakan kongsinya menyokong reformasi keadilan jenayah di seluruh negara. Seratus peratus daripada hasil kutipan tiket akan menyokong pertubuhan-pertubuhan bukan untung reformasi keadilan jenayah seperti REFORM dan Equal Justice Initiative.
Bermula hari ini pada jam 12:00PM ET, ahli-ahli TIDAL akan mendapat akses pertama kepada tiket-tiket TIDAL X: BROOKLYN dengan mengunjungi TIDAL.com/BROOKLYN atau Aplikasi TIDAL (telefon bimbit & komputer meja). Orang awam akan berpeluang membeli tiket bermula pada hari Jumaat, 7 September pada jam 12:00PM ET melalui Ticketmaster.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, konsert amal TIDAL X telah mengumpul lebih 10 juta dolar untuk tujuan keadilan sosial, bantuan & pemulihan bencana dan pendidikan. Setiap tahun lebih 30 bintang terkenal yang ulung di dunia dan artis-artis baharu yang paling meyakinkan berhimpun bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh dunia. Stevie Wonder, Beyoncé, JAY-Z, Ms. Lauryn Hill, Jennifer Lopez, Kaskade, Fifth Harmony, Jessie Reyez, Alessia Cara, Flatbush Zombies, Victory Boyd dan ramai lagi telah menjadi sebahagian daripada acara hebat berkenaan dan anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di sini: TIDAL.com/BROOKLYN (Benamkan video menggunakan kod di sini: http://tdl.sh/TIDALXBKPresale).
Para peminat seluruh dunia akan berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut, menyaksikan pertunjukan ini dan mengambil bahagian dalam usaha-usaha kutipan dana di TIDAL.com/BROOKLYN.
Pertunjukan amal yang distrim langsung itu meneruskan komitmen TIDAL bagi menyokong usaha amal dan isu-isu sosial utama yang menjadi tarikan komuniti muzik, termasuk Social Wave For Change Lil Wayne, TIDAL X: Money Talk Education Challenge T.I. serta inisiatif-inisiatif keadilan sosial daripada A$AP Ferg, The LOX, Damian Marley, Dec. 99th dan banyak lagi.
Media yang berminat untuk membuat liputan tentang konsert amal ini boleh memohon kelayakan di sini: https://goo.gl/forms/QiYCNVzZweoBXHTs2
Latar Belakang TIDAL
TIDAL ialah platform muzik dan hiburan bertaraf global yang dimiliki oleh artis yang membawakan para artis dan peminat lebih erat bersama-sama melalui kandungan asli yang unik dan acara-acara eksklusif.
Disediakan di 53 negara, perkhidmatan penstriman ini mempunyai 57 juta lagu dan 235,000 video berkualiti tinggi dalam katalognya berserta siri video asli, fail media digital, ribuan senarai main dipilih susun dengan mahir dan penemuan artis melalui TIDAL Rising. Menerusi komitmen pemiliknya bagi mencipta model yang lebih mampan untuk industri muzik, TIDAL boleh didapati di peringkat premium dan HiFi, termasuk rakaman Kualiti Induk Disahkan (MQA).
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tidal.com.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/739750/TIDAL_Logo.jpg