omniture

BYD, Jenama Kereta Cina Terbesar dan Pengeluar Kereta Elektrik Pemalam Paling Laris Dunia, Terus Tangani Ketidakseimbangan Emisi Karbon melalui Jalinan Kerjasama dengan DNV GL dan VeChain, Beralih daripada Bukti Konsep kepada Sedia untuk Pengeluaran

VeChain
2018-09-06 23:03 2233

SHANGHAI, 6 September 2018 /PRNewswire/ -- BYD julung kalinya memperkenalkan penyelesaian perbankan karbon mereka seperti yang dibangunkan bersama-sama DNV GL dan VeChain melalui platform rantaian blok awam mereka.

 

Menerusi pelancaran awal beberapa bukti konsep yang diwujudkan antara tiga pihak yang bekerjasama, BYD mengumumkan bahawa mereka telah menyiapkan penyelesaian perbankan karbon untuk model-model kereta. Penyelesaian ini memanfaatkan penyelesaian pengurusan kitar hayat automobil VeChain yang mencakupi hampir setiap cabang dalam industri automotif. Ini akan menjadi aplikasi tahap perusahaan pertama yang membawa berjuta-juta kereta, bas, kereta api dan kenderaan lain kepada platform rantaian blok awam.

Penyelesaian bank karbon ini mengganjari pengendali kenderaan dengan kredit karbon berdasarkan prestasi pemanduan dan pengurangan karbon daripada kenderaan mereka. Penyelesaian ini menyediakan alatan yang diperlukan untuk mewujudkan ekosistem berasaskan rantaian blok yang bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon global. Setiap jejak yang diperoleh akan direkodkan pada Rantaian Blok VeChainThor dan disediakan kepada pelanggan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan. Menerusi penyelesaian ini, syarikat-syarikat akan berupaya mengakses platform yang melancarkan pengurusan, perkongsian dan analitik data yang mudah. Data tidak lagi dianggap terpecah-pecah dan tidak boleh dipercayai, sebaliknya menjadi data yang tergabung dan andal.

Tonton aplikasi Carbon Credit, dibangunkan bersama-sama oleh BYD, DNV GL dan VeChain.

Shu Youxing, Presiden Institut Penyelidikan Ekologi Pintar Automotif BYD mengulas, "Teknologi ini bukan sahaja menambah baik tawaran semasa kami, tetapi juga membolehkan kami mewujudkan pasaran yang serba baharu. Aspek-aspek unik yang disediakan oleh VeChain akan memperkasa pemantauan karbon, pembangunan dan ekosistem yang mampan. Penyelesaian ini adalah sekadar sepintas lalu tentang perkara yang kami fikir boleh dicapai melalui perkongsian ini."

BYD akan mendapat manfaat daripada kawalan akses data dan maklumat Internet Komunikasi Kenderaan yang menentu pasaran. Kedai empat-dalam-satu dan garaj pembaikan akan berfungsi sebagai penyedia data, menyatukan maklumat kenderaan asas (perbatuan, kerosakan, penyelenggaraan dan sebagainya) serta mengkatalog semua aset pembaikan. Data ini kemudiannya akan digunakan oleh penyedia perkhidmatan insurans dan kewangan dalam usaha untuk menyediakan pakej produk yang tepat dan berkesan kos kepada pelanggan mereka. Oleh itu, kedua-dua perusahaan dan pengguna akhir boleh mendapat manfaat daripada tahap pemilikan dan kawalan data yang terulung yang diberikan oleh Rantaian Blok VeChainThor.

Sunny Lu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama VeChain berkata, "Sebagai peneraju global bagi pembuatan kereta hijau, BYD menawarkan kami dengan peluang untuk mempelopori perubahan sebenar. Ia memerlukan penginovasi seperti BYD untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih bersih. Perbankan karbon akan menjadi suatu kenyataan baharu untuk berbilion-bilion penduduk."

Pasaran kereta mendapat manfaat daripada penyelesaian pengurusan kitar hayat yang berkesan termasuk subsidi kenderaan tenaga baharu, emisi karbon lebih rendah, analisis dipacu data yang ditentusahkan, premium polisi yang dikurangkan dan perkhidmatan bernilai tambah yang lain. Badan-badan kerajaan akan kembali kepada dasar-dasar didorong subsidi dengan keupayaan untuk memantau penggunaan kenderaan tenaga dengan tepat. Agensi-agensi insurans akan mendapat gambaran yang lebih lengkap tentang tabiat dan rekod pemandu, menghasilkan pakej, kos, pembaharuan dan lanjutan khusus untuk pemandu. Beberapa syarikat insurans, seperti The People's Insurance Company of China (PICC), bekerjasama dengan VeChain untuk mereka bentuk penyelesaian ini dan menyatakan bahawa ia mencipta nilai baharu dalam perniagaan mereka.

George Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Jaminan Perniagaan DNV GL Wilayah Rantau Besar China menambah bahawa, "Penyelesaian ini mewakili rakan kongsi utama yang pertama menggunakan penyelesaian Perbankan Karbon kami. BYD telah berusaha sedaya upaya untuk menjamin matlamat kami bagi mewujudkan dunia yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih hijau."

DNV GL, selaku pihak ketiga bebas yang dipercayai, mengesahkan seluruh proses reka bentuk dan pusat pemeriksaan, selain data yang dikumpul oleh komputer kenderaan dan disimpan pada platform VeChainThor. Pengesahan DNV GL termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan KYC (Kenali Pelanggan Anda), API muat naik data BYD, API antara muka rantaian blok BYD dan kontrak pintar VeChain.

Latar Belakang BYD
BYD ialah pengeluar yang terbesar di dunia bagi kenderaan elektrik dan bateri serta peneraju global bagi bas elektrik-bateri. BYD juga merupakan peneraju industri dalam beberapa sektor teknologi tinggi yang lain, termasuk automobil berkecekapan tinggi, trak tugas sederhana dan berat, foklif elektrik, SkyRail, storan tenaga dan penjanaan kuasa solar.

Latar Belakang DNV GL
DNV GL ialah sebuah syarikat jaminan kualiti dan pengurusan risiko bertaraf global. Didorong oleh tujuan untuk melindungi kehidupan, hartanah dan persekitaran, mereka membolehkan pelanggan-pelanggan mereka memajukan tahap keselamatan dan kemampanan perniagaan mereka. Beroperasi di lebih 100 negara, ahli-ahli profesional DNV GL berdedikasi untuk membantu pelanggan-pelanggan dalam industri maritim, minyak & gas, kuasa, tenaga boleh diperbaharui dan lain-lain demi mewujudkan dunia yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih hijau.

Latar Belakang VeChain
Bermula pada Jun 2015, VeChain menyasarkan untuk menghubungkan teknologi rantaian blok kepada dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang mantap dan penyepaduan IoT. VeChain ialah pelopor bagi aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam. Beribu pejabat di Shanghai, perniagaan ini kini mempunyai lima pejabat satelit di seluruh dunia.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari www.vechain.org dan hubungi kami melalui press@vechain.com.

VeChain CEO Sunny Lu introduces blockchain powered Global Carbon Credits APP at BYD Worldwide Developer Conference on Sept 5th, 2018
VeChain CEO Sunny Lu introduces blockchain powered Global Carbon Credits APP at BYD Worldwide Developer Conference on Sept 5th, 2018

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=zVWPYT0RU0s 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/739464/BYD_and_VeChain.jpg 
Logo -  https://mma.prnewswire.com/media/738233/Vechain_Logo.jpg

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements Blockchain